Kenali pemilik Kumpulan Barkath berserta Hacks dan Sunquick

Barkath Ali Abu Backer menunjukkan jenama popular iaitu Sunquick dan Hack, produk utama Kumpulan  Barkath 

Jika disebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer, ramai yang tidak kenal. Namun jika disebut nama produk gula-gula Hacks dan jus Sunquick,pastinya sudah berpuluh tahun menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. 

Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer ialah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia.

Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50'an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. 

Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S serta memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Dalam masa beberapa tahun selepas itu, Sunquick pun mereka telah hasilkan di kilang sendiri di Malaysia.


Kredit :
- gambar : mejatulis.my
- teks asal : Mohd Fateh (Facebbok)

Hadi Fayadh Abdul Razak milik Fagiano Okayama


Penyerang Bola Sepak Kebangsaan Malaysia Bawah 19 Tahun, Hadi Fayadh Abdul Razak sah sertai Kelab Divisyen 2, Liga Bola Sepak Profesional Jepun (JLeague) Fagiano Okayama untuk tempoh satu tahun.  Terdahulu pemain kelahiran Perak itu, telah menjalani latihan percubaan bersama kelab di selatan negara matahari terbit ini sebanyak dua kali pada bulan September dan November lalu.  

Hadi yang di temui media ketika Majlis Menandatangani Kontrak bersama Kelab Fagiano Okayama di Pusat Latihan Masada Okayama, Jepun nyata gembira dengan kejayaan tersebut. 

Penghijrahan Pemain yang memiliki ketinggian 188 sentimiter itu ke liga J two pernah disifatkan oleh bekas jurulatih kebangsaan Wan Jamak Wan Hassan sudah sampai masanya bintang Malaysia mengembangkan bakat mereka di negara yang sering layak ke pusingan akhir piala dunia seperti Jepun.


Sumber : (RTM/ MOHD SHARIFFUDIN  ARSAD)

Kursus jangka pendek komputer di Melaka


Inilah peluang untuk anda yang tidak punya banyak masa untuk mendapatkan pendidikan asas berkaitan komputer dan ict.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Semua kursus jangka pendek dibuat di bangunan UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka setelah bakal peserta membuat pembayaran deposit bagi menempah sesi pembelajaran. Lokasi UTC Melaka ini berhampiran dengan Stadium Hang Tuah (lebih dikenali sebagai Stadium Kubu) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 

Sila buat tempahan sesi belajar melalui Whatsapp ---» http://api.whatsapp.com/send?phone=60103400234

Antara pilihan kursus yang telah sedia ada :

Kursus Asas Komputer 

Kursus Bina & Selenggara Blog

Kursus Asas Menjual Di Internet

Kursus Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Affiliate

Kursus Pemasaran Facebook


Mohd Hafiz Nor Azman meninggal dunia


Dukacita dimaklumkan pelumba negara, Mohd Hafiz Nor Azman disahkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018.

Allahyarham yang juga turut beraksi dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) menghembuskan nafas terakhir ketika beraksi di pusingan 10, Bandar Penawar, Johor bagi kategori CP150.

Salam takziah kepada keluarga beliau dan bagi seluruh rakyat Malaysia, kami mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

Sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah untuk arwah.

Malaysia vs Vietnam : Final 1 - Piala AFF Suzuki 2018



Perlawanan peringkat akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 menemukan Malaysia dan Vietnam yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 2 - 2 VIETNAM
22' Vietnam
25' Vietnam
36' Malaysia
60' Malaysia



Shukor Adan, Safiq Rahim dan Nazrin Nawi tonggak Melaka United 2019



Pada 10 Disember 2018, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) telah mengikat kontrak lapan pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2019.

Yang menjadi tumpuan peminat ialah Shukor Adan yang juga bekas ketua pasukan Felda United, bekas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi (Perak)


Lima lagi pemain yang ditandatangani Melaka United termasuklah R. Gopinathan (JDT), Mohd. Razman Roslan (Selangor), Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman (Felda United), Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor) dan Mohd. Raimi Md. Nor (Pulau Pinang).

Kesemua mereka menandatangani kontrak semusim bersama pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan dalam satu majlis disaksikan Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA, Adly Zahari di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi.


- Sumber : Utusan Online

Video Ultras Malaya pada separuh akhir pertama dan kedua AFF Suzuki Cup 2018



Ultras Malaya adalah kumpulan penyokong setia untuk pasukan Malaysia, terutama pasukan bola sepak kebangsaan. Mereka juga dikenali sebagai pemain ke-12 atau dengan jolokan Ekor Harimau Malaya. Mereka lahir awalnya atas kekecewaan sekelompok kecil penyokong bola sepak Malaysia semasa zaman kemerosotan prestasi bola sepak Malaysia.  

Kini mereka semakin berkembang pesat dengan jumlah ahli yang semakin bertambah dan setia mengikuti pasukan bola sepak Malaysia ke stadium dan memberi sokongan pada setiap masa.  Mereka juga dilihat ada hadir ke stadium bagi sukan-sukan lain melibatkan negara Malaysia.

Berikut adalah video yang merakamkan aksi Ultras Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Satdium Rajamangala iaitu pada Separuh Akhir Pertama dan Separuh Akhir Kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Thailand :


Separuh Akhir Pertama




Separuh Akhir Kedua

Pengedar ONEXOX Black di Tanjung Rimau Dalam


ONEXOX Black kini telah berada di Kampung Tanjung Rimau Dalam iaitu dalam daerah Alor Gajah Melaka. Lokasi ini berada antara Padang Sebang dan Pulau Sebang.  Jika anda berminat untuk menggunakannya, maka hubungi saya dengan hantar mesej melalui Whatsapp pada nombor di atas. 


Apakah bendanya ONEXOX Black?.  ONEXOX Black ialah suatu penambahbaikkan pada sistem telekomunikasi berasaskan postpaid. Tiada lagi masalah caj tersembunyi atau bil bulanan melambung tinggi tanpa diduga. 

Namun yang paling unik dan inovasi terbaik pada tahun 2018 ialah segala baki data, minit berbual dan sms yang tidak habis digunakan, secara automatiknya dibawa ke bulan berikutnya untuk selama-lamanya. ONEXOX menjadi jenama telekomunikasi pertama di Malaysia yang melaksanakannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pautan blog berikut : 

https://onexoxblackmelaka.blogspot.com/2018/12/apakah-itu-onexox-black.html



AFF Suzuki Cup 2018 | Separuh Akhir 2 : Thailand vs Malaysia


Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Thailand bertemu Malaysia di Stadium Nasional Rajamangala.

Keputusan Masa Penuh

Thailand 2 - 2 Malaysia

minit 21' Thailand
minit 28' Malaysia
minit 63' Thailand
minit 71' Malaysia

kad merah : 90+4' Malaysia (1)

* Malaysia layak ke peringkat akhir dengan peraturan gol di tempat lawan

AFF Suzuki Cup 2018 | Separuh Akhir 1 : Malaysia vs Thailand


Babak separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 menyajikan pertembungan antara Malaysia dan Thailand  pada hari Sabtu (1/12/2018). Ini merupakan perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN PERLAWANAN
Malaysia  0 - 0  Thailand


Kredit gambar : Mysumber

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan