Meneruskan jejak usahawan

Islam menggalakkan umatnya menjadikan perniagaan sebagai pekerjaan utama.  Ramai dari kalangan masyarakat kita sedia maklum bahawa 9/10 rezeki terdapat di jalan perniagaan.  Dikatakan sebelah kaki sudah masuk ke syurga jika seseorang itu berniaga dengan menjadikan perniagaannya itu satu ibadah.  Ini dapat dicapai dengan menjalankan sesebuah perniagaan secara jujur, ikhlas dengan niat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat (selain dari faktor keuntungan).

Dalam sesebuah perniagaan, para usahawan perlu menerapkan konsep "cari rezeki" kerana ia lebih kepada praktikal melalui dasar-dasar keIslaman. Terlangsungnya sempadan halal dan haram dapat diambil perhatian yang serius oleh para usahawan muslim bagi menjamin sumber pendapatan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Janganlah hanya kerana ingin segera hidup mewah dan bermegah-megah dengan kebendaan, kita sanggup menggadaikan maruah dengan menjadikan rasuah sebagai perantaraan dengan mana-mana pihak yang berkuasa meluluskan sesuatu "kerja" itu.  Lebih-lebih lagi jika ada "orang dalam" atau "kabel" pada organisasi tertentu.  Jika kita memahami konsep "rezeki", kita akan redha dan berserah sepenuhnya pada Yang Maha Esa kerana Dia yang akan menentukan lulus ataupun gagalnya sesuatu bidaan projek, bukannya kerana mempunyai kenalan dikalangan menteri al-buaya ataupun "kabel sepaksi" ( istilah dalam dunia komputer ) yang mendorong berlakunya wabak rasuah.

Dengan ini, saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan usahawan agar berhati-hati dalam setiap keputusan perniagaan yang akan diambil.  Pastikan setiap yang masuk ke dalam kantung pendapatan kita tidak bercampur dengan yang HARAM kerana ia akan menjadi bahan bakar di neraka kelak.  Sama juga halnya dengan memperdagangkan perkara yang HARAM seperti perjudian.  Tidak kiralah judi itu berlesen atau tidak, kerana ia tetap haram di sisi Islam walaupun kerajaan meluluskan judi berlesen sebagai sumber pendapatan negara...

Jika anda hendak jadi kaya, jadilah kaya yang berIMAN.  Maka sekiranya anda telah mencapai status jutawan, maka jadilah JUTAWAN BUDIMAN...

Mencari keredhaan dalam perniagaan perlu diutamakan selain mencari keuntungan.

Hakikat kehidupan

Ada yang mengatakan bahawa, hidup di Malaysia ni dah cukup serta patut bersyukur kerana dapat bekerja, makan minum dan ada tempat tinggal.  Tapi benarkah ianya dah cukup atau dah melengkapi kehidupan kita?  Untuk makluman, kenyataan di atas diungkapkan oleh salah seorang sahabat saya.

Jika hanya itu yang menjadi ukuran, nampaknya kita dalam bahaya kerana sekiranya negara kita dijajah semula ( dalam bentuk fizikal ) dan penjajah itu berupaya menyediakan keperluan seperti ayat di atas, adakah anda rela dijajah?.

Kehidupan bukan sekadar cukup makan minum, mempunyai pekerjaan, ada tempat tinggal.  Kita perlu mengambil skop yang lebih luas dalam meneruskan kesinambungan kehidupan sehingga hari kiamat kelak.  Masyarakat perlu mengambil kira faktor nasib Agama, bangsa dan negara.  Sebagai contoh, sebilangan dari kita tidak endah sekiranya harga barang keperluan harian meningkat dan menggunakan alasan "faktor ekonomi dunia".  Puak ini tidak menghiraukan kesensaraan dan kesusahan masyarakat biasa atau miskin kerana mereka berpangkat besar, hidup mewah dan bukan mereka yang turun ke pasar membeli barangan keperluan  harian. 

Dengan singkatnya fikiran, mereka membandingkan negara kita dengan Venuzuela dan negara-negara yang jauh dari Malaysia, tetapi kenapa tidak dibandingkan dengan negara jiran kita iaitu Thailand, Indonesia dan terutamanya Singapura? Ini kerana prestasi negara seperti Singapura lebih baik dalam segala aspek pengurusan dan pentadbiran negara masing-masing jika dibandingkan dengan Malaysia yang telah sekian lama berlaku ketirisan ekonomi dan ketidaktelusan pentadbiran politik.

Puak-puak ini telah bersiap sedia dengan harta diluar negara dan bersiap sedia untuk lari ke luar negara sekiranya berlaku sesuatu di Malaysia.  Mereka hanya menjaga kepentingan peribadi sahaja, tidak memikirkan tentang kehidupan rakyat.  Mereka berjuang dalam arena politik sekadar untuk mencari kesenangan peribadi dan mengumpul kekayaan sedangkan masih ada lagi rakyat yang hidup dalam kemiskinan.

Sedikit demi sedikit maruah negara tercemar dan kedaulatan negara tergadai.  Mereka sendiri mengakui Malaysia adalah negara Islam tetapi undang-undang pemerintahan bukan diambil dari Al-Quran dan Hadith.  Pendapatan negara bercampur halal dan haram dengan kelulusan lesen penjualan arak dan judi.  Kawasan negara "diberi" pada negara lain.  Negeri yang bukan ditadbir oleh  puak-puak mereka ditekan dengan pelbagai cara untuk merampas kembali pentadbiran negeri.  Bila harga barangan keperluan meningkat, ada yang kata "tak pe". Harga minyak naik, mereka kata "tak pe". Dah bertepatanlah dengan konsep "Rakyat didahulukan...."

Minta pertolongan dari Yang Maha Esa...

Hari ini, saya didatangi oleh kenalan yang dikenalkan oleh sahabat saya.  Pada mulanya beliau datang atas urusan kad perniagaan yang ditempah pada saya.  Sambil itu, kenalan ini mempromosikan barang jualannya.  Nampak tidak ada apa-apa masalah kan...? Yang jadi masalahnya ialah beliau mempromosikan minyak pelaris dengan cara dan amalan pemakaian tertentu, kononnya dapat menghalau jin yang melindungi pandangan pelanggan pada kedai saya dan melariskan perkhidmatan di kedai saya.

Cara seumpama ini tidak saya amalkan kerana itu bukan cara saya untuk melariskan atau memajukan perniagaan saya.  Seandainya kedai saya kurang didatangi pelanggan, bukan kerana jin atau syaitan yang jadi penghalang, tetapi saya kekurangan modal untuk membuat promosi perkhidmatan seperti membuat banner.  Ini sahaja yang jadi masalah saya.  Minyak tu pula dijualnya dengan harga ratusan ringgit.  Jika saya sedang ada duit sebanyak itu, lebih baik saya pergi tempah banner dalam pelbagai saiz.

Setelah berusaha untuk perniagaan, kita perlu berusaha untuk melengkapkan solat lima waktu serta lain-lain amalan yang disarankan oleh Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.  Walaupun diakui minyak atau apa jenis bahan sekalipun telah dibacakan ayat Qursi mahupun Yassin, lebih baik kita jauhinya lebih-lebih lagi diragui bahan yang terkandung di dalam minyak tersebut.  Dikuatiri kita terlalu taksub dengan minyak pelaris dan ia boleh menggelincirkan akidah umat Islam.  Adalah lebih afdal, kita memohon ibu bapa kita membacakan surah Yassin dan Qursi untuk kita dari membelanjakan ratusan ringgit untuk membeli minyak pelaris.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan