Microsleep : bahaya kepada pemandu kenderaan


Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu. Keadaan ini dipanggil microsleep.

Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ianya tidak sama dengan "napping". Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang. 

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.

Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.

Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.

APA ITU POWER NAP?

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.

Ingatlah, kelalaian anda beberapa saat sahaja sudah cukup untuk menjemput malapetaka di jalanraya.


Related Posts:

  • Qada dan Qadar ketentuan AllahSalam sejahtera... Ramai orang yang memandang rendah pada mereka yang gagal mencapai sasaran yang dibuat.  Apabila seseorang itu mengalami kegagalan, dia akan dicemuh atau diberi kata-kata yang mematahkan lagi semangat o… Read More
  • Islam dan cara hidupnya, ubat bagi permasalahan masyarakat ~Jika keperluan rakyat biasa "dihulukan", inilah yang terjadi ~Gambar diambil dari sumber internet Assalamualaikum... Inilah akibatnya jika sebuah negara Islam mengasingkan undang-undang Islam dari cara serta corak pent… Read More
  • Kenapa manusia dilarang merokok? Assalamualaikum... Merokok membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain.  Dari segi agama pula ianya haram kerana menyumbang pada kehancuran kesihatan yang berperingkat-peringkat, laksana bubuh racun sikit-sikit … Read More
  • Mahasiswi liar berjoget tiang - bukti kegawatan ekonomi & moral Adakah ini hasil kemerdekaan yang diraih selama ini? Surat khabar "Harian Seks" tanpa jemu menyiarkan berita-berita yang memalukan orang Melayu dengan gambar yang besar, tajuk yang gempak dan sentiasa  meletakkan beri… Read More
  • TV3 mohon maaf - iklan merosakkan kesucian Islam Akhirnya setelah bertimbun-timbun kritikan dan kutukan yang diterima pihak TV3 atas keprihatinan masyarakat berkenaan iklan lebaran yang mengandungi unsur-unsur yang bercampur aduk dengan imej agama lain pada perayaan suci u… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan