Naikkan gaji pekerja : CEO potong gaji sendiri



Seorang CEO membuat keputusan untuk memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya, Isnin lepas.

Menurut Dailymail, Dan Price, CEO kepada syarikat Gravity Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad kredit yang bertempat di Seattle, Amerika Syarikat, memperoleh pendapatan sebanyak USD 1 juta (RM3.7 juta) setahun sebelum pengumuman berkenaan.

Price mendapat ilham berkenaan selepas sebuah penyelidikan bagaimana kenaikan gaji mampu memberi kegembiraan untuk pekerja yang memperoleh pendapatan USD 70,000 (RM260,000) setahun.

"Adakah anda terkejut? Saya sendiri terkejut," beritahu Price kepada kakitangannya yang bersorak gembira dalam sebuah mesyuarat.

Price memberitahu THe Times bahawa beliau tertekan dengan kesusahan yang dialami oleh kawan-kawannya dan ahli keluarganya yang memperoleh pendapatan kurang USD 70,000 setahun.

"Mereka menceritakan kesusahan mereka kepada saya hampir setiap minggu. Saya terharu dan rasa tertekan," kata Price.

Price mengasaskan syarikat Gravity Payments pada 2004 ketika berusia 19 tahun.

Sumber : Sinar Harian


*CEO di Malaysia bagaimana pula....?


Related Posts:

  • One XOX Prepaid : Penjimatan telus - Guna & Berniaga untung berganda http://1xox.biz/ictniaga (daftar sebagai pengguna dan peniaga) http://duniaprepaid.com/hop.php?ref=ictniaga (daftar sebagai ejen affiliate) Salam sejahtera. Baru-baru ini saya telah membeli kad sim pra bayar dari sy… Read More
  • Tealive bukan penjenamaan semula Chatime Mungkin ada yang tanya, "Chatime dah tukar nama ke Tealive kan ?". Jawapannya - TIDAK Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master… Read More
  • Pau besar dan murah kalis GST Seperti yang disebarkan di dalam Facebook, ada seorang pakcik berniaga kedai makan-minum di Kampung Padang Lerek, Tangkak, Ledang, Johor. Apa yang menjadi perhatian ialah pakcik berkenaan  menjual pau dengan harga yan… Read More
  • Ringkasan Sejarah Perniagaan Subway BERMULA dengan modal AS$1,000 (RM3,685), dua rakan baik, Fred DeLuca dan Peter Buck menubuhkan syarikat makanan segera, Subway pada 1965. Dengan usia masih muda, syarikat Doctor’s Associates, Inc ditubuhkan pada aw… Read More
  • Prestasi Ramly Burger dijangka meningkat HASIL perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhn… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan