Betulkah cermin mata berlubang dapat sembuhkan rabun?


Pernah tengok cermin mata berlubang-lubang seperti ini. Ramai daripada penjual cermin mata ini mengatakan ia boleh menyembuhkan rabun. Maksudnya RABUN ITU BOLEH DIHILANGKAN SELEPAS PAKAI CERMIN MATA INI BEBERAPA KALI.

Disamping itu, banyak juga mereka yang menjual cermin mata ini dengan harga yang sangat mahal walaupun keberkesanannya belum lagi teruji.

Kami ingin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dengan masalah rabun dan juga cermin mata yang berlubang-lubang ini.

1) APA ITU RABUN?

Rabun ataupun dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘refractive error'(ralat pembiasan) merupakan salah satu masalah mata dimana pembiasan cahaya didalam mata tidak berlaku dengan tepat.

Ini menyebabkan titik fokus tidak jatuh secara tepat di atas retina dan menyebabkan pandangan menjadi kabur.

2) Terdapat 3 jenis ‘Refractive error'(Ralat pembiasan) iaitu :

–  Rabun jauh (nearsightedness)
–  Rabun dekat (farsightedness)
– Astigmatism. Orang kita selalu memanggil masalah ini sebagai ‘Silau’. Tetapi sebenarnya istilah tersebut tidak tepat bagi menggambarkan Astigmatism. Bagi artikel ini saya masih menggunakan istilah silau supaya semua tidak keliru


3) APA ITU ASTIGMATISM (silau)?

Astigmatism merupakan salah satu jenis ‘refractive error’ dimana dalam masalah ini jumlah titik fokus menjadi lebih daripada satu.

Ia disebabkan keadaan kornea yang tidak rata. Ini menyebabkan cahaya yang melintasi permukaan kornea terbias tidak sekata dan mempunyai banyak titik fokus.

Disebabkan kornea yang tidak rata,
titik fokus menjadi banyak menyebabkan penglihatan menjadi kabur

4) CERMIN MATA BERLUBANG TIDAK BOLEH SEMBUHKAN RABUN

Cermin mata berlubang-lubang seperti ini hanya membantu mereka yang mempunyai masalah Astigmatism (silau) sahaja.

Ini kerana apabila kita menggunakan cermin mata seperti itu, cahaya yang masuk ke dalam mata akan berkeadaan lurus dan menyebabkan hanya satu titik fokus sahaja yang terhasil.

Disebabkan perkara itu, pemandangan mata akan menjadi lebih jelas apabila menggunakan cermin mata tersebut.


Selain daripada itu, Ingin saya tekankan bahawa masalah astigmatism (silau) dibantu apabila sedang memakai cermin mata itu sahaja. Apabila kita buka cermin mata itu, masalah silau itu masih tetap akan ada. Cermin mata ini tidak akan menyembuhkan masalah astigmatism tersebut.
Sebagai tambahan, perlu diketahui bahawa rabun adalah masalah pada struktur mata. Penggunaan cermin mata kaca ataupun berlubang-lubang seperti itu hanya akan menyelesaikan masalah pada ketika pemakaiannya sahaja.
Jika benar-benar tidak mahu menggunakan cermin mata ataupun kanta lekap, maka pembedahan seperti LASIK perlu dijalankan untuk membetulkan balik struktur mata.
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah penggunaan cermin mata berlubang-lubang ini tidak akan memulihkan rabun anda secara keseluruhan.


Jawatan Presiden FAM : Tunku Ismail Sultan Ibrahim vs Tan Sri Annuar Musa


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim disahkan akan bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres ke-53, 25 Mac depan. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. 

Itu bermakna, Tunku Ismail bakal menentang Tan Sri Annuar Musa dalam Kongres tersebut selepas dua lain calon iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengesahkan pencalonan selepas ia ditutup pada pukul 5.30 petang semalam (13/02/2017).

Hamidin bagaimanapun berkata, kedua-dua calon yang sah bertanding masih boleh menarik diri sehingga kongres tersebut berlangsung. Sementara itu, empat calon sah bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM, sembilan calon Naib Presiden FAM, 17 calon Exco (lelaki) dan tujuh calon Exco (wanita).


Rujukan artikel dari Sinar Harian

Korea Utara : bukan semuanya best mengenai Korea


Sebut sahaja Korea Selatan, pasti sebahagian anak muda di Malaysia akan terkinja dan menggelinjang seperti ulat sagu lantaran populariti artis negara berkenaan. Ada juga yang mengidam untuk melancong dan bercita-cita melanjutkan pelajaran ke negara berkenaan.

Namun jiran mereka, Korea Utara amat berbeza dan kelihatan "membosankan". Nak melancong ke Korea Utara?. Jika ya, fikirkan sedalam-dalamnya.

Korea Utara atau nama rasminya Republik Rakyat Demokratik Korea merupakan sebuah negara yang agak misteri. Apakah yang ada disebalik tembok negara yang diperintah oleh Presiden Kim Jong-un ini? 


Jika anda ingin mengembara ke Korea Utara, ini tips yang harus anda ikuti untuk selamat kembali ke Malaysia. 

1) Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Korea Utara. Pilihan yang terbaik adalah anda terbang ke Beijing, China dan menaiki kapal terbang Air Koryo dari Beijing ke Korea Utara dan juga kereta api. 

Pilihan kedua, anda boleh terbang ke Moscow, Rusia terlebih dahulu dan pergi ke Korea Utara dengan kereta api. Jika anda menaiki kereta api dari China atau Rusia ke Korea Utara, anda perlu melepasi satu kawalan dan semakan sempadan yang amat tegas dan memakan masa hampir 2-3 jam. Rakyat Amerika Syarikat dan Israel tidak dibenarkan memasuki Korea Utara.

2) Menerusi Hubungan Malaysia–Korea Utara, Malaysia menjadi negara pertama dan satu-satunya negara yang boleh masuk ke Korea Utara tanpa visa pelancong. Malaysia mempunyai kedutaan di Korea Utara dan juga Korea Utara mempunyai pejabat kedutaannya di Malaysia. 

3) Anda tidak boleh melancong secara backpacking jika ingin ke Korea Utara. Anda haruslah menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan kerajaan dan perlu menandatangi perjanjian pelancongan Korea Utara terlebih dahulu. Harga bagi trip ke Korea Utara adalah dalam RM2700 bagi tiga hari (trip bajet)


4) Pelancong akan diberitahu untuk tidak mengambil sebarang gambar orang miskin, kerja-kerja pembinaan dan orang Korea Utara tanpa meminta izin. Jika ada yang ingin mengambil gambar patung gergasi Presiden Kim, haruslah mengambil gambar keseluruhan patung dan tidak dibenarkan mengambil gambar secara dekat terutamanya kepala. Kebiasaannya sebelum meninggalkan Korea Utara, ada petugas yang akan meminta kamera anda untuk menyemak gambar-gambar yang anda ambil. Jika ada gambar yang dilarang, kamera anda akan dirampas ataupun anda akan dipenjarakan.

5) Tiada rakyat Korea Utara yang dibenarkan akses kepada internet kecuali kakitangan kerajaan. Apatah lagi buat para pelancong, panggilan keluar dari Korea Utara boleh menelan harga sehingga RM31 selama seminit.

6) Pelancong hanya dibenarkan menggunakan matawang Euro, RMB China atau USD sahaja.

7) Anda tidak dibenarkan keluar daripada hotel tanpa pemandu pelancong. Semua pergerakan anda ke satu-satu tempat haruslah dengan pemandu pelancong yang disahkan oleh kerajaan.

8) Pelancong juga tidak dibenarkan membawa sebarang buku-buku keagamaan masuk ke dalam Korea Utara. Hukuman mati boleh dikenakan jika anda membawa buku keagamaan, menonton sebarang pornografi serta tonton bahan hiburan Korea Selatan.

9) Memakai denim adalah dilarang bagi pelancong. Ia hanya dibenarkan untuk rakyat tempatan sahaja.

10) Di Korea Utara, hanya tentera dan pegawai kerajaan dibenarkan memiliki kereta. Rakyat biasa hanya menggunakan perkhidmatan kereta api, teksi dan basikal.

11) Makanan halal amat sukar dicari di Korea Utara. Jika anda mengikuti tour pelancongan sekali pun, agak mustahil untuk anda menikmati makanan halal.

12) Anda boleh membeli poskad Korea Utara dan mengepos poskad tersebut pada teman-teman di serata dunia kecuali Korea Selatan.

13) Rakyat dilarang guna nama Kim Jong Un.


14) Walaupun pelbagai media menggelarkan Korea Utara bukan negara yang sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong, namun Korea Utara adalah selamat untuk dilawati, asalkan anda mengikuti semua peraturan yang diberikan.


Promosi

Babab.net