Kejohanan Bowling Pasar Tani Melaka 2015


Kejohanan Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam, Peringkat Pasar Tani FAMA Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April (Khamis) di Melaka International Bowling Center, MITC Melaka.

Kejohanan ini adalah hasil cetusan fikiran dari Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan yang juga merangkap Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka iaitu Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga usahawan dan peniaga Pasar Tani seluruh negeri Melaka dengan penyertaan lebih dari 20 buah pasukan.

Menurut Encik Jamaluddin, kejohanan ini diadakan untuk menyatukan serta mengeratkan ukhwah seluruh peniaga dan usahawan di Pasar Tani seluruh Melaka dan menghimpunkan mereka dalam suasana yang ceria dan santai. Beliau juga turut berhasrat menjadikan kejohanan sukan sebegini sebagai acara tahunan Pasar Tani Negeri Melaka.

Tan Sri Mohd Ali Rustam selaku penaung dan penaja utama kejohanan turut berkenan untuk datang serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta.  Pengerusi Pasar Tani Negeri Selangor antara VIP yang turut hadir pada kejohanan ini.

Saya melalui perniagaan ICT Niaga Enterprise turut membuat penajaan bagi kategori "Kumpulan Paling Ceria Dan Komited".

Ketika urus setia membuat persediaan di kaunter pendaftaran di MIBC

 
Suasana ketika kejohanan baru bermula


 
 Antara kumpulan yang menerima hadiah di Kejohanan Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam, 
Peringkat Pasar Tani FAMA Negeri Melaka


 
 Jamuan VIP selepas tamat pertandingan bowling

Related Posts:

  • Video tak senonoh wanita cantik tepi pantai Berada di tepi pantai sememangnya dapat memberi satu macam hiburan kepada individu yang inginkan ketenangan dari segala macam kesibukkan dan gangguan jiwa dalam kehidupan seharian. Mendengarkan deruan ombak yang membadai… Read More
  • Aksi akrobatik orang tua dan basikal tua Seorang yang sudah mencapai tahap "datuk" dilihat dari susuk tubuhnya masih sihat dan bertenaga, menunggang basikal tua di jalan raya dengan aksi yang agak berbahaya malah kelihatan lucu juga. Itulah yang terjadi … Read More
  • Kanak-kanak kecil di Thailand dilatih "Muay Thai"?   Tomoi (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. Tinju Siam yang asalnya daripada ne… Read More
  • Giveaway Akhir Tahun 2013 DJH FATIN | ZARA | HAWA | TETO | VEE | NUR | DJH | FARAHAIN | WANIE | ASHA | EMIAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini.Mari sertai GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 anjuran DJH.Pelbagai pemberian ditawarkan se… Read More
  • Bergambar bersama Dr.Azimuth (Dr Abdul Aziz Azimullah)   Tak sangka pula secara berturut-turut saya dapat berjumpa dan bergambar dengan "orang-orang terkenal".  Jika sebelum ini saya dapat beramah mesra dengan "Helmi Gimmick" di Pasar Tani UTC Melaka, kali ini saya … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan