Shukor Adan, Safiq Rahim dan Nazrin Nawi tonggak Melaka United 2019



Pada 10 Disember 2018, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) telah mengikat kontrak lapan pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2019.

Yang menjadi tumpuan peminat ialah Shukor Adan yang juga bekas ketua pasukan Felda United, bekas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi (Perak)


Lima lagi pemain yang ditandatangani Melaka United termasuklah R. Gopinathan (JDT), Mohd. Razman Roslan (Selangor), Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman (Felda United), Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor) dan Mohd. Raimi Md. Nor (Pulau Pinang).

Kesemua mereka menandatangani kontrak semusim bersama pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan dalam satu majlis disaksikan Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA, Adly Zahari di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi.


- Sumber : Utusan Online

Related Posts:

  • Sebab status padang Stadium Hang Tuah bertukar   Kempen memenuhkan Stadium Hang Tuah / Kubu, Jalan Hang Tuah, Melaka pada perlawanan terakhir Liga FAM 2013 telah dijalankan oleh sebilangan penyokong bola sepak Negeri Melaka. Perlawanan berkenaan melibatkan per… Read More
  • Liga FAM:Melaka FA lwn P.Pinang FA Pada perlawanan terakhir pasukan Melaka FA yang bertemu pasukan bola sepak Pulau Pinang FA dalam Liga FAM musim 2013, yang diadakan pada 5 Julai ini, pukul 4.45 petang, adalah juga perlawanan terakhir dilangsungkan di… Read More
  • Kalender bola sepak Liga Malaysia 2014   Tarikh penting dalam bola sepak Liga Malaysia musim 2014.  Pastinya tahun hadapan menjanjikan pelbagai drama dan kemeriahan warna warni yang akan menyelaputi kancah bola sepak negara.  Paling hangat ialah k… Read More
  • Video sorakan Ultras Taming Sari & Penyokong Bola Sepak Melaka   Pada petang 5 Julai 2013 (Jumaat), saya telah berkunjung ke Stadium Hang Tuah (juga dikenali sebelum ini sebagai Stadium Kubu) untuk menyaksikan perlawanan terakhir Liga FAM bagi pasukan bola sepak Negeri Melaka (… Read More
  • Liga FAM : Shahzan Muda - Melaka Dengan berbaki lagi dua perlawanan dan perlawanan terakhir di gelanggang lawan. Semoga skuad Melaka dapat beraksi cemerlang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang serta berjaya membawa pulang tiga mata berharga… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan