
Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun
 tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di 
Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.
Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan 
penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam 
secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica
 Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. 
Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah 
dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.
Namun sejak kita memasuki tahun baru 2014, di bulan Januari, populariti "kangkung" tiba-tiba meningkat dengan mendadak di kalangan rakyat lantaran sayur berkenaan dijadikan contoh oleh perdana menteri yang sangat-sangat kita hormati.  Sehinggakan ia dijadikan "subjek" oleh mereka yang kreatif seperti gambar di bawah :
|  | 
| Kangkung Meat Ball | 
|  | 
| Mc Kangkung | 
Ditambah lagi dengan pengeditan yang kreatif dan menarik sehingga ucapan biasa mampu dijadikan lagu remix :









 
 
 

 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

