Dalam zaman sekarang,pelbagai peluang wujud untuk rakyat Malaysia memperolehi kehidupan yang terbaik. Bermacam-macam peluang atau sumber kewangan halal yang boleh diterokai. Satu"trend" yang semakin popular ialah menjadi usahawan ( menjalankan atau memiliki bisnes ).
Terdapat pelbagai agensi yang berkaitan dengan dunia keusahawanan seperti MARA, MECD, SMIDEC dan beberapa agensi lain yang berkaitan dengan keperluan dalam pengwujudan usahawan. Malah, pihak MARA telah lama terlibat dalam memberi latihan kepada orang ramai sama ada darisegi pendidikan formal mahupun latihan teknikal atau bidang kemahiran. Contohnya dengan penubuhan Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA melalui GIATMARA Sdn Bhd di seluruh negara, memberi peluang latihan kepada kaum Melayu yang berminat dalam bidang kemahiran serta menggalakkan pelatih-pelatih ini untuk menubuhkan perniagaan sendiri. Usaha ini dilihat sesuatu yang positif dan amat berkesan memandangkan penguasaan kaum bumiputera dalam bidang ekonomi masih tidak mencapai tahap memuaskan dan ianya kurang 30% penguasaan dalam Malaysia. Terlangsungnya ia dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia.
Keluarga juga memainkan peranan penting dalam penggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang keusahawanan. Kurangnya pendedahan maklumat tepat mengenai bidang keusahawanan ini telah menyebabkan ramai dari kalangan ibubapa kurang merestui anak-anak mereka berniaga. Ibubapa lebih suka anak-anak mereka kerja "makan gaji" dan kalau boleh biarlah kerja itu mempunyai pencen, bagi meneruskan tradisi keturunan keluarga mereka. Tetapi ada juga ibubapa yang memberi dorongan sepenuhnya kepada anak-anak. Ini kerana ada ibubapa itu begitu memahami keperluan dan minat anak-anak ini untuk berniaga, malah ada keluarga mempunyai perniagaan yang diteruskan dari generasi ke generasi.
Sedangkan dalam agama Islam telah menyatakan bahawa 90% rezeki datangnya dari sumber berniaga. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pada awalnya merupakan usahawan berjaya yang jujur lagi dipercayai. Maka, berniaga atau menjadi usahawan adalah sunnah nabi dan suatu jenis pekerjaan yang amat mulia disisi agama Islam. Rezeki datangnya dari Allah yang bergantung pada sejauh dan setekun mana usaha hambaNya dalam mengusahakan sesuatu.
Menjadi pemilik perniagaan atau kerja makan gaji?
By Admin at 3:33:00 pm
Related Posts:
Liga Super Malaysia 12 April 2019 (Minggu ke 9) Berikut merupakan keputusan perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia, minggu ke sembilan yang melibatkan empat pasukan. Perlawanan ini berlangsung pada 12 April 2019, jam 9.00 malam. KEPUTUSAN PENUH Kedah 3 - 0 Ter… Read More
Video wartawan TV3 dilebok lembu Jarang berlaku tapi ianya terjadi pada seorang wartawan berita TV3 yang disondol lembu ketika siaran langsung disuatu lokasi berkenaan dengan masalah haiwan ternakan yang dibiar bebas di kawasan orang ramai. Di bawah adal… Read More
Keputusan Liga Super Malaysia : 13 April 2019 Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia minggu ke sembilan pada 13 April 2019 : Felda United 1 - 1 Kuala Lumpur PJ City FC 0 - 1 JDT PKNP 1 - 0 Melaka United … Read More
Viral !!! Video pengawas sekolah nyanyi lagu Di Penjara Janji Pada pandangan saya, suara dia agak "clean" ketika membawa lagu ini. Kawalan nafas yang baik serta teknik nyanyian yang bagus. Apabila meningkat dewasa, jika dia menjaga makan minum dengan baik dan stamina yang berterusan… Read More
1MDB : Kenapa Najib masih tidak di penjara? - Dr. Halim Kerajaan Malaysia menerima sebahagian daripada dokumen dari DOJ & FBI. Rekod urus niaga & rekod urus niaga adalah "tulen" yang tidak boleh diubah / diduplikasi atau dipalsukan oleh pangkalan data transaksi bank. … Read More