Piagam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)


Berikut adalah 12 piagam yang menjadi asas pegangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia :

1. Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.

2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.

6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;

7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.

8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.

9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.

10. Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.

12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.


Related Posts:

  • Mercun & bunga api dijual di Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka GAMBAR HIASAN : antara contoh bunga api dan mercun yang dijual di bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah, Melaka Bazar Ramadhan bukan sahaja terdapat jualan yang berkaitan dengan juadah berbuka puasa dan persiapan untuk mer… Read More
  • Apa makna ROOT, FLASH dan ROM pada Android Berikut adalah penerangan ringkas tentang makna ROOT, FLASH, ROM untuk sistem Android. Telefon Android anda dilaksanakan versi android yang telah dibuat oleh pembuatan telefon anda, khusus untuk telefon anda. Apabila Goog… Read More
  • Ketupat dan sejarahnya Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Ketupat ada disebut dal… Read More
  • 3 video iklan raya tersedap menyantau semangat   Secara peribadi, pandangan saya terhadap iklan raya Aidilfitri tahun 2014 ini lebih tenang dan menyenangkan.  Mungkin kerana pengarah video raya pada kali ini adalah dari kalangan mereka yang beragama Islam dan … Read More
  • Aplikasi untuk scan kod bar bagi kempen Boikot Israel Buycott Barcode Scanner membantu anda membaca kod bar supaya anda dapat mengetahui negara asal sesuatu produk dikeluarkan, agar wang anda tidak disalurkan kepada syarikat yang tidak dipersetujui masyarakat sedunia lantar… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan