Program Komuniti Usahawan Digital (PKUD)

En.Nordin

En.Zulkifli

------------------------------------------------------------------

Program Komuniti Usahawan Digital ( PKUD ) telah dilaksanakan di Pusat GIATMARA Kota Melaka. Ia berlangsung pada 3, 4 dan 10 haribulan 11 2007. Program ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer ( PJSK ) iaitu Encik Mohd. Nordin Bin Salleh serta Encik Zulkifli Bin Ahmad Nazli.

Tujuan program diadakan untuk menerangkan kepada peserta tentang asas mengenai apa yang dimaksudkan dengan komputer, bagaimana ia berfungsi, panduan membeli komputer, implikasi serangan virus dan penggunaan internet serta aplikasi-aplikasinya yang boleh diadaptasikan ke dalam senario dunia perniagaan hari ini seperti penggunaan e-mail dan laman web.

Satu Daerah Satu Industri


Program Satu Daerah Satu Industri merupakan platform terbaik bagi usahawan Melayu memasarkan produk berasaskan bahan-bahan tempatan, terutamanya produk yang melibatkan makanan & minuman halal. Malah, RTM 1 juga menyokong usaha ini dengan menyiarkan rancangan bertajuk "SATU DAERAH SATU INDUSTRI" pada pukul 12.30 tengah hari setiap hari Jumaat.

Segmen produk halal adalah pasaran yang mempunyai permintaan luas sama ada dalam Malaysia atau luar negara, lebih-lebih lagi kerajaan berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat produk halal dunia.

Selaras dengan usaha kerajaan ini, para usahawan Melayu perlu lebih aktif dalam meneroka serta merebut peluang ini. Jangan biarkan"bangsa asing" menguasai bidang perniagaan atau dengan kata lain, kita tidak mahu orang Melayu hanya menjadi bangsa pengguna dan pembeli. Bangsa Melayu sudah banyak "mengalah" dengan bangsa lain sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Malaysia sudah 50 tahun merdeka, usah kita leka lagi...
Teknik beladiri dari bekas pelatih kelab Tae Kwon Do ITTAR KL

Teknik beladiri dari bekas pelatih kelab Tae Kwon Do ITTAR KL

Salam Ramadhan dan Aidilfitri...


video


Video ini adalah rakaman aksi teknik beladiri dari kelab TKD ITTAR KL yang di rakam dalam tahun 2003 & 2004 di Dewan Institut Teknologi Tun Abdul Razak ( ITTAR ) Kuala Lumpur.

Tetapi kini kelab ini sudah tiada lagi kerana bermula awal tahun 2005, ITTAR KL , Jalan Pekeliling Business Centre sudah berpindah ke Universiti Tun Abdul Razak ( UNITAR ).

Namun begitu penulis sedaya upaya menyimpan segala kenangan bersama ahli-ahli lain agar ianya tidak layu serta tidak pudar ditelan waktu. Untuk melihat rakaman video yang lain, sila lawati laman web : http://www.youtube.com/zakey82

Hari pertama di Smartech Stationaries



Hari ini adalah hari pertama penulis berkhidmat di syarikat tersebut dalam usaha penulis mengumpul modal serta pengalaman. Setakat ini keadaan adalah baik dan terkawal. Seronok juga sesekali pelanggan yang terdiri dari pelajar Kolej Profesional Mara dan UiTm cawangan kampus Bandaraya, Melaka memanggil penulis abang... ada juga yang memanggil "awak".

Penulis dapat merasakan sesuatu yang baru dan terbaik dapat disumbangkan pada perniagaan ini. Walaupun bukan syarikat kepunyaan penulis, namun penulis sentiasa memberi komitmen sepenuhnya ketika berkhidmat di Smartech Stationaries.

Berkhidmat sementara di Smartech Stationary


Assalamualaikum...

Bermula pada 17 september 2007, penulis berkhidmat di Smartech Stationary, Plaza Usahawan, Melaka. Penulis mengambil keputusan untuk berkhidmat di syarikat ini kerana ingin mengumpul modal bagi membiayai sedikit sebanyak perjalanan bisnes penulis sendiri. Terlangsungnya penulis dapat juga menimba pengalaman dalam bidang bisnes yang hampir serupa dengan bisnes penulis.
Cabaran untuk menjadi usahawan...

Cabaran untuk menjadi usahawan...

Assalamualaikum...

Penulis telah lama menyedari bahawa "menjadi usahawan" ataupun memiliki perniagaan sendiri bukannya semudah dilihat ataupun dikata. Mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana cabaran serta dugaan dalam "sepak terajang" dunia perniagaan terlalu hebat. Sesiapa yang patah semangat atau mudah putus asa akan cepat mengalah, lantas menarik diri dengan segera dari "dunia bisnes".

Bagi penulis sesuatu pekerjaan itu tidak kira dalam apa jua sektor perlu ada ketekunan serta kesungguhan menjalankannya. Penulis telah menyertai beberapa kursus atau seminar yang berkaitan dunia keusahawanan sebagai bekalan dalam menyertai dunia "peperangan" ini, malah tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Penulis masih lagi "memburu" kursus-kursus keusahawanan atau yang seumpama dengannya ( terutamanya yang berkaitan dengan bisnes komputer serta ICT ).

Cabaran serta dugaan datang bukan sahaja dari persekitaran luaran malah persekitaran dalaman penulis sendiri. Penulis tidak mendapat sokongan yang sewajarnya dari orang-orang yang sepatutnya. Ditambah lagi dengan karenah birokrasi pihak-pihak tertentu yang semestinya penulis akan berurusan dengan mereka.

Tetapi penulis tidak berputus asa. Penulis akan menyusun semula strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perniagaan penulis. Oleh kerana itulah penulis amat suka membaca buku-buku motivasi perniagaan serta berhubungan dengan individu-individu yang dapat membantu penulis dalam meniti perjalanan perniagaan ini... Doakan penulis berjaya dalam usaha ini...
Menjadi pemilik perniagaan atau kerja makan gaji?

Menjadi pemilik perniagaan atau kerja makan gaji?

Dalam zaman sekarang,pelbagai peluang wujud untuk rakyat Malaysia memperolehi kehidupan yang terbaik. Bermacam-macam peluang atau sumber kewangan halal yang boleh diterokai. Satu"trend" yang semakin popular ialah menjadi usahawan ( menjalankan atau memiliki bisnes ).

Terdapat pelbagai agensi yang berkaitan dengan dunia keusahawanan seperti MARA, MECD, SMIDEC dan beberapa agensi lain yang berkaitan dengan keperluan dalam pengwujudan usahawan. Malah, pihak MARA telah lama terlibat dalam memberi latihan kepada orang ramai sama ada darisegi pendidikan formal mahupun latihan teknikal atau bidang kemahiran. Contohnya dengan penubuhan Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA melalui GIATMARA Sdn Bhd di seluruh negara, memberi peluang latihan kepada kaum Melayu yang berminat dalam bidang kemahiran serta menggalakkan pelatih-pelatih ini untuk menubuhkan perniagaan sendiri. Usaha ini dilihat sesuatu yang positif dan amat berkesan memandangkan penguasaan kaum bumiputera dalam bidang ekonomi masih tidak mencapai tahap memuaskan dan ianya kurang 30% penguasaan dalam Malaysia. Terlangsungnya ia dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia.

Keluarga juga memainkan peranan penting dalam penggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang keusahawanan. Kurangnya pendedahan maklumat tepat mengenai bidang keusahawanan ini telah menyebabkan ramai dari kalangan ibubapa kurang merestui anak-anak mereka berniaga. Ibubapa lebih suka anak-anak mereka kerja "makan gaji" dan kalau boleh biarlah kerja itu mempunyai pencen, bagi meneruskan tradisi keturunan keluarga mereka. Tetapi ada juga ibubapa yang memberi dorongan sepenuhnya kepada anak-anak. Ini kerana ada ibubapa itu begitu memahami keperluan dan minat anak-anak ini untuk berniaga, malah ada keluarga mempunyai perniagaan yang diteruskan dari generasi ke generasi.
Sedangkan dalam agama Islam telah menyatakan bahawa 90% rezeki datangnya dari sumber berniaga. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pada awalnya merupakan usahawan berjaya yang jujur lagi dipercayai. Maka, berniaga atau menjadi usahawan adalah sunnah nabi dan suatu jenis pekerjaan yang amat mulia disisi agama Islam. Rezeki datangnya dari Allah yang bergantung pada sejauh dan setekun mana usaha hambaNya dalam mengusahakan sesuatu.
Dilema bola sepak MALAYSIA

Dilema bola sepak MALAYSIA

Kita jangan hanya memberikan komen-komen yang bersandarkan pada "kemarahan" atau dalam ertikata lain "memberikan pendapat yang menunjukkan kebodohan sendiri" (yang kononnya peminat bijak sukan bola sepak). Jangan membandingkan pasukan bola sepak Malaysia dengan pasukan luar kerana pasukan kita mempunyai kekuatan sendiri, cuma ianya belum dapat digilap dan diketengahkan dengan cara yang tepat.
Banyak ( bukan ramai ) peminat bola sepak dalam Malaysia mengutuk dengan teruk bola sepak Malaysia dengan kata-kata "main bola macam budak kampung","lembik" dan bermacam-macam kata-kata yang menyakitkan perasaan. Sedangkan peminat bola sepak yang "pandai mengutuk" itu sendiri tidak profesional dan tidak tahu mengawal emosi. Baling botol & buang sampah merata-rata dalam stadium. Hanya pandai beri komen...!!! (macam meriam buluh). Mengata macam-macam,tapi satupun tak boleh pakai...bising aje lebih. Pada pengutuk "profesional zero",pergilah sesi ujian pemilihan pemain bola sepak yang dijalankan oleh mana-mana pasukan negeri atau My-Team. Buktikan kehandalan kata-kata anda di padang bola sepak.
Sepatutnya kita semua berikan cadangan atau idea yang bernas, yang boleh digunakan untuk membangkitkan pencapaian pasukan bola sepak Malaysia.

Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka


Assalamualaikum...

Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise. Program berkenaan di bawah anjuran Giatmara Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan negeri Johor.

Semasa saya mendaftarkan nama perniagaan pada tarikh 07 / 07 / 2007 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan MITC, ia turut berlangsungnya pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di dewan MITC. Di kesempatan itu saya bertemu dengan para usahawan SDSI yang mempunyai "booth" promosi. Di sini dapatlah saya menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah penjenamaan dan pemasaran perniagaan.

Buat sementara waktu, saya menjalankan bisnes ini di rumah sementara saya dalam proses untuk membuat pinjaman perniagaan pada pihak MARA,TEKUN ataupun mana-mana organisasi yang dirasakan sesuai dan dapat membantu mengembangkan lagi bisnes saya. 

Tetapi itu masih dalam pertimbangan, belum tentu lagi saya jadi buat pinjaman dengan mana-mana institusi berkenaan kerana untuk perniagaan baru, adalah sangat berisiko tinggi untuk gagal membayar semula seandainya membuat pinjaman dengan mereka.  Oleh itu saya sangat berhati-hati dalam hal ini.

Dalam perancangan, saya akan membuka premis perniagaan di Tampin, Negeri Sembilan kerana di situlah saya bersekolah dari peringkat rendah hingga menengah iaitu di Sekolah Kebangsaan Tampin ( sekolah rendah ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin ( sekolah menengah ).


KEMASKINI
06/02/2014

Saya kini beroperasi di Tingkat 4, Arked Jalan Hang Tuah (a.k.a Kompleks Hang Tuah), Melaka
Penyelenggaraan komputer suatu kemestian

Penyelenggaraan komputer suatu kemestian

Masyarakat kita pada dewasa ini telah "celik komputer / IT". Rata-ratanya telah boleh dan tahu asas kepenggunaan komputer. Situasi ini menjadi pemangkin hasrat kerajaan untuk Malaysia mencapai status "negara maju" tahun 2020.

Tetapi sekadar tahu menggunakan komputer tidak cukup. Penyelenggaraan yang berjadual perlu "dibiasakan" bagi mengelakkan sebarang masalah dan kerosakan pada komputer.

Antara aktiviti penyelenggaraan yang biasa dilakukan ialah membuang fail-fail sementara dalam cakera liat, mengemaskini definisi anti virus, spyware, malware atau adware dengan kerap, melakukan pengimbasan virus, spyware, malware atau adware pada keseluruhan cakera ( CPU atau lain-lain istilah yang difahami ) serta membersihkan peralatan komputer dari diselaputi habuk.

Mengetahui cara-cara menggunakan segala jenis perisian anti virus adalah suatu kelebihan. Dari pemerhatian saya dikalangan mahasiswa-mahasiswi di salah satu IPTA negeri Melaka mendapati sebilangan mereka hanya tahu "scan virus" pada "thumb drive" tetapi tidak tahu tindakkan selanjutnya yang perlu dilaksanakan... ( tidak memadam / delete virus yang mengjangkiti fail tertentu )

Ini telah menyebabkan virus mudah tersebar, lebih-lebih lagi sekiranya ada pengusaha "cyber cafe" yang menggunakan perisian OS yang tidak sah ( cth: cd Windows RM5.00 atau cd perisian cetak rompak )... Jadilah pengguna yang berhati-hati...
Beli komputer berdasarkan keperluan tugasan

Beli komputer berdasarkan keperluan tugasan

Kesedaran pemilikan komputer di kalangan masyarakat kita telah meningkat. Ibu bapa mula mencari pc, laptop mahupun notebook untuk kegunaan anak-anak mereka atau kegunaan sendiri di kedai komputer dan pameran IT yang menawarkan kadar diskaun tertentu.

Ada antara ibu bapa ataupun pelajar ( sekolah / universiti ) membeli pc tanpa mengikut kesesuaian kerja seharian. Beli sekadar komputer nampak "gempak" dan "canggih".... takde maknanya......

Faktor lain yang menjadi perhatian ialah bajet yang bersesuaian dengan spesifikasi yang ditawarkan. Jika anda terlibat dalam bidang grafik, spesifikasi komputer tentunya "agak mahal".....

Kesimpulannya, sebelum membeli komputer, laptop atau notebook, biarlah berdasarkan keperluan dan kegunaan. Jangan membazir dengan membeli komputer yang "mahal", tetapi hanya untuk kegunaan biasa sahaja. Anda juga harus faham dan tahu apa yang terkandung dalam CPU ( spesifikasi komputer ) supaya tidak tertipu dengan "ayat manis" tokey kedai yang mementingkan keuntungan sahaja...... Jadilah pengguna bijak
Keghairahan terhadap Windows Vista

Keghairahan terhadap Windows Vista

Sememangnya Windows Vista lebih "canggih" dan cantik (dari segi antaramuka pengguna) daripada Windows XP , tetapi pengguna komputer harus ingat bahawa sekiranya anda ingin menukar sistem pengoperasian ( operating system ) pada Pc atau Laptop, peralatan lain terutamanya RAM perlu dipertingkatkan supaya komputer yang menggunakan Vista dapat mencapai tahap maksimum "kemampuannya...."

Berikut adalah keperluan minimum spesifikasi Pc untuk memasang Windows Vista :

  • RAM 512 MB
  • Pemproses ( CPU ) 32-bit atau 64-bit 800MHz
  • Paparan SVGA ( 800 x 600 )
  • HDD 20 GB
  • Pemacu Optikal CD-ROM Drive
Untuk pengetahuan anda, Windows Vista mempunyai empat ( 4 ) siri iaitu Home Basic, Home Premium, Business dan Ultimate.

( Sila rujuk Majalah PC keluaran MAC 2007, m/s 66 & 67 )
Pelbagai peluang pelaburan, pelbagai pula risikonya

Pelbagai peluang pelaburan, pelbagai pula risikonya

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, makin banyak program pelaburan sama ada "offline" atau "online".

Antaranya berasaskan matawang (Forex) dan Multi Level Marketing (MLM) yang menjual pelbagai jenis barangan kegunaan ramai.

Oleh itu kepada sesiapa yang berminat, berhati-hatilah dalam memilih program pelaburan berkenaan. Pastikan anda jelas dan tahu apa yang didagangkan atau dilaburkan melalui program yang ditawarkan.

Antara program yang jelas tentang barangan yang "didagangkan" ialah
http://prepaid4u.net/?id=smskey
Hello 2 you....

Hello 2 you....

I'm glad to join this "blog world" to make friend and share with you about computer,soccer,martial art or everything related to the topic that i put on this blog.

I hope that it should be "infotainment" for all of us....

thank you...

Promosi

Babab.net