Sebenarnya mudah lafaz akad nikah...


Assalamualaikum...

Pagi ini (30 September 2011), apabila mendengar Sinar.fm, dejay SY,Krill dan KE menalifon Nabil yang akan berakad nikah pada hari ini.  Dalam perbualan mereka, SY dan Nabil membuat membuat demo akad nikah. Apabila Nabil menjawab akad tersebut, KE menegur dengan mengata lafaz yang diungkapkan oleh Nabil tak boleh (membawa maksud tidak sah) kerana tersangkut-sangkut atau terhenti-henti.

Sebenarnya apa yang KE kata itu adalah salah kerana lafaz akad nikah oleh pengantin  lelaki jika terhenti-henti masih lagi sah asalkan ianya tidak diselangi oleh perkataan lain yang tidak berkaitan dengan akad tersebut serta tidak semestinya dalam satu nafas.

Berikut adalah petikan artikel dari blog wanwma.com :

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “Bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “Aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata: : “Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:
“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Jenama perniagaan yang hampir sama di bandar dan di kampung

 
Starbucks Coffee di bandar

Assalamualaikum...

Adakah anda seorang yang obses atau penggemar minuman kopi di premis terkenal iaitu "Starbucks Coffee"?.  Setiap kali keluar bersiar-siar mesti nak singgah ke sana?.

Diandaikan anda dalam perjalanan ke kampung atau perlu bekerja di luar kawasan yang melalui desa, pasti anda gelisah kerana anda menganggap premis berkenaan hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja.  Tetapi anda silap. Starbucks Coffee masih juga boleh didapati melalui "kembarnya".  Buktinya lihatlah gambar di bawah...
Starbucks Coffee di desa

Apa-apa halpun masih lagi "Starbucks Coffee" kan? Apa celup...!!!

Gambar dan penerangan mengenai kejadian letupan Empire Shopping Gallery, Subang Jaya

 



 

 Assalamualaikum...
Satu letupan kuat yang berlaku di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini. Kejadian yang dianggarkan berlaku pada jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca runtuh dan pecah. .

Pihak "keselamatan" menerima menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.45 pagi dan jentera bomba yang pertama sampai di lokasi kejadian lebih kurang pukul 3.50 pagi.  Setelah pihak bomba tiba, kelihatan berlakunya kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas, yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.

Semasa kejadian, pihak bomba dimaklumkan oleh Bahagian Keselamatan Bangunan Empire Shopping Gallery, terdapat dua orang pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian "basement" dan mereka mengalami kecederaan ringan serta dua orang awam yang berjaya diselamatkan dan telah diserahkan pada pihak ambulan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi tadi berkata beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.

Lagu & lirik "Di Saat Aku Mencintaimu" nyanyian Dadali

video



(lelaki) 
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

(perempuan)
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

(lelaki) Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta...

Segmen : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

 

Berikut adalah penerangan mengenai segmen ini :
 

Syarat-syaratnya (p/s : senang saja)

1-Follow blog Fahuna.
2-Buat satu entry tentang segmen ini.
3-Letakkan banner di dalam entry anda.
4-Anda boleh tag beberapa rakan bloggers anda (ini 'optional' , tak buat pun tak apa)
5-Kemudian , letakkan link entry anda di kotak komen di bawah.
6-Tempoh contest ini bermula 20 September - 27 Oktober 2011
   *mungkin akan berubah mengikut keadaan*


Pemilihan :

-Fahuna akan memilih beberapa blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist.
 (Jumlah blog bergantung kepada contestants segmen ini)
-Beberapa blog yang bertuah juga Fahuna akan letakkan banner blog anda di dalam blog beliau selama sebulan.
-Kesemua contestants yang tidak terpilih tetap menjadi bloglist blog beiau , tetapi link blog anda akan diletakkan di tab yang lain manakala yang terpilih akan diletakkan di page utama.

Hudud: Maklumbalas penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim


Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.

Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang.

Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato’ Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya.

Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.

Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.
Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran.

Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.

Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:


“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.

Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20868

Rooney di sisihkan gara-gara Safee & Ramli?

 
 
Assalamualaikum...

Fenomena pemain bola sepak dari Malaysia sedang bermula untuk memasuki pasaran luar negara, meskipun ianya telah dimulakan seawal zaman pemain-pemain lagenda negara seperti Dato' Ghani Minhat, arwahyarham Mokhtar Dahari serta Zainal Abidin Hassan, malah suatu ketika dahulu semasa kemuncak prestasi Azman Adnan, beliau turut ditawarkan bermain untuk kelab bola sepak terkemuka dunia iaitu Manchester United, namun entah mengapa Azman Adnan menolak "tuah" yang amat jarang sekali diperolehi oleh pemain bola sepak negara kita.

Selepas fenomena Safee Sali yang mendapat perhatian beberapa kelab di dalam dan luar Asia selepas cemerlang dalam skuad kebangsaan dan di kelab Pelita Jaya FC yang beraksi dalam Liga Super Indonesia, kini para blogger, pengguna internet dan peminat bola sepak mula memperkatakan mengenai Ramli.. Siapakah dia ini..?

Ramli yang dimaksudkan adalah watak dalam iklan yang ditaja oleh Telekom Malaysia.  Meskipun ada yang memandang sinis dan lawak iklan tersebut namun sebenarnya jika diselami intipati iklan tersebut, kita akan merasa terharu atas mesej sebenar yang ingin disampaikan. Bagi yang tiada perasaan, maka mereka akan terus menerus menggelakkan suatu yang sebenarnya dianggap sebagai doa rakyat Malaysia untuk melihatkan kemajuan para pemain bola sepak dari negara ini yang benar-benar bersemangat untuk memilih kerjaya selaku pemain bola sepak profesional.

Terima kasih juga kepada "pengedit" misteri yang telah mula mengubahsuai berita sukan, surat khabar Harian Metro.  Jika tidak silap saya, fenomena pengubahsuai ini telah bermula sejak Malaysia mula menjuarai pertandingan bagi acara bola sepak Sukan SEA XXV tahun 2009.  Bagi saya ini dapat menyemarakkan lagi kemeriahan bola sepak Malaysia dan juga merupakan satu doa rakyat Malaysia....

Berikut adalah video iklan berkenaan si Ramli yang berazam untuk banggakan ayahnya dengan kejayaannya dalam bidang sukan bola sepak :

video

**p/s : apa kes kalau si Rooney tu merajuk sampai nak join team bola sepak Kelantan...? Dah tu Ancelotti nak jadi pengurus di Persatuan Bola Sepak Melaka pula... errmm... :-)

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia Peringkat Kumpulan 24 September 2011

Tarikh Perlawanan : 24 September 2011


Sabah 0
Kedah 1

Johor 1
Perak 2

PKNS 0
Terengganu 1

Sime Darby 1
Negeri Sembilan 2

Johor FC 1
Kelantan 1

Sarawak 1
Felda United 0

PDRM 1
Selangor 4

T-Team 1
Kuala Lumpur 1

Keputusan perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia antara Jepun dan Malaysia


Assalamualaikum....

Sebelum perlawanan ini bermula, ramai yang membuat jangkaan dan pengharapan iaitu sekurang-kurangnya pasukan bola sepak untuk ke Sukan Olimpik ini tidak kalah besar atau mendapat keputusan seri.

Namun keputusannya pasukan kita telah tewas pada Jepun dengan jaringan 2 gol berbalas kosong.  Pada saya kita harus terima hakikat yang hanya inilah yang kita ada untuk perjuangkan. 

Cuma yang perlu kita lakukan dari semasa ke semasa adalah dengan meneruskan latihan secara bersepadu, bersistematik, penuh kerajinan dan kesungguhan bagi memperbaiki lagi mana-mana kelemahan yang ada.

Memperbaiki mutu bola sepak Malaysia bukan sahaja dari sudut teknikal dan taktikal bola sepak semata-mata.  Aspek kerohanian dan mental dari pihak pengurusan dan pemain perlu diberi perhatian yang khusus bagi membentuk satu pasukan yang seimbang dan mantap.

Jadi kesimpulannya, rajin-rajinlah berlatih, jaga kesihatan dan jangan hisap rokok...

Subkhiddin Mohd Salleh, pengadil nombor satu Malaysia ingin bersara

 

Pengadil nombor satu negara, Subkhiddin Mohd Salleh, yang pernah terpilih untuk pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman dan 2010 di Afrika Selatan, menyatakan hasrat untuk bersara dari profesion pengadilan bola sepak.

Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu meluahkan hasrat untuk bersara selepas memikirkan banyak perkara termasuk memberi ruang kepada pengadil muda memperkembangkan kemahiran dalam arena bola sepak tempatan.

Kata beliau dalam suatu temu-ramah dengan agensi berita, Bernama :

“Saya memilih untuk bersara kerana ingin memberi lebih masa dengan keluarga kerana sebelum ini sibuk dengan tugasan sebagai pengadil,”.

Beliau yang berasal dari Parit Buntar, Perak, mula meniup wisel bagi perlawanan bertaraf dunia sebagai pengadil pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002 di Jepun/Korea Selatan dan mengakhiri kariernya di pentas dunia di Piala Dunia Afrika Selatan tahun lepas.

Beliau yang masih bertugas sebagai guru di Sekolah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, berkata walaupun bersara, beliau masih bersedia untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada mereka yang berminat dengan profesion tersebut.

“Dalam profesion ini, tiada jurulatih khusus seperti pemain bola sepak akan memberi tunjuk ajar kepada pengadil baru sebaliknya mereka perlu mempelajari sendiri daripada pengadil senior yang lebih berpengalaman.  Perkara yang turut saya lalui ketika mula dipilih sebagai pengadil FAM pada tahun 1997,” kata beliau yang telah berusia 45 tahun dalam temu-ramah berkenaan.


**Sumber berita dirujuk dari Bernama

Lagu & lirik "Kisah Dongeng" nyanyian Stacy

video

KISAH DONGENG


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


**p/s : suatu keadaan yang pernah dan sedang saya alami...

Segmen Satu Gambar Bercerita : Tukang Masak


Assalamualaikum...

Tukang masak atau chef kini merupakan satu kerjaya yang profesional malah boleh menjadikan seseorang itu popular seperti artis.  Jika ada rezeki mungkin dipelawa untuk berlakon drama dan filem.  Jadi kayapun mampu dengan kerja sebagai tukang masak.

Namun mereka yang bekerja sebagai tukang masak ini terdedah kepada risiko bahaya yang ada di dapur, seperti risiko kebakaran dan terjatuh.  Hargailah tukang masak anda...

Segmen Satu Gambar Bercerita : komputer @ laptop


Assalamualaikum....

Anda teringin nak beli komputer, laptop, notebook, netbook atau sepupu-sepapat dengannya...?. Nak tahu jenama apa yang "best" dan murah?.  Haa.... jawapannya ada pada gambar di atas...

Segmen Satu Gambar Bercerita : Tapak Letak Kereta



Assalamuaalikum...

Salam rayamerdeka... masih dalam mood beraya kan...? pasti jenuh nak pergi beraya ke rumah terbuka yang diadakan pula oleh rakan-rakan atau jiran di bandar... di kampung takyah la nak cerite... banyak benau rumah nak disinggah.  Itu belum lagi jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi swasta buat anjuran "pejabat terbuka".

Bulan Syawal ini saya mulakan kembali segmen yang saya wujudkan dalam dua tiga bulan lepas iaitu "satu gambar bercerita".   Anda biasa dengar orang kata "satu gambar lebih bermakna dari sejuta kata-kata"?. Sama ada biasa dengar atau tak pernah dengar, sila hayati, renung dan tenung je gambar di atas.  Pasti ada cerita tersirat...

Promosi

Babab.net