Android : Kalkulator Zakat Pendapatan


Kalkulator Zakat Pendapatan 2013 adalah kalkulator untuk membantu Islam Malaysia untuk mengira berapa banyak mereka perlu membayar zakat setiap bulan. Ia akan memberi satu anggaran berapa banyak zakat anda perlu membayar untuk tahun ini. Ia berasaskan Nisab 2013.


Untuk memuat-turun dan mencuba perisian aplikasi android ini, sila klik : Kalkulator Zakat Pendapatan

Pendaftaran Percuma 8 Share

Dapatkan komisyen dengan klik unik!

Jika anda mempunyai akaun sosial media seperti Facebook, Google+, Twitter dan lain-lain dan anda juga suka berkongsi pelbagai cerita yang kool, anda boleh sertai "8Share".

8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang suka mendapat barangan percuma, wang tambahan setiap bulan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru. Sesiapa sahaja yang suka berkongsi perkara dan berita yang kool dengan rakan-rakan melalui laman web media sosial! 8Share kini berada di Malaysia, India, Philippines, dan Singapura. Daftar sekarang.

  • Ganjaran

    Di 8Share, mereka memberi ganjaran kepada anda atas sumbangan cerita dan menyiarkan cerita!
    Kami memberi ganjaran dalam tiga langkah berikut:

    • Mendapatkan bayaran secara tunai
      Setiap bulan, mereka mengeluarkan wang tunai pendapatan kepada penyiar 8Share yang menyiarkan Special dengan membuat transaksi wang tunai ke dalam akaun bank anda. 
    • Mendapatkan Mata Perolehan (BPs)
      Setiap hari, anda boleh memperoleh mata perolehan dengan menyertai aktiviti yang dijalankan di 8Share.
    • Hadiah dan saguhati
      Dari masa ke semasa, terdapat pelbagai hadiah bakal diberikan apabila anda menyertai peraduan mereka. Setakat ini sahaja, 8Share telah menghadiahkan iPod, kamera, komputer riba, tiket konsert dan wayang, baucar malah sebuah kereta!

    Mata Perolehan (BP)

    Apa itu BP?
    BP ialah Bonus Point (Mata Perolehan). Ia menunjukkan berapa banyak anda telah menyumbang di laman sosial. Sesiapa yang mempunyai BP yang tinggi, adalah ahli 8Share yang aktif dan penyiar berpengaruh di laman sosial.
    Bila saya akan menerima BP?
    Anda akan menerima
    • 1 BP untuk setiap Special yang anda siarkan
    • 1 BP untuk setiap lawatan unik (U.V.) yang anda dapat apabila menyiarkan Kempen Causes/Social Good
    • 10 BP untuk setiap perubahan profil yang dibuat (URL profil, gambar profil, tentang saya, dan lain-lain lagi.)
    Adakah BP mempunyai nilai kewangan?
    BPs tidak mempunyai nilai kewangan. BP tidak boleh ditukar ke mata wang.
    Apakah yang boleh saya lakukan dengan BP saya?
    BP anda boleh digunakan untuk menuntut barangan 8Share apabila ia disediakan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila klik perkataan berikut :  DAFTAR SEKARANG!

Aplikasi Android Liga Malaysia 2014


Aplikasi khusus untuk sistem Android ini direka bagi memudahkan peminat dan penyokong Liga Malaysia mengetahui jadual dan keputusan perlawanan Piala Malaysia, Liga Super, Liga Premier, Liga FAM, Piala Presiden, Piala FA Malaysia bagi musim 2014.

Ia juga mengandungi berita terkini, carta kedudukan, penjaring gol, video serta Tweets dari pada FAM, jurulatih dan pemain bola sepak Liga Malaysia.

Untuk muat-turun aplikasi ini, sila klik :   Android Application : Liga Malaysia 2014

Animasi video kreatif : dakwah tentang aurat

Aurat dari segi bahasa ialah keaiban, manakala dari segi istilah syara' ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutupi.

Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.

Namun dengan terbitnya video animnasi yang kreatif seperti di bawah ini, pastilah penerangan mengenai aurat lebih mudah disampaikan dan menarik perhatian untuk segenap golongan rakyat memahaminya. Syabas kepada team produksi yang telah menerbitkan video dakwah ini.



Idea bisnes mudah Siri 2

 

Artikel ini merupakan lanjutan kepada artikel "Idea bisnes mudah Siri 1". Dalam artikel ini saya memberitahu idea bisnes yang masih lagi relevan dan jika kena pada lokasinya mampu menjana pendapatan yang stabil. Bisnes yang dicadangkan ialah perkhidmatan binding

Kos untuk menjalankan perkhidmatan ini adalah dalam lingkungan RM500.00. Binding yang dicadangkan ialah binding jenis ring dan tape.  Namun terdapat satu lagi jenis binding yang ada iaitu jenis wire binding dan kosnya lebih sedikit dengan jenis binding yang dicadangkan.

Binding ring dan tape biasanya digunakan oleh kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan mahasiswa-mahasiswi di kolej serta universiti. Malah para peniaga atau usahawan juga sering menggunakannya untuk membuat profil perniagaan atau syarikat.

Pada mereka yang kreatif, perkakasan ini boleh juga menghasilkan kraftangan yang menarik.


Keputusan Liga Super 25/01/2014

 

Lima perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada hari ini. Perlawanan antara PKNS FC dan ATM telah berlangsung pada semalam (24 Januari 2014), dengan dimenangi oleh PKNS FC dengan jaringan 1 berbalas 0 dari ATM.

KEPUTUSAN LIGA SUPER  :  25 JANUARI 2014

KEPUTUSAN PENUH

Lions XII  2  -  1  Selangor  (7:45 mlm)

Sarawak  0  -  1  Kelantan  (8:15 mlm)

T-Team  1  -  0  JDT  (8:45 mlm)
   
Sime Darby FC  1  -  0  Pahang  (8:45 mlm)

Perak  1  -  0  Terengganu  (8:45 mlm)
   

Tuan Guru Dato Harun Taib meninggal dunia

Innalillahiwa inna ilaihi raji'un.....
KETUA ULAMA PAS PUSAT telah kembali kerahmatullah pada waktu lebih kurang jam 12.10 pagi, 25 Januari 2014 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Allahyarham meninggal dunia akibat kompliklasi penyakit kencing manis yang dihidapinya, namun ada sumber mengatakan beliau menghidapi sakit jantung.

Jenazah Almarhum Tuan Guru Harun Taib disolatkan sekitar jam 10.00 pagi di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Kuala Terengganu. Kemudian jenazah Ketua Ulama PAS Pusat telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan persendirian keluarganya di Kampung Padang Ujib, Manir, Kuala Terengganu sekitar jam 11.00 pagi.

Semoga segala dosa beliau diampunkan oleh Allah SWT dan ditempatkan roh beliau bersama para ambia ,syuhada , sidiqin dan solihin.


 
Ketika arwah dilawati oleh rakan-rakan serta pemimpin PAS. 


Ketika Jenazah Tuan Guru Dato Harun Taib disolatkan. Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengimamkan solat jenazah ini.
Suasana ketika jenazah Tuan Guru Dato Harun Taib diziarahi oleh segenap masyarakat luar dan dalam Terengganu

Baki Flat Pekeliling dirobohkan


Baki Flat Tunku Abdul Rahman yang lebih dikenali Flat Pekeliling di Jalan Pekeliling, berhampiran dengan stesyen LRT dan Monorel Titiwangsa, mula dirobohkan oleh pihak pemaju Asie Sendirian Berhad, bermula pada 22 Januari 2014.

Kerja meroboh lima blok flat itu dilakukan pada jam 12.35 tengahari selepas jengkaut seberat 11 tan diangkat ke tingkat 17 blok A menggunakan kren seberat 300 tan. Kerja itu dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2015.

Bagi projek perobohan itu Asie Sendirian Berhad melantik Syarikat Chang Chern Denolation Specialist selepas mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Oktober lalu.  Pegawai Keselamatan Pekerjaan Chang Chern Demolation Specialist, Dr C Sivakumar berkata, tempoh untuk merobohkan setiap blok flat itu mengambil masa kira-kira empat bulan. Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, proses perobohan akan dilakukan secara berkala.  

Flat Pekeliling dibina pada tahun 1967 di bawah Rancangan Malaysia Pertama, bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.  


Perobohan fasa pertama telah dilakukan pada tahun 2006. Berhampiran dengan flat ini selain dari masjid dan tokong, ialah Pekeliling Business Centre, yang pernah menempatkan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Kuala Lumpur, yang telah diserapkan ke dalam UNITAR Kelana Jaya pada tahun 2005.


*sumber :
-Harian Metro
-TV3
-Pengalaman penulis
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, proses perobohan akan dilakukan secara berkala.

Kerja perobohan bermula kira-kira jam 12.35 tengah hari tadi dengan kren mengangkat jengkaut seberat 11 tan dibawa ke tingkat 7, blok A.

Flat Pekeliling dibina pada tahun 1967 di bawah Rancangan Malaysia Pertama, bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.

Perobohan fasa pertama dilakukan pada tahun 2006. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Baki_Blok_Flat_Pekeliling_Dirobohkan.html#sthash.BmlSpmSS.dpuf
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, proses perobohan akan dilakukan secara berkala.

Kerja perobohan bermula kira-kira jam 12.35 tengah hari tadi dengan kren mengangkat jengkaut seberat 11 tan dibawa ke tingkat 7, blok A.

Flat Pekeliling dibina pada tahun 1967 di bawah Rancangan Malaysia Pertama, bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.

Perobohan fasa pertama dilakukan pada tahun 2006. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Baki_Blok_Flat_Pekeliling_Dirobohkan.html#sthash.BmlSpmSS.dpuf

Pemilik alih suara Ultraman, Naruto, Doraemon & Boboiboy

Rancangan kartun yang disiarkan di Malaysia sama ada dari luar negara mahupun dari dalam Malaysia sendiri mempunyai pengikut dan peminat yang ramai juga terutamanya dari kalangan kanak-kanak dan tidaklah menjadi pelik sekiranya orang dewasa juga turut meminati siri kartun yang disiarkan di televisyen.

Dalam rancangan Tunggu Sekejap, telah ditemu-ramah empat orang pemilik suara alih bahasa yang mewakili empat karektor kartun atau animasi popular iaitu Bahagia Bin Daharun (Baggio) sebagai Ultraman (tak tahu apa nama Ultraman yang diwakilinya), Ruhaiyah Daharun sebagai Doraemon, Faizal Md. Isa sebagai Naruto dan Fathia sebagai Boboiboy. Untuk makluman anda, suara si Fathia ini juga digunakan untuk animasi Upin & Ipin.



Video & Lirik Pencuri - Mark Adam

Produced by Mark Adam, Adeep Nahar & DJ Fuzz |
Lyrics by Mark Adam & Altimet

Lirik :

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu

Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu
Darjah satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan ku kembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
‘Tuk sehidup semati

Ulang Chorus

Dari darjah satu aku suka kamu


Video :




Lagu Gigit Cuping Telinga - Nabil MLM 2013


Nabil yang memulakan kerjayanya dengan lebih cemerlang dalam pertandingan Raja Lawak dan kini sedang berjuang pula dalam Maharaja Lawak Mega 2013.  Beliau adalah peserta tunggal MLM 2013 yang berseorangan kerana peserta lain semuanya adalah terdiri dari peserta berkumpulan.

Seperti juga sepah, setiap lawak Nabil ada masa naik kualitinya dan ada masa turun tetapi tidak pernah menghampakan sangat para peminat untuk tergelak atau setidaknya tersengih. Beliau adalah seorang pelawak yang interaktif dan rajin serta kreatif membuat "kajian" dalam membikin dan membina lawak-lawaknya.

Beliau dilihat pandailah juga mengaitkan keadaan yang sedia ada di dunia luar ke dalam dunia lawaknya.  Contoh terbarunya adalah dalam siri pertandingan MLM 2013, minggu yang ke 10. Salah satu babak lawak beliau ada menggunakan keratan lirik :

"Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
Membisikan aku cinta kamu....."

Saya sendiri sudah terlupa akan kewujudan lagu berkenaan. Lantas hasil tinjauan di enjin carian Google, maka barulah saya ingat semula ia adalah lagu nyanyian Aqasha yang bertajuk Obsesiku.


Senarai pasukan Liga Malaysia 2014

 

Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga yang berdaftar di dalam Liga Malaysia bagi musim 2014, kelolaan FAM (Football Association of Malaysia) :



LIGA SUPER 2014
No.
Pasukan
1
LIONS XII FC
2
SELANGOR
3
JOHOR DARUL TAKZIM FC
4
KELANTAN
5
PAHANG
6
ATM
7
PERAK
8
SELANGOR PKNS FC
9
TERENGGANU
10
TERENGGANU PBDKT/T-TEAM
11
SARAWAK
12
KL SIME DARBY FC



LIGA PREMIER 2014
No.
Pasukan
1
KL FELDA UNITED FC
2
NEGERI SEMBILAN
3
JOHOR
4
KEDAH
5
SABAH
6
KL DRB-HICOM FC
7
PDRM
8
KL S.P.A PUTRAJAYA FC
9
UITM FC
10
PERLIS
11
PULAU PINANG
12
PULAU PINANG, PBAPP FC




LIGA FAM 2014
No.
Pasukan
1
KUALA LUMPUR
2
HARIMAU MUDA C
3
PAHANG, KUANTAN FA
4
MELAKA
5
CEBAGOO FC
6
SHAHZAN MUDA FC
7
PB MELAYU KEDAH
8
PERAK YBU FC
9
MAJLIS SUKAN INDIA MALAYSIA
10
PULAU PINANG SUNGAI ARA FC
11
PB HULU TERENGGANU
12
UMKL FC




PIALA PRESIDEN 2014
No.
Pasukan
1
PERAK
2
JOHOR
3
PAHANG
4
KELANTAN
5
SELANGOR
6
TERENGGANU
7
NEGERI SEMBILAN
8
KEDAH
9
SABAH
10
PULAU PINANG
11
SSTMI
12
MELAKA
13
PERLIS
14
SARAWAK
15
PDRM
16
ATM
17
KUALA LUMPUR
18
SSMP
19
KL FELDA UNITED
20
TERENGGANU PBDKT/T-TEAM



http://bolastore.ashadee.com/x/ahmadzaki/

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan