Ada yang mengatakan bahawa, hidup di Malaysia ni dah cukup serta patut bersyukur kerana dapat bekerja, makan minum dan ada tempat tinggal. Tapi benarkah ianya dah cukup atau dah melengkapi kehidupan kita? Untuk makluman, kenyataan di atas diungkapkan oleh salah seorang sahabat saya.
Jika hanya itu yang menjadi ukuran, nampaknya kita dalam bahaya kerana sekiranya negara kita dijajah semula ( dalam bentuk fizikal ) dan penjajah itu berupaya menyediakan keperluan seperti ayat di atas, adakah anda rela dijajah?.
Kehidupan bukan sekadar cukup makan minum, mempunyai pekerjaan, ada tempat tinggal. Kita perlu mengambil skop yang lebih luas dalam meneruskan kesinambungan kehidupan sehingga hari kiamat kelak. Masyarakat perlu mengambil kira faktor nasib Agama, bangsa dan negara. Sebagai contoh, sebilangan dari kita tidak endah sekiranya harga barang keperluan harian meningkat dan menggunakan alasan "faktor ekonomi dunia". Puak ini tidak menghiraukan kesensaraan dan kesusahan masyarakat biasa atau miskin kerana mereka berpangkat besar, hidup mewah dan bukan mereka yang turun ke pasar membeli barangan keperluan harian.
Dengan singkatnya fikiran, mereka membandingkan negara kita dengan Venuzuela dan negara-negara yang jauh dari Malaysia, tetapi kenapa tidak dibandingkan dengan negara jiran kita iaitu Thailand, Indonesia dan terutamanya Singapura? Ini kerana prestasi negara seperti Singapura lebih baik dalam segala aspek pengurusan dan pentadbiran negara masing-masing jika dibandingkan dengan Malaysia yang telah sekian lama berlaku ketirisan ekonomi dan ketidaktelusan pentadbiran politik.
Puak-puak ini telah bersiap sedia dengan harta diluar negara dan bersiap sedia untuk lari ke luar negara sekiranya berlaku sesuatu di Malaysia. Mereka hanya menjaga kepentingan peribadi sahaja, tidak memikirkan tentang kehidupan rakyat. Mereka berjuang dalam arena politik sekadar untuk mencari kesenangan peribadi dan mengumpul kekayaan sedangkan masih ada lagi rakyat yang hidup dalam kemiskinan.
Sedikit demi sedikit maruah negara tercemar dan kedaulatan negara tergadai. Mereka sendiri mengakui Malaysia adalah negara Islam tetapi undang-undang pemerintahan bukan diambil dari Al-Quran dan Hadith. Pendapatan negara bercampur halal dan haram dengan kelulusan lesen penjualan arak dan judi. Kawasan negara "diberi" pada negara lain. Negeri yang bukan ditadbir oleh puak-puak mereka ditekan dengan pelbagai cara untuk merampas kembali pentadbiran negeri. Bila harga barangan keperluan meningkat, ada yang kata "tak pe". Harga minyak naik, mereka kata "tak pe". Dah bertepatanlah dengan konsep "Rakyat didahulukan...."
Hakikat kehidupan
By Admin at 9:46:00 am
Related Posts:
Lima fakta kesihatan yang patut ketahuan Lima perkara umat Islam patut tahu berkenaan dengan fakta kesihatan yang mana telah diajarkan kepada kita dengan membuat amalan seperti berikut: 1. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kuran… Read More
Khasiat Air Kelapa Muda Assalamualaikum. Apabila memperkatakan mengenai air kelapa muda, salah satu yang saya terbayang ialah Coconue Shake. Sesekali minum seolah-olah dapat menyegarkan tubuh badan dan melegakan dahaga, namun tidak dig… Read More
7 Sebab untuk TIDAK ketagih Slurpee Sebelum anda tergesa-gesa keluar pintu untuk membeli "salji berwarna", anda perlu tahu apa yang anda akan dapat untuk kesihatan anda kerana ia tidak sesedap yang difikirkan. Berikut adalah dipecahkan anatomi Slu… Read More
Jom kita FUCK bersama! Salam sejahtera... Sebelum anda berfikiran "jauh", jom lihat apakah maksud "F.U.C.K" yang sebenar sehinggakan ia dipandang mulia dalam pelbagai situasi atau keadaan : F.U.C.K untuk kehidupan = Fokus Untuk Capai K… Read More
Faktor penyumbang pembentukan kelemumur, cara merawat dan pencegahan Assalamualaikum..... Perempuan atau lelaki pasti ada menghidapi masalah kegatalan kepala akibat kelumumur. Ada yang menggaru kepala sehingga mengakibatkan kulit kepala luka dan ini akan menyebabkan masal… Read More