Tudung Angry Bird : antara kesedaran dan kesukaan?


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]



Tutup atau erti kata lain melindungi aurat tidak terbatas hanya pada pemakaian tudung. Ianya lebih meluas dari sekadar itu. Ia juga berkaitan dengan etika berpakaian dalam Islam. 

Konsep menutup aurat dalam Islam tertakluk kepada perempuan dan lelaki. Ia bukan konsep yang disarankan untuk menyusahkan tetapi ia bersifat melindungi maruah diri.

Bagi ibu bapa, seeloknya didiklah anak-anak terutamanya perempuan akan perihal batas-batas aurat. Mungkin bagi menggalakan serta membiasakan anak-anak perempuan dengan pemakaian tudung, ada ibu bapa membeli tudung yang bermacam-macam fesyen, warna-warna yang menarik minat kanak-kanak atau ada juga atas sebab populariti sesuatu tudung itu.

Namun, sejak akhir-akhir ini, tudung bercorak Angry Bird telah mula masuk ke pasaran di Malaysia. Jelas sekali pihak pengeluar mahupun pengedar hanya mementingkan keuntungan urus niaga jual beli dengan mengeksploitasikan minat dan populariti kartun dari permainan elektronik berkenaan. Sebelum ini telah ada isu-isu sensitif berkenaan dengan Angry Bird iaitu watak babi di dalam permainan tersebut.

Tiap perkara ada pro dan kontra namun dikuatiri, kanak-kanak sudah dibiasakan dengan konsep "fesyen" dalam pemakaian tudung sejak kecil lagi. Ini berkemungkinan besar mengabaikan pemahaman mengenai keperluan menutup aurat yang dianjurkan dalam Islam.

Contohnya, lihat sajalah pakaian yang diperkenalkan atas nama "pakaian muslimah" atau "butik muslimah" tetapi tudung singkat mendedahkan dada. Adapun tudung yang labuh menutup dada tetapi dari jenis fabrik yang jarang sehingga boleh menampakan bentuk dada perempuan. Ada juga fesyen pakaian yang labuh tetapi ketat serta jarang sehingga jika perempuan berkenaan melintasi sesuatu tempat yang bercahaya kuat, akan menampakkan "rahsia" di dalam kain mereka.


Kesimpulan

Menutup aurat itu wajib. Aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya (dari hujung rambut sehingga hujung kaki) kecuali wajah dan pergelangan tangannya. 

Wanita ditegah bersuara menggoda dan manja kerana suara itu aurat. Memakai pakaian dan mekap secara berlebihan sehingga membuat lelaki tertarik adalah Tabarruj dan ia dilarang Islam. Meninggikan sanggul seperti bonggol unta juga tidak dibenarkan Islam. 

Wanita dilarang memakai pakaian ketat (membalut aurat) dan diwajibkan melonggarkan pakaian. Wanita wajib melabuhkan tudungnya menutupi dada. 

Wanita ditegah mengenakan apa-apa yang mendatangkan bunyi pada kaki (contoh gelang loceng atau kasut yang tapaknya tidak bergetah) kerana ia akan menarik perhatian kaum lelaki. Aurat lelaki adalah daripada pusat hingga lutut.




Seseorang telah maki Allah SWT dan Nabi Muhammad (Joshua Hilmy)

Gambar pemilik akaun Facebook ini mungkin yang disebelah kiri anda

Rupanya masih ada lagi rakyat Malaysia yang kafir (mungkin), tidak memahami dan menghormati ajaran Islam yang menjadi agama rasmi kerajaan persekutuan Malaysia.  Mereka seperti ini suka mengeluarkan "statement" yang menanamkan kebencian dan persengketaan pada masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Ada beberapa faktor terjadinya hal ini. Antaranya :
  • Kerja-kerja dakwah yang benar tidak sampai kepada mereka secara konsisten menyebabkan mereka tidak faham ajaran Islam yang sebenar.
  • Kelemahan pemimpin-pemimpin yang sedang mentadbir negara kerana gagal menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang umat Islam kepada puak kafir.
  • Pihak berwajib mungkin hanya membuat kerja yang ada elaun sahaja. Nak buat kerja-kerja dakwah mungkin makan lebih masa dan tidak ada elaun, jadi mereka rasa penat dan malas.
  • Kelemahan secara umumnya pada umat Islam yang meninggalkan budaya ilmu dan akhlak Islam. Umat Islam kini ramai yang tidak menjadikan ajaran Islam sebagai cara hidup sebaliknya mengikuti budaya bekas penjajah Semenanjung Tanah Melayu, yang dibantu oleh media masa tempatan.

 *Nota :
-Gambar diambil dari page Facebook Muka Legend, Tapi Hati Kiut
-Ada sedikit kemungkinan ia akaun palsu untuk membuat onar dalam rakyat Malaysia yang berbilang bangsa
-Semoga orang sebegini diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mengenali Islam yang sebenar.


Bak kata Yusuf Islam (Cat Stevens) :




Rahmat Allah SWT itu sangat luas. Moga sekian umat manusia memperolehi rahmat dan hidayah dari Allah SWT. Klik gambar di atas untuk mengetahui lebih lanjut serta membeli buku berkenaan.



Super League result - 25 June 2014

Keputusan Liga Super Malaysia bagi enam perlawanan pada hari ini adalah seperti berikut :


SILA TEKAN "REFRESH" ATAU "RELOAD" PADA WEB BROWSER UNTUK MEMASTIKAN KEPUTUSAN SEMASA DIPAPARKAN.


KEPUTUSAN AKHIR :

ATM  1  -  1  Sime Darby 
8.45mlm - Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor 
33' ATM 
50' Sime Darby

Kelantan  2  -  3  Terengganu 
8.45mlm - Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu
4' Kelantan 
37' Kelantan 
74' Terengganu 
79' Terengganu 
81' Terengganu 
 

PKNS FC  2  -  2  Selangor 
8.45mlm - Stadium Shah Alam, Selangor
22' Selangor 
66' PKNS FC
68' Selangor
82' PKNS 
 

Perak  3  -  0  Pahang 
8.45PM - Stadium Perak, Ipoh
21' Perak 
25' Perak 
69' Perak

Sarawak  0  -  1  Johor DT 
8.45mlm - Stadium Negeri, Kuching 
66' JDT

T-Team  0  -  1  LionsXII
8.45PM - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu 
66' Lions XII


Kualiti udara di KL & Selangor masih pada tahap yang tidak sihat


Indeks Pencemaran Udara (IPU) bacaan di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur hari ini kekal pada tahap yang tidak sihat, menurut Jabatan Alam Sekitar. Sehingga 6 pagi, bacaan di Petaling Jaya adalah 104, Shah Alam, 106; Pelabuhan Klang, 112; Banting, 111; Batu Muda, 101; Cheras, 107; dan Putrajaya, 113.

 
Di luar Lembah Klang, bacaan di Nilai adalah pada 106, dengan semua negeri-negeri lain di Malaysia rakaman sederhana untuk bacaan IPU sihat.Menurut indeks, bacaan di antara 0 dan 50 dianggap baik; 51 dan 100, sederhana; 101 dan 200, yang tidak sihat; 201 dan 300, sangat tidak sihat; dan 301 dan ke atas, berbahaya.



Pengiraan di API adalah berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara utama, iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), paras bumi ozon (O3), karbon monoksida (CO) dan bahan zarahan di bawah 10 mikrometer (PM10) diameter.Kebanyakan pencemaran ini datang daripada sumber-sumber seperti industri, kenderaan, pembakaran terbuka dan penjanaan kuasa.Kepekatan lima bahan cemar diukur dalam 52 stesen kualiti udara automatik di seluruh negara, terutamanya di kawasan perindustrian dan bandar.


*sumber : The Malaysian Insider

Download jadual waktu imsak & berbuka puasa 2014 untuk seluruh Malaysia

 
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat".


Dalam artikel kali ini, anda boleh memilih pautan (link) di bawah ini untuk memuat-turun jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia  untuk tahun 1435H bersamaan dengan 2014M

1.   Negeri Sabah
4.   Negeri Johor


Klik gambar di bawah :

 

5 Kaedah Mencetak T-Shirt

 

Perniagaan mencetak t-shirt semakin menjadi tumpuan para belia untuk mempelajari dan menjadikan ia sumber pendapatan yang agak lumayan jika kena dengan cara dan jalannya.  

Dengan pasaran yang masih lagi luas, bisnes ini dilihat berkembang sejajar dengan tertubuhnya pelbagai pertubuhan badan kerajaan dan bukan kerajaan serta kelab-kelab peminat di Malaysia, terutamanya kelab peminat atau penyokong bola sepak.

Aneka corak, warna serta kualiti fabrik ditawarkan kepada bakal pembeli. Tinggal lagi bakal pembeli perlu bijak memilih dan membandingkannya dengan harga yang ditawarkan.

Pelbagai kaedah atau teknik yang digunakan untuk mencetak logo, corak, gambar mahupun perkataan pada sehelai t-shirt. Antaranya adalah seperti berikut :

Heat Transfer
Percetakan jenis ini biasanya untuk kuantiti di bawah 10helai. Ini adalah kerana kosnya yang lebih tinggi tetapi tidak dapat tahan lama. Design akan di print ke atas transfer paper dan kemudian di tekapkan ke atas t-shirt dengan menggunakan mesin Heat Transfer.

Silkscreen
Silkscreen adalah kaedah yang paling digemari dalam semua usahawan cetak t-shirt kerana ia memerlukan kos yang paling minimum tetapi kualitinya sangat tinggi.

Walaubagaimanapun, kaedah ini memerlukan kemahiran yang sangat tinggi berbanding dengan dengan kaedah yang lain. Untuk mempelajari kaedah ini, ia memerlukan kursus yang khas. Kaedah ini boleh digunakkan di atas kain yang berkapas sahaja.

Emboss
Mesti anda pernah melihat design t-shirt yang jenis tulisannya timbul kan? Itulah yang dikatakan percetakan menggunakan emboss dye. Ianya sama seperti teknik rubbersize dengan menggunakan sejenis dye getah juga tetapi telah dicampurkan dengan bahan kimia dimana apabila dipanaskan dengan seterika ia akan memberi kesan timbul.

Plastisol
Percetakan jenis ini adalah lebih berkualiti berbanding dengan rubberize dan silkcreen biasa. Di Eropah, kebanyakan t-shirt dicetak dengan menggunakan kaedah ini. Ink plastisol boleh dicetak wet-on wet yang mana akan mempercepatkan masa produksi didalam printing.

Rubberized
Kaedah ini menggunakan dye getah dan dapat memberikan kesan yang menarik di atas t-shirt. Ianya kelihatan seperti sticker dan tiada masalah untuk dicetak di atas t-shirt terang atau gelap. Kaedah ini kami belum gunakan lagi kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk membeli mesin.




Maklumat asal :

www.azzahracreative.com




Penyebab rezeki payah nak datang

 

 Firman Allah: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.” (Al-A’raf: 96)


Antara sebab mengapa rezeki payah nak masuk ke "poket" kita ialah :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Riak apabila bersedekah
3. Tidak bersyukur
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
5. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
6. Banyak berbuat maksiat dan kemungkaran
7. Banyak mengeluh
8. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
9. Tidak atau kurang beristighfar
10. Kedekut atau bakhil

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi juga kebahagiaan, kesihatan, peluang pendapatan, anak, jodoh, kepandaian serta lain-lain.

Ada juga manusia yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Ketahuilah bahawa Allah SWT tetap memberi rezeki kepada insan berkenaan tetapi dalam keadaan murka.


Klik gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut serta memiliki buku yang bertajuk "Rahsia Rezeki"

Keputusan Liga Super Malaysia : 20 Jun 2014


Berikut adalah keputusan dua perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada  20 Jun 2014 yang menemukan pasukan JDT dan Kelantan serta Terengganu dan ATM.


Keputusan Perlawanan


JDT  3  -  0  Kelantan
26' Johor Darul Ta'zim
 54' Johor Darul Ta'zim
88' Johor Darul Ta'zim

Terengganu  1  -  1  ATM
60' Terengganu
64' Angkatan Tentera Malaysia

 

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Berikut merupakan antara 10 jenis orang yang Allah SWT tidak menerima solat darinya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



Program Peningkatan Pendapatan - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek ekonomi dalam pelbagai sektor. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Kumpulan Sasar

Terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Ibu Tunggal (IT), Surirumah (SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) Miskin Tegar yang produktif, iaitu:
  • Tidak uzur
  • Tamat persekolahan
  • Berminat dan berazam kuat untuk menjalankan Projek
Komponen Dan Kadar Bantuan
Menyediakan bantuan kewangan (seed money) dan khidmat pengurusan (maksimum RM 10,000) bagi pelaksanaan projek-projek ekonomi seperti:
  • kursus persediaan / latihan pra-pelaksanaan
  • peralatan / mesin
  • bengkel / premis / ruangniaga
  • bahan mentah
  • modal pembangunan & operasi
Di bawah program PPP untuk tempoh RMKe9 projek-projek ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan kepada empat (4) kategori iaitu :
  • Perusahaan sumber asas tani seperti perusahaan memproses gula, perusahaan membuat hasil produk daripada rotan dan anyaman mengkuang dan nipah, perusahaan membuat kek dan roti, perusahaan ubatan tradisional daripada herba tempatan dan sebagainya.
  • Perniagaan seperti berniaga secara kecil-kecilan di ruang atau sudut perniagaan atau kiosk, perniagaan makanan dan minuman, penjaja statik atau bergerak dan sebagainya
  • Aktiviti perkhidmatan seperti aktiviti-aktiviti menjahit dan reka fesyen pakaian, mengusahakan kedai gunting rambut dan salon kecantikan, menjalankan khidmat urut tradisional dan sebagainya.
  • Aktiviti Pertanian

Kaedah Pelaksanaan

Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
  • Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
  • Agensi-agensi KKLW.
  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta.
  • Kementerian / Agensi lain.

Muat Turun Borang Permohonan :



Klik banner di bawah ini untuk maklumat lanjut berkenaan peluang menjana duit melalui bidang hartanah :



23 perkara larangan ketika memandu


Salah laku jalan raya dan kecuaian ketika memandu menjadi salah satu faktor utama para pengguna jalan raya mengalami tekanan perasaan dan sekaligus berkemungkinan terlibat dalam statistik kemalangan jalan raya di Malaysia.

Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli.

Menurut beliau, kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walupun berpunca dari kemalangan kecil.

Berikut adalah sebahagian aktiviti sampingan ketika memandu ataupun menjadi penumpang serta peneman yang boleh mendatangkan musibah dan malapetaka di jalan raya  :

* Tidur dengan nyenyak.
* Membebel tak sudah-sudah.
* Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
* Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
* Membunyikan hon sesuka hati.
* Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
* Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
* Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
* Melanggar tiang lampu isyarat.
* Masuk ke lorong bertentangan.
* Menjerit-jerit tak tentu hala.
* Menukar seluar.
* Mandi sambil berkemban.
* Menggosok gigi dengan air enjin.
* Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
* Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
* Makan sirih.
* Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
* Duduk di tempat duduk penumpang.
* Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
* Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
* Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
* Menelefon bos anda dan menyatakan anda menyampah dengannya

*Pesanan :
- Pastikan kenderaan ada "dibela" dengan baik lebih awal sebelum bercuti panjang sempena musim perayaan nanti.


Klik banner di atas untuk mengetahui tips lengkap penjagaan kereta bagi menyelamatkan duit anda dari berbelanja besar di bengkel kenderaan.


Video menyentuh qalbu : Buat baik dibalas baik

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)


Berbuat kebajikan dan berhati mula tiap masa tanpa berfikir akan balasan yang mungkin akan diterima adalah sesuatu yang agak payah untuk dilaksana.  Keramaian manusia pada hari ini hanya berbuat baik apabila seseorang itu melihat pertolongan yang diberikan pada seseorang yang lain, mampu dibalas kembali oleh si penerima.

Contohnya ramai orang ingin menolong orang-orang tertentu sahaja seperti yang berpangkat tinggi atau yang berpengaruh dan dengan harapan mendapat perhatian serta pujian daripada si penerima pertolongan itu.

Dewasa kini seringkali dilihat pertolongan dan bantuan diberikan pada mereka yang tidak berhak menerimanya.  Malah orang yang benar-benar dalam kesusahan tidak dipeduli dan yang miskin terus menerus ditindas oleh golongan atasan.

Sedarkah saudara-saudari sekalian, keluhan orang miskin sangat berkesan di sisi Allah Subhanahuwata’ala, kerana Allah Subhanahuwata’ala yang menjadikan mereka miskin.

Hidup ini bagaikan putaran roda, Allah Subhanahuwata’ala berkuasa menukarkan orang yang miskin menjadi kaya dan orang yang kaya bertukar menjadi miskin. Berhati-hatilah dengan keluhan orang miskin kerana ianya sangat mendapat tempat dan perhatian Allah Subhanahuwata’ala.

Untuk lebih menghayati erti berbuat baik dibalas baik, tontonlah video di bawah ini.  Semoga kita mendapat rahmat dan hodayah darinya.




World Cup 2014 : Ivory Coast - Japan (Group C)

2014 FIFA World Cup™

Arena Pernambuco, Recife 
Kumpulan C

Keputusan Akhir

Ivory Coast 2 - 1 Japan
16' Japan (Keisuke Honda)
64' Ivory Coast (Wilfried Bony)
66' Ivory Coast (Gervinho)

Apabila kanak-kanak tengok video ah ah ah

 

Menonton televisyen atau video memainkan peranan dalam perkembangan minda kanak-kanak.  Jika video yang mereka tonton itu mempunyai unsur yang baik serta positif atau lebih molek lagi penuh dengan nilai-nilai keIslaman, sudah tentu sesi menonton berkenaan menjadi suatu kebaikan dan rahmat.

Namun bagaimana kalau kanak-kanak menyaksikan video yang berunsur "ah...ah...ah.."? Pastinya anda fahamkan? Ya, anda adalah seperti apa yang anda fikirkan.  Lihatlah video di bawah ini :


video

Senarai kod mewakili negeri kelahiran pada kad pengenalan


Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis.

Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Pada kad pengenalan terdapat beberapa maklumat pemilik antaranya ialah nombor kad pengenalan. Pada deretan nombor kad pengenalan ini, kita dapat mengenalpasti tarikh kelahiran pemiliknya. Selain itu dapat juga mengetahui tempat atau negeri kelahiran pemiliknya. Nombor ini mengandungi dua digit sahaja dan terletak antara deretan digit tarikh kelahiran serta empat nombor terakhir.

Berikut adalah senarai kod bagi negeri kelahiran untuk kad pengenalan orang awam di Malaysia :


Johor - 01, 21, 22, 23, 24
          
Kedah -
02, 25, 26, 27
          
Kelantan -
03, 28, 29
          
Melaka -
04, 30
          
Negeri Sembilan -
05, 31, 59
          
Pahang -
06, 32, 33

Pulau Pinang -
07, 34, 35
          
Perak -
08, 36, 37, 38 , 39
          
Perlis -
09, 40
          
Selangor -
10, 41, 42, 43, 44
          
Terengganu -
11, 45, 46
          
Sabah -
12, 47, 48, 49
          
Sarawak -
13, 50, 51, 52, 53
          
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) -
14, 54, 55, 56, 57      

Wilayah Persekutuan (Labuan) -
15, 58

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) -
16   

Negeri Tidak Diketahui -
82





*Info : maklumat dari laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara


Bayi diajar berenang dalam air


Bayi pada peringkat awal usia mereka sememangnya mempunyai kebolehan berenang dalam air.  Lagipun semasa di dalam kandungan ibu, bayi juga "berendam" di dalam kandungan yang penuh air.  Namun kebolehan itu sedikit demi sedikit akan hilang sebaik sahaja usia bayi bertambah.

Dalam artikel ini, saya kongsikan video berkenaan dengan bapa dan ibu mengajar bayi mereka berenang di dalam air :


video



Belajar Buat Aneka Roti Canai : Lembut Dan Enak

http://www.ashadee.net/go/50035/ahmadzaki?b=1962

Kini, anda juga mampu membuat roti canai sehebat kedai mamak. Malah menjana pendapatan lumayan dengan bisnes murtabak atau pendapatan sampingan melalui roti canai segera.

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". 

Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan gerai atau kedai makan dan mahukan variasi menu roti canai menjadi "killer product", klik pautan di bawah bagi mengetahui gerak kerja dan rahsia untuk menjalankan perniagaan yang hebat ini :



Piala FA (Akhir) 2014 : Pahang - Felda United


Perlawanan Akhir Piala FA 

Pahang lawan Felda United  

Stadium Shah Alam

7 Jun 2014


Keputusan Akhir

(sila refresh atau reload blog ini untuk memastikan keputusan semasa disiarkan)

Pahang 2 - 1 Felda United
23' Felda United 
80' Pahang
88' Pahang


 
 

Resepi Kek Red Velvet (Bakar)



Bahan-Bahan:

Kek

160g Tepung Kek Bluekey (Kotak Pink)
1/2 tsp Soda Bikarbonat
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
2 Biji Telur
200g Gula Kaster
100g Minyak masak
125g susu cair + 1 tsp cuka/limau nipis (Buttermilk)
50g air suam + 1 tsp nescafe

Cara-Cara:

1. Bancuh Buttermilk dan perap selama 1/2 jam.
2. Masukkan gula dan telur, diputar sehingga kembang.
3. Masukkan soda bikarbonat, tepung kek, serbuk koko dan pewarna merah. Putarkan.
4. Masukkan campuran air suam + nescafe dan buttermilk dan putar.
5. Masukkan minyak masak sedikit demi sedikit dan putar.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit.

nota: Boleh masukkan ke dalam bekas aluminium kalau nak jual terus dalam bekas.

 

Topping
 

 125g cream cheese
250g whipping cream
125g mentega
1 sudu besar Sunquick Oren

Cara-Cara:


1. Putar cream cheese dan butter bersama sunquick. Keluarkan masukkan dalam satu bekas.
2. Putarkan whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan campuran cream cheese dan butter ke dalam whipping cream dan diputar sebentar.
4. Masukkan dalam piping bag.


Pipe topping diatas kek dan sedia untuk dijamu atau dijual.




Klik pautan di bawah untuk mempelajari pembuatan kek yang istimewa :

Sensasi Kek Coklat




Resepi pulut panggang


Pulut Panggang adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti kelapa. Masakan ini biasanya dipanggang di atas bara dari arang. Inti ikan diperbuat daripada bawang, dan lada kering dan kelapa. 

Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.

Bahan-bahan :

1) 500 gram beras pulut (dikosek & ditoskan)
2) 1 ½ cawan pati santan
3) 1 helai daun kunyit
4) 23 sudu makan minyak jagung
5) 90 gram udang kering (direndam,dibersihkan dan ditumbuk)
6) 2 tangkai lada merah
7) 10 ulas bawang merah
8) ½ sudu lada sulah
9) 4 biji buah keras
10) 1 ulas bawang putih
11) ½ biji kelapa parut (tumbuk separa halus)
12) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
13) 2 helai daun pandan
14) 1 sudu makan garam
15) 2.5 cm kunyit hidup
16) 1 sudu makan ketumbar (goring tanpa minyak)
17) 1 sudu belacan (dibakar)
18) ½ sudu makan gula pasir
19) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
20) Lidi untuk sematan

Cara-cara membuat :

1) Masuk dan gaul pulut,santan,daun kunyit,daun pandan dan ½ sudu garam di dalam loyang. Kukus hingga pulut masak. Pastikan pulut tidak terlalu kembang. Keluarkan daun-daun dan ketepikan pulut.


2) Panaskan minyak atas api yang sederhana dan gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit. Masukkan kelapa dan kacau sehingga kering jangan sampai hangus. Masukkan garam, kacau dan angkat. Sejukkan.


3) Bubuh sedikit pulut di atas daun pisang. Bentukkan supaya menjadi gulungan-gulungan leper sepanjang 13 cm.


4) Masukkan inti dengan sama rata,dan gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Titipkan bungkusan itu dengan lidi.


5) Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama ½ jam, dengan membalikbaliknya selalu. Tunggu sehingga naik aromanya dan kelihatan masak dan sedia untuk dijamah.


Video versi terbaru Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati

 

Muara Hati adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF yang dijadikan sebagai lagu tema untuk 80 episod drama  "Adam & Hawa".

Kini setelah beberapa lama, ada pihak yang telah sudi membuat klip video yang terbaru untuk lagu ini. Ianya seperti berikut :


video

Apabila bomba bersukan


Bomba seperti mana yang diketahui umum dalam ayat yang mudah ialah sekumpulan orang yang bertugas memadamkan kebakaran dan ada ketikanya melakukan tugasan yang tidak ada kaitan dengan kebakaran seperti menyelamatkan mangsa kemalangan dan menangkap ular.

Namun pasti mereka ada masa tertentu yang digunakan untuk menghilangkan tekanan atau kebosanan disamping tugasan yang bakal menanti.

Pernahkah anda melihat para bomba bersukan? Maksudnya mereka bersukan dengan mengintergrasikan peralatan dan kerja-kerja kebombaan mereka di atas lapangan sukan. Tonton video di bawah ini bagi lebih kefahaman :


video


Promosi

Babab.net