Ucapan Dealer OneXOX sempena kemerdekaan Malaysia ke 59 Tahun

Assalamualaikum....

Saya Dealer dari Alor Gajah Melaka (DYSD21131) mengucapkan salam merdeka sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 59 tahun.

Sejak sekian lama, selepas negara pasca merdeka, kita dilihat tidak lagi dijajah secara fizikal sebaliknya secara halus (mental).

Dalam aspek kehidupan seharian, telah beberapa dekat kita seolah dipaksa menggunakan perkhidmatan tertentu lantaran tiada pilihan ketika itu.

Namun ada sebilang anak bangsa yang bangkit melawan arus perdana dengan cuba membuat penawaran balas yang membolehkan bangsa kita mempunyai pilihan.

Contohnya bila nak ayam goreng, kita masih lagi ada Radix Fried Chicken (terutamanya di Kedah). Nak burger kita ada rangkaian restoran makanan segera milik Ramly Burger (walaupun tidak menyeluruh ke pelusuk negara).

Kini giliran ONEXOX pula yang membuat kemunculan sejak 2013 dengan memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih telus, tidak culas (insha Allah) dan lebih menjaga kebajikkan pengguna untuk semua bangsa.

Berkenaan dengan gangguan perkhidmatan beberapa hari menjelang hari sambutan ualngtahun kemerdekaan negara kita, ia adalah lumrah bagi mana-mana entiti perniagaan untuk mengalami masalah yang serupa.

OneXOX Sdn Bhd adalah MVNO ( Mobile Virtual Network Operator ) melalui Celcom yang merupakan penyedia prasarana telekomunikasi di Malaysia. Celcom kini sedang dalam proses penyelenggaraan dan peningkatan upaya peralatan telekomunikasi mereka. Sekaligus pasti akan terjejas dalam waktu tertentu sepanjang proses yang berjadual ini.

Diharap pengguna OneXOX yang sedia ada memahami keadaan ini. Proses selenggara dan naik taraf adalah untuk kebaikkan mutu perkhidmatan di masa hadapan.

Ya, benar... Ada ketika servis elok ada ketika terganggu. Itu adalah kerana kesan sampingan dari kerja naik taraf. Diharap masalah SEMENTARA yang satu ini TIDAK memadamkan 10 kebaikkan lain yang ditawarkan oleh kadsim OneXOX.

Moga Allah SWT merahmati kita semua...insha Allah.

Yang berharap,

Ahmad Zaki (OneXOX Authorized Dealer DYSD21131)
* Alor Gajah, Melaka.
* No.tel : 0123l237O5
 
 

Shafiee Jaafar (Pak Pie) meninggal dunia


Georgetown: Pelakon dan pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pie disahkan meninggal dunia pada usia 85 hari di rumah anaknya di Teluk Bahang jam 9 malam tadi (11 Ogos 2016) dan anak perempuannya, Subariah Shafie mengesahkan bapanya meninggal dunia akibat sakit tua.

Subariah berkata, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anaknya dan jenazah dibawa ke surau berhampiran untuk urusan pengebumian.

"Jenazah bapa akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat esok," katanya ketika dihubungi. 

Pelakon veteran sebelum ini pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.


Piagam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)


Berikut adalah 12 piagam yang menjadi asas pegangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia :

1. Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.

2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.

6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;

7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.

8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.

9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.

10. Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.

12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.


Sejarah pembinaan Jambatan Muar


Jambatan Sultan Ismail merupakan jambatan pertama yang dibina merentangi Sungai Muar yang menghubungkan Bandar Maharani dengan Tanjung Agas.

Cadangan untuk membina jambatan Muar dan Batu Pahat itu telah dimasukkan di dalam Rancangan Malaya Kedua (1961-1966) oleh Jabatan Kerja Raya dan diumumkan oleh Menteri Kerjaraya ketika itu, Tun V.T Sambanthan. 

Pada tahun 1960 kerajaan menerima 25 tender dari 10 firma yang berminat di mana dua daripadanya merupakan syarikat dari Perancis yang berpangkalan di sini. Kerajaan terpaksa menunggu hampir 4 tahun bagi mendapatkan pembiayaan bagi membina jambatan tersebut.

Akhirnya, pada bulan Julai 1964 kerajaan telah mengumumkan dua buah syarikat tempatan iaitu Wing Co. Ltd dan Development Services Ltd telah memenangi tender berjumlah RM5.2 juta bagi kedua-dua buah jambatan Muar & Batu Pahat.


Bagi Jambatan Sultan Ismail Muar, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.25 juta bagi kerja-kerja pembinaannya. Kerajaan berjaya mendapatkan pembiayaan pinjaman dari Chase Manhattan Bank. Kerja-kerja pembinaanya telah dimulakan pada penghujung tahun 1965 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1967. Ianya dibina hanya 1.5 kilometer dari Tangga Batu iaitu Terminal Feri Penambang Muar.

Jambatan sepanjang 1,264 kaki (385 meter) dibina dengan keluasan 24 kaki (7 meter) bagi lorong kenderaan, 8 kaki (2 meter) bagi laluan motosikal/basikal, dan 5 kaki bagi lorong pejalan kaki. Ianya boleh menampung bebanan sebanyak 500 tan bagi setiap 100 kaki (30 meter).

Bagi menyiapkan jambatan ini, 4 pontun digunakan untuk membawa pembancuh konkrit, simen, pasir dan kren setinggi 120 dengan lif seberat 50 tan di mana sebanyak 2 buah jeti dibina khusus untuk memuatkan acuan rasuk konkrit.

Jambatan tersebut dibina di atas 48 cerucuk besi khas yang diimport dari Jerman dan diperkuat dengan 82 cerucuk konkrit. Dianggarkan lebih daripada 9,000 meter padu konkrit dan 2100 tan keluli serta tenaga kerja sebanyak 130 orang telah digunakan ketika pembinaan jambatan tersebut.

Dengan pembinaan jambatan ini, pengguna jalan raya dari Johor Bahru ke Melaka ketika itu telah menjimatkan lebih kurang 64 km berbanding melalui jalan Segamat-Tangkak-Jasin.

Untuk menangani kebanjiran lalulintas akibat dari pembinaan jambatan tersebut, 4 buah bulatan (roundabout) telah dibina dengan kos sebanyak RM1 juta iaitu Bulatan Jalan Yahya, Bulatan Jalan Bakri, Bulatan Jalan Sulaiman dan Bulatan Jalan Khalidi.

Jambatan Muar telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada hari Sabtu 16 April 1967 jam 10.30 pagi dan dinamakan secara rasmi sebagai Jambatan Sultan Ismail. 
Sejurus dengan perasmian jambatan tersebut, perkhidmatan feri atau Penambang Muar telah ditamatkan berkuatkuasa tengah malam Jumaat 15 April 1967.


Jambatan Sultan Ismail Muar merupakan jambatan kedua di Malaysia ketika itu yang mempunyai tol selepas Jambatan Yahya Petra di Kelantan. Sebuah plaza tol berharga RM80,000 telah dibina di Tanjung Agas bagi mengutip tol bagi menampung kos pembinaan jambatan tersebut.

Pada mulanya, kerajaan mengumumkan bahawa harga tol yang dikenakan adalah sebanyak RM0.25 bagi motosikal, RM0.75 bagi kereta dan RM1.75 bagi kenderaan berat seperti lori dan bas.

Selepas pembukaanya harga tol telah dinaikkan kepada RM0.50 bagi motosikal, RM1.50 bagi kereta dan teksi manakala RM3.50 bagi kenderaan berat seperti lori dan bas. Ini telah mengundang bantahan dari penduduk terutamanya pengusaha bas dan teksi di mana pada mulanya mereka memulaukan penggunaan jambatan tersebut.

Setelah pelbagai bantahan dibuat terutamanya daripada peniaga dan sektor industri, maka mulai 1 Julai 1971, Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengumumkan pengurangan tol kepada RM0.50 bagi kereta dan RM1.00 bagi kenderaan berat seperti lori dan bas manakala bagi pengguna motosikal ianya adalah percuma.

Kemudian pada suatu lawatan Allahyarham Tun Abdul Razak ke Muar pada Mei 1975, beliau mengumumkan bahawa tol yang dikenakan bagi Jambatan Sultan Ismail Muar telah dimansuhkan.

Sumber : Muzium Muar

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan