Apa lagi jenama sardin yang ada cacing?


Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

"Tahan, Uji dan Lepas adalah tindakan di mana sampel akan diambil untuk melalui proses analisis dan produk berkenaan hanya dilepaskan sekiranya keputusan menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

"Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi produk ikan dalam tin, risiko kesihatan yang akan dihadapi oleh individu amat rendah kerana cacing terbabit sudah mati kerana melalui proses memasak atau pengetinan.

"Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terbabit dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah satu kesalahan.

"Jika sabit kesalahan boleh boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat boleh menghubungi kementerian laman web http://moh.spab.gov.myatau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Related Posts:

  • Petua dari Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan   Assalamualaikum..... Peringatan dan tips-tips penjagaan kesihatan sudah sekian lama dipraktikan sejak zaman berzaman mengikut perkembangan teknologi perubatan pada zaman-zaman tertentu. Dalam ajaran Islam, … Read More
  • Faktor penyumbang pembentukan kelemumur, cara merawat dan pencegahan   Assalamualaikum..... Perempuan atau lelaki pasti ada menghidapi masalah kegatalan kepala akibat kelumumur.  Ada yang menggaru kepala sehingga mengakibatkan kulit kepala luka dan ini akan menyebabkan masal… Read More
  • 7 Sebab untuk TIDAK ketagih Slurpee Sebelum anda tergesa-gesa keluar pintu untuk membeli "salji berwarna", anda perlu tahu apa yang anda akan dapat untuk kesihatan anda kerana ia tidak sesedap yang difikirkan.  Berikut adalah dipecahkan anatomi Slu… Read More
  • Khasiat Air Kelapa Muda   Assalamualaikum. Apabila memperkatakan mengenai air kelapa muda, salah satu yang saya terbayang ialah Coconue Shake. Sesekali minum seolah-olah dapat menyegarkan tubuh badan dan melegakan dahaga, namun tidak dig… Read More
  • Lima fakta kesihatan yang patut ketahuan Lima perkara umat Islam patut tahu berkenaan dengan fakta kesihatan yang mana telah diajarkan kepada kita dengan membuat amalan seperti berikut: 1. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kuran… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan