Assalamualaikum...
Penulis telah lama menyedari bahawa "menjadi usahawan" ataupun memiliki perniagaan sendiri bukannya semudah dilihat ataupun dikata. Mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana cabaran serta dugaan dalam "sepak terajang" dunia perniagaan terlalu hebat. Sesiapa yang patah semangat atau mudah putus asa akan cepat mengalah, lantas menarik diri dengan segera dari "dunia bisnes".
Bagi penulis sesuatu pekerjaan itu tidak kira dalam apa jua sektor perlu ada ketekunan serta kesungguhan menjalankannya. Penulis telah menyertai beberapa kursus atau seminar yang berkaitan dunia keusahawanan sebagai bekalan dalam menyertai dunia "peperangan" ini, malah tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Penulis masih lagi "memburu" kursus-kursus keusahawanan atau yang seumpama dengannya ( terutamanya yang berkaitan dengan bisnes komputer serta ICT ).
Cabaran serta dugaan datang bukan sahaja dari persekitaran luaran malah persekitaran dalaman penulis sendiri. Penulis tidak mendapat sokongan yang sewajarnya dari orang-orang yang sepatutnya. Ditambah lagi dengan karenah birokrasi pihak-pihak tertentu yang semestinya penulis akan berurusan dengan mereka.
Tetapi penulis tidak berputus asa. Penulis akan menyusun semula strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perniagaan penulis. Oleh kerana itulah penulis amat suka membaca buku-buku motivasi perniagaan serta berhubungan dengan individu-individu yang dapat membantu penulis dalam meniti perjalanan perniagaan ini... Doakan penulis berjaya dalam usaha ini...
Cabaran untuk menjadi usahawan...
By Admin at 6:37:00 pm
Related Posts:
Keputusan Separuh Akhir Kedua Bola Sepak Piala Malaysia 2012 : ATM - Singapore XII Perlawanan bola sepak separuh akhir kedua bagi Piala Malaysia tahun 2012 antara pasukan 'Tentera' (ATM) dan 'Singa' (Lion XII) di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur. Pada perlawanan separuh akhir pertama, pasukan ATM bero… Read More
Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 : Kelantan - Selangor Perlawanan bola sepak separuh akhir pertama bagi Piala Malaysia tahun 2012 antara pasukan 'Red Warrior' (Kelantan) dan 'Red Giant' (Selangor) di Stadium Sultan Mohammed Ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Kelantan had… Read More
Misai dan janggut berfesyen Semasa zaman kanak-kanak atau remaja, orang bermisai 'melenting' @ melentik digambarkan sebagai seorang yang garang dan kebetulan pada zaman-zaman tertentu orang-orang yang mempunyai misai sebegitu mempunyai karektor yang… Read More
Ribut Di tapak Pasar Tani UTC, Melaka (6 September 2012) Di atas ini merupakan salah satu gambar yang sempat diambil selepas kejadian ribut berlaku di tapak Pasar Tani UTC, Jalan Hang Tuah, Melaka... Kejadian berlaku semalam ( 6 September 2012 ), bermula sekitar 10.30 ma… Read More
Keputusan Separuh Akhir Kedua Bola Sepak Piala Malaysia 2012 : Selangor - Kelantan Perlawanan bola sepak separuh akhir kedua bagi Piala Malaysia tahun 2012 antara pasukan 'Red Giant' (Selangor) dan 'Red Worrior' (Kelantan) di Stadium Shah Alam, Selangor. Pada perlawanan separuh akhir… Read More