Tudung Angry Bird : antara kesedaran dan kesukaan?


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]



Tutup atau erti kata lain melindungi aurat tidak terbatas hanya pada pemakaian tudung. Ianya lebih meluas dari sekadar itu. Ia juga berkaitan dengan etika berpakaian dalam Islam. 

Konsep menutup aurat dalam Islam tertakluk kepada perempuan dan lelaki. Ia bukan konsep yang disarankan untuk menyusahkan tetapi ia bersifat melindungi maruah diri.

Bagi ibu bapa, seeloknya didiklah anak-anak terutamanya perempuan akan perihal batas-batas aurat. Mungkin bagi menggalakan serta membiasakan anak-anak perempuan dengan pemakaian tudung, ada ibu bapa membeli tudung yang bermacam-macam fesyen, warna-warna yang menarik minat kanak-kanak atau ada juga atas sebab populariti sesuatu tudung itu.

Namun, sejak akhir-akhir ini, tudung bercorak Angry Bird telah mula masuk ke pasaran di Malaysia. Jelas sekali pihak pengeluar mahupun pengedar hanya mementingkan keuntungan urus niaga jual beli dengan mengeksploitasikan minat dan populariti kartun dari permainan elektronik berkenaan. Sebelum ini telah ada isu-isu sensitif berkenaan dengan Angry Bird iaitu watak babi di dalam permainan tersebut.

Tiap perkara ada pro dan kontra namun dikuatiri, kanak-kanak sudah dibiasakan dengan konsep "fesyen" dalam pemakaian tudung sejak kecil lagi. Ini berkemungkinan besar mengabaikan pemahaman mengenai keperluan menutup aurat yang dianjurkan dalam Islam.

Contohnya, lihat sajalah pakaian yang diperkenalkan atas nama "pakaian muslimah" atau "butik muslimah" tetapi tudung singkat mendedahkan dada. Adapun tudung yang labuh menutup dada tetapi dari jenis fabrik yang jarang sehingga boleh menampakan bentuk dada perempuan. Ada juga fesyen pakaian yang labuh tetapi ketat serta jarang sehingga jika perempuan berkenaan melintasi sesuatu tempat yang bercahaya kuat, akan menampakkan "rahsia" di dalam kain mereka.


Kesimpulan

Menutup aurat itu wajib. Aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya (dari hujung rambut sehingga hujung kaki) kecuali wajah dan pergelangan tangannya. 

Wanita ditegah bersuara menggoda dan manja kerana suara itu aurat. Memakai pakaian dan mekap secara berlebihan sehingga membuat lelaki tertarik adalah Tabarruj dan ia dilarang Islam. Meninggikan sanggul seperti bonggol unta juga tidak dibenarkan Islam. 

Wanita dilarang memakai pakaian ketat (membalut aurat) dan diwajibkan melonggarkan pakaian. Wanita wajib melabuhkan tudungnya menutupi dada. 

Wanita ditegah mengenakan apa-apa yang mendatangkan bunyi pada kaki (contoh gelang loceng atau kasut yang tapaknya tidak bergetah) kerana ia akan menarik perhatian kaum lelaki. Aurat lelaki adalah daripada pusat hingga lutut.




Related Posts:

  • Animasi video kreatif : dakwah tentang aurat Aurat dari segi bahasa ialah keaiban, manakala dari segi istilah syara' ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutupi. Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi d… Read More
  • Ulama menyantuni kucing ketika sedang menyampaikan kuliah Seekor kucing hadir majlis pengajian Hadith Syeikh Usamah di Masjid Al Azhar. Lihatlah bagaimana akhlak ulama yang sangat terpuji ini.  Beliau dilihat tidak rasa terganggu dengan kehadiran kucing itu bahkan sambil … Read More
  • Tiga cara jodoh itu datang Allah SWT menetapkan tiga bentuk takdir dalam masalah jodoh iaitu cepat mendapatkan jodoh, lambat mendapatkan jodoh dan menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adala… Read More
  • Doa semasa hujan berterusan dan banjir Sejak akhir- akhir ini, bencana alam sering berlaku di dunia ini termasuklah yang menimpa di negara kita Malaysia. Bencana alam seperti banjir merupakan sebahagian daripada sunnah alam atau sunnah Allah yang menciptaka… Read More
  • Belum seru untuk bertudung : alasan orang jahil   Apabila terbaca salah satu tajuk berita di Harian Metro bertarikh 21 Februari 2012 iaitu "Belum seru untuk bertudung", yang berada di bahagian hadapan akhbar berkenaan, terus fikiran saya mentafsirkan bahawa ia tid… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan