Red Quattro Engine Treatment Booster

Klik gambar di atas untuk ke laman web produk penjagaan enjin kenderaan ini


Pada masa kini, keperluan kenderaan semakin meningkat, sama ada bagi tujuan peribadi ataupun perniagaan.  Maka penjagaan kenderaan terutamanya enjin menjadi sangat penting bagi memastikan jangka hayat kenderaan dapat dilanjutkan dan juga mengelakkan dari pengguna terpaksa berbelanja lebih akibat kenderaan mengalami kerosakan enjin.

Makanya, dalam artikel kali ini saya ingin memperkenalkan satu produk yang sangat bagus untuk "kesihatan" enjin kenderaan.  Ianya dinamakan "RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER".

RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER adalah pemangkin yang dirumus berasaskan cecair TEFLON dan FULLERENE. Cecair TEFLON akan menyalut permukaan besi di dalam enjin dan kompartmen.  Produk ini diklasifikasikan American Petroleum Institute. (API-GF-5 standard specifications) untuk dicampur dengan minyak enjin Petrol atau Diesel.

Rumusan polymetric RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER menguatkan minyak pelincir sedia ada dengan kelicinan tanpa larut “non-degradable” Surface Coating menyalut permukaan komponen dalaman enjin dengan ketebalan 0.02 mikron hingga 0.04 mikron untuk mencegah hakisan permukaan piston-selinder dengan bahan terlicin polymetric dan Teflon.  Fullerene pula menghasilkan berjuta bebola bersaiz Nano yang memberi kesan “ roller ball effect “ pada permukaan keluli dalam enjin. Secara tidak langsung mengawal suhu enjin.


KELEBIHAN RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER:

    • Mengurangkan geseran pada bahagian dalaman enjin (enjin lebih senyap)
    • Memanjangkan jangka hayat minyak enjin (sekali ganda batuan/KM dari biasa atau sehingga enam bulan penggunaan)
    • Meningkatkan prestasi dan menambah HORSE POWER
    • Menjimatkan penggunaan bahan api
    • Suhu enjin yang lebih stabil
    • Mengurangkan gegaran pada enjin
    • Mengurangkan kos penyelenggaraan enjin
    • Mengurangkan pelepasan asap ekzos
    • Mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar

Di mana kekuatan Islam di "tangan" pemimpin Malaysia

 
Yang salah tetap salah, tetapi hukumlah dengan seadilnya dan sepatutnya.

Salam sejahtera...

Apabila kita sudah mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berdaulat, sewajibnya segalanya berteraskan ajaran Islam melalui sumber utama iaitu Al Quran dan hadith. Sebaliknya apa yang masih berlaku hingga kini adalah "peraturan" yang disadur dari "bimbingan" bekas penjajah British / kafir, walaupun negara ini merdeka sudah lebih 50 tahun.  Fungsi mahkamah syariah seperti "bersawang" dalam sistem pentadbiran negara.

Lihat gambar di atas dan lihatnya kelonggaran dan kelemahan negara kita. Jangan salahkan DAP yang memerintah Pulau Pinang.  Jangan salahkan orang-orang Melayu yang bersahabat dengan orang Cina dan India sebaliknya salahkan dan tegurlah pemimpin Melayu kini yang "memegang" kuasa pentadbiran.  Adakah Islam semakin baik dan kukuh di negara ini apabila mereka berterusan mentadbir negara atau Islam semakin terhakis dari dalam hati penganutnya....?.

7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan


Pelbagai "aktiviti sampingan" yang sering kita lakukan sama ada sedar atau tidak selepas makan.  Namun tahukah anda kesannya kepada kesihatan kita seandainya masih lagi tidak mengubah atau memberhentikan tabiat berkenaan. Ini kerana ada kelakuan kita itu memberi kesan negatif pada kesihatan.

Lihat informasi di bawah ini :
1. Jangan minum teh.
- Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.
2. Jangan makan buah-buahan.
- Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2 jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.

3.
Jangan merokok.
- Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi.
4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
- Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

5. Jangan banyak berjalan.

- Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.
6. Jangan mandi.
- Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.
7. Jangan terus tidur.
- Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

Gambar anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu


Seperti yang sedia maklum, perang antara pihak yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dengan pihak keselamatan Malaysia di Lahad Datu, Sabah semakin berlarutan sehingga mengorbankan nyawa.

Namun yang musykilnya kenapa isu besar seperti ini timbul dikala Malaysia akan menghadapi peristiwa penting iaitu pilihanraya umum.  Nampaknya "trend" isu kedaulatan negara sering sampai kemuncak tiap kali nak berlangsungnya pilihanraya. 

Apakah pihak yang menceroboh sempadan negara kita itu mempunyai peralatan yang cukup banyak serta canggih untuk menghadapi pihak keselamatan negara Malaysia yang dikatakan mempunyai peralatan ketenteraan dan pertahanan yang moden serta canggih?

Walauapapun, diharap semuanya akan kembali normal dan tiada lagi yang akan terkorban. Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban...(yang beragama Islam).

"Orang Putih" yang pertama kali makan durian

 
"On a recent trip to Malaysia I was told about the infamous durian fruit. 
On my last night there I was taken to a durian stand to taste it for the first time..." -Adam Helweh

Durian adalah dianggap oleh masyarakat Asia Tenggara sebagai "Raja Buah" kerana ciri-cirinya yang berkulit keras, berduri, bau yang kuat serta rasa isinya yang mengasyikan.  Populasi durian berada di sekitar negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan sesetengah bahagian di Philipina.  Isi buah durian amat sinonim dengan makanan di dalam budaya Melayu seperti sambal tempoyak dan pengat.  Dengan pelbagai kajian dan inovasi, durian juga boleh dibuat ais krim, jem dan sebagai bahan tambahan dalam penyediaan jenis makan yang pelbagai.

Dalam video yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkenaan dengan pelancong yang pertama kali melihat dan merasai buah durian.  Riaksinya agak melucukan dan terlihat wajah "confius" bila merasainya pada gigitan pertama.  Tetapi ada juga orang Melayu yang tak suka durian... ermm... pelik tu... serupa juga macam orang Melayu yang tak makan nasi...

 

Kecenderungan otak kiri dan kanan : pengaruhi kecemerlangan diri


Kebanyakkan dari masyarakat kita pasti akan melihat dan membandingkan tahap pencapaian anak-anak mahupun pencapaian diri sendiri berbanding orang lain dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan pekerjaan. Contohnya jika anak-anak tidak mencapai tahap "cemerlang" seperti yang dikehendaki ibu bapa, maka anak itu selalunya akan lebih disalahkan. Banyak faktor yang boleh diteliti bagi menilai tahap perbezaan pencapaian itu dan salah satunya ialah perbezaan atau kecenderungan individu pada otak sebelah kiri dan kanan.

Penyelidik-penyelidik otak manusia mendapati bahawa kedua-dua hemisfera otak manusia (kiri dan kanan) berbeza dalam memproses sesuatu. Perbezaan utama antara otak kiri dan kanan dalam pembentukan aktiviti adalah seperti rajah di bawah :


Otak kiri

Otak kanan
Rasional
Lisan
Lurus (linear)
Pasif / menerima
Terancang & berstruktur
Bukan gerakan
Pengiraan
Penulisan
Melihat bahagian-bahagian
Teori
Mengawal perasaan
Bunyi bahasa
Intuitif
Penglihatan / ruangan
Sintesis
Bulatan
Interaktif
Bersesuaian dan spontan
Gerakan / tarian
Pola, model, bentuk
Lukisan
Melihat perhubungan dan keseluruhan
Amalan
Bebas dengan perasaan
Bunyi semulajadi
Muzik

 Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah seperti berikut : 

Otak kiri

¨       Mengira
¨       Memberi bukti
¨       Mengingat semula fakta atau konsep
¨       Membaca serta membuat analisis
¨       Melapor
¨       Segala bentuk analisis
¨       Menyurih
¨       Melukis carta
¨       Melukis graf
¨       Memberi contoh
¨       Menyalin nota
¨       Menilai secara objektif
 ¨       Melihat bahagian-bahagian 
¨       Memberi sifat-sifat perbezaan 
¨       Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik 
¨       Mendengar bunyi bahasa
¨       Menyenarai dan menkategorikan
¨       Rasional


Otak kanan
¨       Mencipta, mereka bentuk, main peranan, simulasi
¨       Drama kreatif, lakonan
¨       Penulisan kreatif
¨       Gerakan, tarian
¨       Membaca serta membuat sintesis
¨       Segala bentuk sintesis
¨       Geometri
¨       Demonstrasi
¨       Membuat ujikaji
¨       Bentuk (shapes)
¨       Membuat pola atau corak
¨       Memeta fikiran (mind mapping)
¨       Sumbangsaran atau percambahan fikiran
¨       Menggambarkan
¨       Semua bentuk sajak
¨       Semua bentuk seni
¨       Mendengar, melihat, menggerak
¨       Analogi
¨       Semua aktiviti intuitif
¨       Ukiran
¨       Lakaran
¨       Memberi sifat-sifat persamaan
¨       Melihat perhubungan dan keseluruhan
¨       Menilai secara subjektif
¨       Melukis
¨       Fotografi
¨       Mendengar bunyi semulajadi
¨       Main muzik, mencipta lagu

Oleh yang demikian, ibu bapa dan keluarga harus melihat kecemerlangan anak-anak atau ahli keluarga dari sudut perspektif yang lebih terbuka sebelum "menjatuhkan hukum" pada individu yang dimaksudkan.  Ibu bapa harus bijak dan segera menilai kecenderungan anak-anak mereka sama ada anak itu lebih kepada penggunaan otak kiri, otak kanan ataupun seimbang kedua-dua bahagian otak.  Dengan itu ibu bapa dapat merancangan "perjalanan" pembelajaran dan kerjaya anak mengikut keserasian diri anak masing-masing.

Begitu juga dengan individu yang ingin mencapai kecemerlangan dalam hidup.  Mereka perlu melakukan kerja atau aktiviti yang bersesuaian dengan keserasian diri serta kecenderungan otak mereka.  Jika ini dapat dilakukan, maka tiada insan yang akan tercicir dalam pembelajaran, kerjaya dan arus kemodenan.

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super 1 Mac 2013

 

Sebanyak dua perlawanan bola sepak telah berlangsung pada 1 Mac 2013 dalam Liga Super Malaysia yang berlangsung pada pukul 8.45 malam iaitu melibatkan perlawanan antara pasukan ATM bertemu Pahang serta pasukan Kelantan bertemu Perak.

Berikut adalah keputusannya :

ATM - Pahang  0 - 0

Kelantan - Perak  1 - 1

Promosi

Babab.net