Kenapa hanya agama Islam diburuk-burukkan?

Kenapa hanya agama Islam diburuk-burukkan?

Dalam surat khabar biasa yang diterbitkan pada 19 April 2010, dalam muka surat 18, ada artikel yang menyatakan bahawa Pop Benedict iaitu ketua agama kristian mengakui gereja dicemari dosa berikutan dengan perlakuan seks oleh para paderinya.

Masalah moral seks oleh paderi-paderi ini bukan perkara baru, malah sebenarnya ia telah lama menular tetapi disembunyikan oleh pihak mereka.  Sebaliknya diperbesar-besarkan cerita mengenai keburukkan Islam dan penganut ajaran Islam sahaja.

Semua bangsa tanpa mengira agama yang dianuti turut membuat kesalahan mahupun dosa, tetapi atas sebab kepentingan pihak tertentu, digembar-gemburkan permasalahan dalam Islam bagi menggambarkan keruntuhan moral di kalangan umat Islam sedangkan bangsa di sebelah barat bumi ini telah lama melakukan kerosakkan dan moral mereka telah lama hancur sebelum mereka merangka strategi bagi melemahkan negara-negara Islam, terutamanya yang tidak melaksanakan undang-undang Islam terlebih dahulu sebagai proksi mereka dalam menyebarkan kerosakkan moral yang telah lama mereka amalkan.

Telah ada contoh seperti golongan artis yang tidak kisah berpakaian dan bergaya mendedah aurat kerana bagi mereka itu perkara biasa.  Ada juga yang menganggap minum arak, makan rasuah dan "bela" perempuan adalah perkara biasa yang dibawa oleh arus pembangunan serta kemodenan.  Budaya memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain pun telah menjadi amalan rakyat negara ini.  Ianya lebih dapat dilihat semasa berlangsungnya pilihanraya.  Media dikuasai oleh puak-puak buas yang telah mengikuti undang-undang yang dicedok dari pemerintah barat.

Sekadar menyatakan beberapa contoh gejala, kes mengandung tanpa nikah, buang bayi dan penderaan adalah bukti undang-undang yang diamalkan negara ketika ini sebenarnya sangat tidak sesuai untuk sebuah negara Islam. Ada menteri yang mengatakan perundangan Islam kejam, negara tidak bersedia melaksanakannya kerana mempunyai masyarakat majmuk.  Ini adalah alasan yang dangkal dan singkat pemikiran kerana mereka menggunakan kayu pengukur dari Barat. Jika kita sendiri sebagai penganut ajaran Islam tidak mengamalkan serta menerapkannya dalam sistem pemerintahan negara, maka Islam semakin ditindas oleh musuh-musuhnya dan dikuatiri akan hanya menjadi bahan sejarah dalam buku teks di sekolah-sekolah.

Ayuh bangkit sahabat-sahabat sekalian, bangkit membuang segala parasit dalam diri kita serta yang berada dalam negara ini.Celikkan minda dengan banyak mencari ilmu dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.  Kerajaan hari ini telah cuba membentuk satu kehidupan yang harmoni untuk rakyatnya.  Maka sokonglah segala usaha yang baik dengan sewajarnya, tanpa ada kepentingan peribadi dan politik.
Pasang surut semangat dalam berniaga

Pasang surut semangat dalam berniaga

Kadang-kalanya saya seperti nak buat perniagaan di rumah aje.  Dapat jimatkan pelbagai kos pengurusan serta perbelanjaan syarikat.  Bila masuk ke dunia perniagaan ni, pelbagai ujian dan masalah yang akan kita hadapi.

Sepanjang masa saya menyewa di bangunan Kompleks Hang Tuah ni,  hal yang paling saya menyampah ialah persaingan yang tidak sihat dikalangan usahawan yang lain.  Ada yang "main jatuh harga" sesuka hati, cakap besar, suka memperlekehkan orang lain, buat dan sebarkan fitnah dan "main letak kemeyan" dalam kedai orang lain..

Apahal Melayu ni..? Payah ke nak berubah? Apakah sistem pendidikan agama Islam di Malaysia tidak telus dan tidak berkualiti seperti yang diharapkan?  Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya sejak mula saya berniaga, sikap dan sifat orang Melayu, masih banyak yang perlu dibaiki serta diselenggara.

Dengan menggunakan modal sendiri, tanpa pinjaman, berusaha sendirian dalam menjalankan perniagaan dan tanpa sokongan keluarga yang mahukan saya bekerja dengan agensi kerajaan, ditambah lagi dengan sikap sebilangan usahawan Melayu yang seperti tak beragama, apa lagi yang boleh saya harapkan dari pada situasi ini..?  Berusaha sehabis baik dan bertawakal kepada Allah sahaja yang saya mampu...

Ketika ini saya perlu memikirkan sama ada untuk meneruskan perniagaan saya di kedai sewa milik MARA ataupun buat di rumah... Sukar juga nak berniaga di kalangan bangsa sendiri...

Gambar ketika penutup bengkel koperasi anjuran SKM dan GIATMARA










  


Gambar bersama KUG Melaka, pegawai pengiring dan tetamu VIP














Peserta Bengkel Jaringan Perniagaan Melalui Koperasi GIATMARA Peringkat Zon Selatan yang diadakan di Hotel Sri Costa, Melaka pada 24 - 26 Mac 2010.

Promosi

Babab.net