Apa lagi jenama sardin yang ada cacing?


Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

"Tahan, Uji dan Lepas adalah tindakan di mana sampel akan diambil untuk melalui proses analisis dan produk berkenaan hanya dilepaskan sekiranya keputusan menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

"Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi produk ikan dalam tin, risiko kesihatan yang akan dihadapi oleh individu amat rendah kerana cacing terbabit sudah mati kerana melalui proses memasak atau pengetinan.

"Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terbabit dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah satu kesalahan.

"Jika sabit kesalahan boleh boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat boleh menghubungi kementerian laman web http://moh.spab.gov.myatau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Nigeria vs Argentina : World Cup 2018 (Group D)


Keputusan Penuh 

NIGERIA 1 - 2 ARGENTINA
14' Messi (Argentina)
51' Moses (Nigeria) - Penalti
86' Rojo (Argentina)

*Argentina layak ke peringkat seterusnya bersama Croatia yang berada di tempat pertama kumpulan D

Malaysia Super League match results : 26 June 2018


Sebanyak empat perlawanan berlangsung pada malam ini (26 Jun 2018)

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

Kedah 2 - 0 PKNS FC 
16' Kedah
39' Kedah

Melaka United 0 - 4 Johor DT 
41' Johor DT
53' Johor DT
64' Johor DT
90+1' Johor DT

Pahang 1 - 1 Selangor
49' Pahang
62' Selangor

Perak 1 - 0 Kelantan
70' Perak

HAJAH RAHMAH BINTI DOLAH meninggal dunia


HAJAH RAHMAH BINTI DOLAH (pengasas jenama Kuih Keria Antarabangsa Limbongan) telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.57 pagi semalam (25 Jun 2018) di Hospital Besar Melaka akibat dari kesan sakit jantung sejak enam tahun lalu. Arwah Hajah Rahmah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sesak nafas pada malam hari raya kedua, 16 Jun 2018 lalu.

Jenazah dimandikan lebih kurang pukul 10.00 pagi di rumah Junaidah Jalil (anak) di LP 5 Taman Limbongan Permai dan dikebumikan sebelum solat fardhu Zohor. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang masuk ke syurga... Aamiin...

Keputusan perlawanan bola sepak World Cup 2018 : Belgium vs Tunisia (Group G)



Keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang melibatkan negara Belgium dan Tunisia di dalam kumpulan G. Berlangsung pada 23 Jun 2018, jam 8.00 malam, waktu Malaysia.

KEPUTUSAN PENUH

Belgium 5 - 2 Tunisia 
(23/06/2018 | 8:00 malam, waktu Malaysia)

6' Belgium
16' Belgium
18' Tunisia
45+3' Belgium
51' Belgium
90' Belgium
90+3' Tunisia

Piala Dunia 2018 : Serbia - Switzerland (Kumpulan E)


Keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang melibatkan negara Serbia dan Switzerland di dalam kumpulan E

Serbia 1 - 2 Switzerland 
(23/06/2018 | 2:00 pagi, waktu Malaysia)

5' Serbia
52' Switzerland
90' Switzerland



Kedah vs Kuala Lumpur : Liga Super Malaysia - 20 Jun 2018

Perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 20 Jun 2018, antara Kedah menentang Kuala Lumpur

KEPUTUSAN AKHIR

Kedah 3 - 2 Kuala Lumpur

Portugal vs Morocco : World Cup 2018 (Group B)


Perlawanan kumpulan B menemukan pasukan bola sepak Portugal dan Morocco di Stadium Luzhniki Arena, Moscow (20/06/2018).

Keputusan Akhir

Portugal 1 - 0 Morocco
4' Christiano Ronaldo (Portugal)

Johor DT vs Terengganu : Liga Super Malaysia - 20 Jun 2018


Perlawanan yang bermula pada jam 9.00 malam yang melibatkan Johor DT bertemu Terengganu FC.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

SEPARUH MASA KEDUA

JOHOR DT 2 - 0 Terengganu FC
8' JDT
35' JDT
72' Red Card (JDT)

Malaysia Super League match results : 19 June 2018


Berikut adalah keputusan empat perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia pada 19 Jun 2018 :

KEPUTUSAN AKHIR

Kelantan 0 - 2 PKNS FC
4' PKNS FC
85' PKNS FC

Negeri Sembilan 1 - 3 Pahang
7' Pahang
64' Pahang
72' Pahang
82' Negeri Sembilan

PKNP 1 - 2 Melaka United
56' PKNP
65' Melaka United
90+1' Melaka United

Selangor 1 - 1 Perak
42' Perak
82' Selangor

Colombia - Jepun : Piala Dunia 2018 ( Kumpulan H )


Keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 antara Colombia menentang Jepun (19 Jun 2018) di dalam kumpulan H. Perlawanan bermula pada pukul 8.00 malam (waktu Malaysia)

Keputusan ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa

KEPUTUSAN AKHIR

COLOMBIA 1 - 2 Japan

3' Colombia (kad merah)
6' Japan (penalti)
39' Colombia
73' Japan

#worldcup2018
#pialadunia2018

Bibik Kim Neo meninggal dunia


Pelakon veteran Datuk Kenny Chan telah meninggal dunia pada usia 68 tahun. Apabila dihubungi, isterinya Fern Loo mengesahkan Chan meninggal dunia di salah sebuah hospital di Melaka pada 6.15 petang hari Selasa, 12 Jun 2018.

"Dia dimasukkan ke hospital pada hari Isnin kerana jangkitan paru-paru. Kami fikir dia akan pulih," katanya.

Chan mempunyai tiga orang anak, anak lelaki Darrick, Allen dan Shalyn. Chan terkenal dengan peranannya sebagai Bibik Kim Neo di dalam drama bersiri Baba Nyonya yang disiarkan di TV1. Rakan seperlakonannya iaitu Chee Hood Siong, yang memainkan watak sahabat Bibik Kim Neo, dengan watak bernama "Ah Chim", telah meninggal dunia pada tahun 2011.


Siri komedi ini disahkan oleh Malaysian Book of Records sebagai siri TV paling lama di negara ini, yang berlangsung dari akhir 1980-an hingga 2000, dengan jumlah keseluruhan 509 episod.

Sumber asal : The Star Online

FBI mempercepatkan siasatan penyelewengan 1MDB


FBI telah mempercepatkan siasatan mereka terhadap 1MDB dan lebih banyak pertukaran bukti dengan pihak berkuasa Malaysia sejak Najib kalah PRU14.

FBI yakin bahawa kerajaan baru (Pakatan Harapan) lebih bersedia untuk bekerjasama, sementara pihak berkuasa AS melihat Najib Razak sebagai satu penghalang dalam siasatan, kata sumber.

Adakah Najib sudah bersedia untuk menghadapinya di dalam kandang mahkamah samada di dalam negara mahupun di Amerika Syarikat kelak ??!

Klik -----»
https://www.reuters.com/article/us-usa-1mdb/u-s-probe-of-malaysias-1mdb-picks-up-speed-after-najibs-election-loss-idUSKCN1J500B

Sumber : Suara Rakyat

Microsleep : bahaya kepada pemandu kenderaan


Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu. Keadaan ini dipanggil microsleep.

Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ianya tidak sama dengan "napping". Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang. 

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.

Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.

Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.

APA ITU POWER NAP?

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.

Ingatlah, kelalaian anda beberapa saat sahaja sudah cukup untuk menjemput malapetaka di jalanraya.


Video babak kelakar dalam drama Nur - sup bunjut


Ada satu babak dalam drama Nur yang mula menjadi popular baru-baru ini mengenai salah sangka bunjut yang digunakan untuk membuat sup dikatakan bahan untuk sihir. Nampaknya viral ini akan menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk menonton drama ini di penghujung bulan Ramadhan.

Dalam realiti kehidupan kita, sememangnya ada seperti yang digambarkan dalam drama berkenaan. Apa yang perlu kita buat ialah lakukan perubahan pada diri sendiri ke arah yang lebih baik serta melakukan segala amal kebajikkan bagi mendidik hati ke arah jalan yang diredhai Allah SWT.

Video babak kelakar drama Nur :


**°°**


Drama Nur adalah drama di slot Samarinda TV3 yang mula disiarkan sejak 14 Mei  2018, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Nur ini bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini dan mempunyai 19 episod. 

Antara pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

BN bakal hilang 13 lagi kerusi Parlimen?


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), pemerintah terbesar di Sarawak, akan keluar daripada BN walaupun pemangku pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu mereka untuk tidak berbuat demikian.

Langkah PBB ini akan mengghaibkan 13 kerusi Parlimen daripada BN, sekali gus melemahkan lagi gabungan yang baru hilang kuasa memerintah negara selepas enam dekad.

Pada pilihan raya umum yang lalu, BN menang 79 kerusi.Penarikan diri PBB dan kemungkinan parti-parti Sarawak yang daripada BN boleh menyebabkan pemimpin Umno dan BN keluar parti beramai-ramai.  

Memetik laporan  The Malaysian Insight, sumber memberitahu bahawa Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg memberitahu keputusan keluar parti itu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu.


Abang Johari juga meyakinkan Dr Mahathir, Sarawak akan menyokong kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) "dalam hal-hal melibatkan kepentingan Sarawak dan kepentingan Malaysia secara menyeluruh".

Selepas pertemuan di Putrajaya, Abang Johari bertemu Zahid di Kuala Lumpur. Pada pertemuan itu, pemangku presiden Umno itu merayu pada Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak, untuk tidak meneruskan penarikan diri PBB dari BN.

Zahid menggunakan perkataan "hancur", kata seorang sumber BN, membayangkan masalah gabungan itu sekiranya kehilangan 19 kerusi Sarawak di Parlimen.

BN hanya ada 79 daripada 222 kerusi di Parlimen selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas, dengan 13 daripadanya milik PBB, parti kedua terbesar dalam BN. Abang Johari ialah presiden PBB.

"Zahid memberitahu Abang Jo bahawa BN akan hancur jika PBB keluar," kata sumber itu.

Jawapan Abang Johari terhadap rayuan Zahid ialah PBB boleh kalah dalam pilihan raya negeri pada 2021 jika ia tidak menjarakkan diri daripada BN yang terpalit rasuah.

Dalam PRU14, BN Sarawak bertanding semua 31 kerusi persekutuan tetapi hanya menang 19, keputusan yang mengejutkan bagi negeri yang sekian lama dianggap "deposit tetap" BN.

Ketua Menteri Sarawak itu pada 16 Mei lepas, mendedahkan BN negeri sedang menimbang kedudukannya dalam gabungan itu selepas PRU14 dan kemungkinan membentuk gabungan baru terdiri daripada parti-parti politik di Sarawak.

Keputusan meninggalkan BN itu bagaimanapun hanya akan disahkan selepas PBB berunding dengan tiga lagi parti komponen BN di Sarawak: Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pembangunan Progresif (PDP).

Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang pro BN juga mungkin dimasukkan dalam gabungan baru yang dicadangkan itu.

SUPP dilaporkan membuat keputusan keluar BN dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat pada malam 15 Mei tetapi belum diumumkan.

Sumber : Sinar Harian

Liga Super Malaysia - 6 Jun 2018


Keputusan dua perlawanan Liga Super Malaysia antara Negeri Sembilan bertemu Perak dan Selangor menentang PKNS.

KEPUTUSAN PENUH

Negeri Sembilan 1 - 1 Perak

Selangor 2 - 1 PKNS

Malaysia Super League match results : 2 June 2018

Berikut adalah keputusan tiga perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia pada 2 Jun 2018 :
(kesemua perlawanan dijadualkan pada jam 10.00 malam)

KEPUTUSAN PENUH

Johor DT 2 - 0 Perak

Kuala Lumpur 2 - 0 Terengganu FC

PKNP 1 - 2 Pahang

Tiada lagi bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway


KUALA LUMPUR: Mulai jam 12.01pm, 1 Jun 2018, tiada lagi bayaran tol di jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir. Ismail Md Salleh.

Menurut Ismail, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran itu, bayaran tol di semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 1 hingga 50 peratus (atau di antara RM0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan sekali gus menjadikannya lebih murah.


"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LLM menasihatkan pengguna agar mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi," katanya lagi.

Sumber : Astro Awani

Wanita Melayu mangsa minyak pengasih lelaki India/Bangla


Sejak kelmarin atau beberapa hari lepas (29, 30 atau 31 Mei 2018), telah tersebar video seorang wanita Melayu bersama dengan seorang lelaki berbangsa India (mengikut pengakuan dari kawan dan kakak mangsa), sedang berpelukan, bergurau senda dan bercium mulut di tempat kerja.

Namun seperti yang telah dimaklumkan oleh kakak dan kawan mangsa, wanita Melayu berkenaan terkena minyak pengasih yang digunakan lelaki India berkenaan. Lelaki India itu merupakan rakan sekerja mangsa semasa bekerja di Stesyen Minyak Petronas arah jalan ke Kota Tinggi, Johor. Mangsa dikatakan terkena minyak pengasih sebelum bulan puasa.

 

Namun sebilangan pengguna internet terutamanya di Facebook telah beranggapan bahawa hubungan lelaki dan wanita berkenaan adalah disengajakan (kerelaan wanita berkenaan). Ada juga yang mengatakan bahawa apabila dah kantoi dengan suami, barulah wanita itu mengatakan dirinya dipukau bagi menutup kesalahan (komen beberapa pengguna Facebook).

Suami kepada wanita berkenaan telah membuat laporan  polis dan lelaki berkenaan telah melarikan diri namun memberi ugutan jika wanita berkenaan tidak diceraikan, maka beliau akan menyebarkan lagi video dan gambar yang lebih melucahkan ketika beliau bersama dengan wanita Melayu berkenaan.


Laman web sosial wanita yang sudah berkeluarga itu telah ditukar kata laluan oleh lelaki India/Bangla berkenaan namun dikhabarkan ianya telah dipadamkan. Namun lelaki durjana berkenaan dikatakan masih ada membuat akaun palsu bagi meneruskan ugutan beliau kepada keluarga mangsa.


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan