Bergambar bersama DJ Melaka FM


Semalam (25 April 2015) saya bergambar bersama DJ Izat dari Melaka FM semasa di khemah utama di Karnival Hari Peladang Penternak Dan Nelayan 2015 peringkat Negeri Melaka. Berlangsung di R & R Sungai Rambai. Masa ni tengah menanti giliran untuk pertandingan saringan karaoke anjuran Jabatan Perikanan.

Sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan 2015 peringkat Negeri Melaka ini bermula pada 24 hingga 26 April 2015.

Kenapa MBO dan Melaka Mall begitu?

(Sumber gambar di atas dari : en.itravelkaki.com)
Pada 11 April 2015, saya telah berkunjung ke Melaka Mall untuk menonton filem Fast And Furious 7 (FF7) di MBO Cineplex.  Seperti yang sedia maklum, Melaka Mall dilihat sebagai pusat beli belah yang suram dan hanya beberapa perniagaan sahaja yang dapat bertahan dalam menjalankan perniagaan di sini dan menjadi nyawa Melaka Mall.

Pertama, saya nak cerita mengenai kemudahan yang disediakan oleh MBO. Suasana panggung wayang yang selesa dengan suhu yang bersesuaian menjadikan ia sebagai tempat lepak yang agak baik. Namun yang mengecewakan ialah kemudahan tandas yang lebih teruk dari tandas di Melaka Sentral.

   

Kedua, kebocoran pada bumbung Melaka Mall apabila hujan. Sesudah habis menonton filem FF7 yang hebat, saya berjalan di ruang legar bagi meninjau kemudahan yang ada di bangunan ini. Boleh dikatakan suasana di sini tidaklah mencapai tahap "best".  Suasana agak suram (tak meriah) dan yang paling tidak disangka, bumbungnya bocor dan air menitis apabila hujan turun.

   



*bangunan ini pernah meriah di awal pembukaannya iaitu semasa bangunan ini dinamakan sebagai Kota Mas.


Naikkan gaji pekerja : CEO potong gaji sendiri



Seorang CEO membuat keputusan untuk memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya, Isnin lepas.

Menurut Dailymail, Dan Price, CEO kepada syarikat Gravity Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad kredit yang bertempat di Seattle, Amerika Syarikat, memperoleh pendapatan sebanyak USD 1 juta (RM3.7 juta) setahun sebelum pengumuman berkenaan.

Price mendapat ilham berkenaan selepas sebuah penyelidikan bagaimana kenaikan gaji mampu memberi kegembiraan untuk pekerja yang memperoleh pendapatan USD 70,000 (RM260,000) setahun.

"Adakah anda terkejut? Saya sendiri terkejut," beritahu Price kepada kakitangannya yang bersorak gembira dalam sebuah mesyuarat.

Price memberitahu THe Times bahawa beliau tertekan dengan kesusahan yang dialami oleh kawan-kawannya dan ahli keluarganya yang memperoleh pendapatan kurang USD 70,000 setahun.

"Mereka menceritakan kesusahan mereka kepada saya hampir setiap minggu. Saya terharu dan rasa tertekan," kata Price.

Price mengasaskan syarikat Gravity Payments pada 2004 ketika berusia 19 tahun.

Sumber : Sinar Harian


*CEO di Malaysia bagaimana pula....?


Melawat Datuk Haji Abu Dolah di Selandar



Pada 9 April 2015 saya telah melawat Yang Bahagia Datuk Haji Abu Dolah Bin Hitam, iaitu Pengerusi JKK Selandar, Melaka dan pegawai khas kepada presiden Dunia Melayu Dunia Islam sempena hari ulang tahun kelahiran beliau. Turut ada bersama ialah Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka, Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad (a.k.a Castelo).



Semoga Allah SWT merahmati kehidupan YB Datuk Haji Abu Dolah serta diberkati sepanjang usia olehNya.


Kejohanan Bowling Pasar Tani Melaka 2015


Kejohanan Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam, Peringkat Pasar Tani FAMA Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April (Khamis) di Melaka International Bowling Center, MITC Melaka.

Kejohanan ini adalah hasil cetusan fikiran dari Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan yang juga merangkap Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka iaitu Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga usahawan dan peniaga Pasar Tani seluruh negeri Melaka dengan penyertaan lebih dari 20 buah pasukan.

Menurut Encik Jamaluddin, kejohanan ini diadakan untuk menyatukan serta mengeratkan ukhwah seluruh peniaga dan usahawan di Pasar Tani seluruh Melaka dan menghimpunkan mereka dalam suasana yang ceria dan santai. Beliau juga turut berhasrat menjadikan kejohanan sukan sebegini sebagai acara tahunan Pasar Tani Negeri Melaka.

Tan Sri Mohd Ali Rustam selaku penaung dan penaja utama kejohanan turut berkenan untuk datang serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta.  Pengerusi Pasar Tani Negeri Selangor antara VIP yang turut hadir pada kejohanan ini.

Saya melalui perniagaan ICT Niaga Enterprise turut membuat penajaan bagi kategori "Kumpulan Paling Ceria Dan Komited".

Ketika urus setia membuat persediaan di kaunter pendaftaran di MIBC

 
Suasana ketika kejohanan baru bermula


 
 Antara kumpulan yang menerima hadiah di Kejohanan Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam, 
Peringkat Pasar Tani FAMA Negeri Melaka


 
 Jamuan VIP selepas tamat pertandingan bowling

Urutan Tradisional : Teras Unggul Success


Teras Unggul Success adalah syarikat yang menjalankan perniagaan berteraskan perkhidmatan urutan tradisional dan jualan ubatan berasaskan akar kayu dan herba.  Antara produk yang mendapat sambuatan di pasaran ialah Minyak Urut D'Cast, Tonik Rambut, Minyak Lintah dan Pati Jus Akar Kayu. 

Mereka kini aktif di beberapa pasar tani dalam negeri Melaka dan juga sedia memberikan perkhidmatan ke rumah pelanggan. Pemiliknya iaitu Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad, yang juga merupakan Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka, menawarkan perkhidmatan urutan tradisional serta jualan ubatan yang mujarab dan ampuh sebagai penyelesaian alternatif terhadap masalah kesihatan rakyat khususnya di negeri Melaka. Teras Unggul Success juga merupakan rakan niaga strategik Araz Success.

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan urutan tradisional dan pembelian produk berasaskan herba, sila hubungi nombor telefon di bawah :



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan