Senarai kod mewakili negeri kelahiran pada kad pengenalan


Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis.

Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Pada kad pengenalan terdapat beberapa maklumat pemilik antaranya ialah nombor kad pengenalan. Pada deretan nombor kad pengenalan ini, kita dapat mengenalpasti tarikh kelahiran pemiliknya. Selain itu dapat juga mengetahui tempat atau negeri kelahiran pemiliknya. Nombor ini mengandungi dua digit sahaja dan terletak antara deretan digit tarikh kelahiran serta empat nombor terakhir.

Berikut adalah senarai kod bagi negeri kelahiran untuk kad pengenalan orang awam di Malaysia :


Johor - 01, 21, 22, 23, 24
          
Kedah -
02, 25, 26, 27
          
Kelantan -
03, 28, 29
          
Melaka -
04, 30
          
Negeri Sembilan -
05, 31, 59
          
Pahang -
06, 32, 33

Pulau Pinang -
07, 34, 35
          
Perak -
08, 36, 37, 38 , 39
          
Perlis -
09, 40
          
Selangor -
10, 41, 42, 43, 44
          
Terengganu -
11, 45, 46
          
Sabah -
12, 47, 48, 49
          
Sarawak -
13, 50, 51, 52, 53
          
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) -
14, 54, 55, 56, 57      

Wilayah Persekutuan (Labuan) -
15, 58

Wilayah Persekutuan (Putrajaya) -
16   

Negeri Tidak Diketahui -
82





*Info : maklumat dari laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara


Related Posts:

  • Lebih pening dari Keluarga 69 ? Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin den… Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : Kucing & Anjing Assalamualaikum.... Kucing dan anjing adalah asalnya dari spesis yang sama, "berkeluarga" dengan suku sakat harimau.  Namun kucing dan anjing ini selalunya akan bermusuh dan menjadi kepantangan jika berjumpa mesti ak… Read More
  • Bas melanggar penjual roti bermotorsikal Seorang penjual roti mengalami kemalangan akibat dilanggar sebuah bas pada lebih kurang pukul 5.30 petang di kawasan berhampiran perkampungan. Dia tercampak dari motor rotinya dan termasuk ke dalam sebuah longkang yang da… Read More
  • Senarai kod mewakili negeri kelahiran pada kad pengenalan Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan … Read More
  • Yang pelik dan lucu pada sesebuah kedai    Senangnya nak tahu waktu peniaga ini memulakan operasinya...   Masalah obesiti yang terjadi melalui makanan dan minuman.  Elakan dari mengunjungi kedai seperti ini demi kesihatan anda... … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan