Kpop Rayalah! : Satu lagi percubaan untuk popular melalui YouTube

 

Kini laman web perkongsian video You Tube telah menjadi pilihan utama bagi pengguna internet untuk mempromosikan sesuatu terutamanya mereka yang melibatkan diri dalam  perniagaan 'online' ataupun 'offline'.

Malah ada juga yang mempamerkan pelbagai bakat yang mereka ada melaluinya. Bermula dengan Yuna, Ana Raffali, Najwa Latiff dan Ainan Tasneem (sekadar menyatakan beberapa nama), kelihatan semakin ramai 'anak-anak dara' (kalaulah masih...) teruja untuk beraksi di You Tube dengan pelbagai harapan.

Yang terbaru ialah video yang memperlihatkan seorang gadis yang menyanyikan lagu berkisarkan tentang raya dalam tema 'Kpop'.  Nampaknya dia telah bersedia dengan baik sebelum memulakan rakaman.  Lihat video di bawah :-

Tidak diketahui siapakah sebenarnya si 'pelakon' ini...

Lirik & video Spider : Tapi Bagaimana

 

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan 
kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana nak ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana nak ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Tapi bagaimana nak ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa

Bagaimana harus ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

 

Piala Malaysia : 22 Ogos 2012

 

Pada malam ini merupakan perlawanan pertama Piala Malaysia dalam bulan Syawal setelah sekian lama Liga Malaysia bercuti. Terdapat lapan perlawanan berlangsung yang melibatkan 16 pasukan dari Liga Perdana dan Liga Super.

SARAWAK  2  -  1  SELANGOR

TERENGGANU  2  -  0  KELANTAN

PKNS FC  1  -  1  JOHOR

KEDAH  0  -  2 ATM

PAHANG  3  -  2  T-TEAM

JOHOR FC  0  -  0  LION XII

FELDA UNITED  1  -  1  NEGERI SEMBILAN

SIME DARBY  1  -  1  PERAK

Ikan lumba-lumba dan kucing yang saling sayang menyayang

 

Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika.  Ia mungkin dijinakkan sekitar 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan haiwan perosak yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Manakala ikan lumba-lumba pula (bahasa Inggeris Porpoise) ialah sejenis cetacea kecil ( bahasa Latin dan digunakan untuk nama biologi bagi bermaksud "ikan paus") dalam keluarga Phocoenidae (sila rujuk wikipedia), mereka berkait dengan paus dan dolfin. Rupanya hampir serupa dengan dolfin. Perbezaan utama rupa ialah muncung lumba-lumba lebih pendek, dan lumba-lumba memiliki gigi leper manakala gigi dolfin berbentuk kon.

Namun menjadi sesuatu yang agak unik apabila haiwan darat dan haiwan laut ini bertemu dan bermesra seperti yang dipaparkan dalam video "youtube" di bawah.  Kemungkinan haiwan-haiwan ini berkongsi frekuensi otak yang sama lantas mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa yang tidak diketahui oleh manusia...

 

Angry Bird dalam kehidupan sebenar?


Angry Bird telah menjadi fenomena dalam dunia permainan komputer dan pelbagai jenis konsol seperti smart phone dan playstation.  Ia juga telah dikeluarkan dalam bentuk cetakan pada t-shirt, topi, pemadam pensil, patung mainan dan pelbagai lagi jenis barangan perhiasan dan permainan kanak-kanak.  Tetapi jika anda melihat gambar di atas, adakah benar bahawa "angry bird" sememangnya betul-betul wujud dalam dunia ini?.

Sebenarnya inilah yang dikatakan "dari dunia digital ke dunia realiti".  Watak-watak daripada permainan yang popular ini dicipta oleh peminat yang tertanya-tanya bagaimanakah agaknya burung-burung ini akan kelihatan apabila benar-benar wujud di alam realiti seperti di dalam hutan.

Mohamed Raoof, dari Kerala, India menjelaskan bahawa beliau mencari imej burung berkenaan di dalam "google" dan keliru dengan spesis burung itu serta tertanya-tanya adakah ia benar-benar ada.  Lalu dia yang berkemahiran dalam bidang grafik berkomputer cuba mencari burung-burung yang mempunyai rupa yang hampir sama dengan "angry bird" dan membuat beberapa pengubahsuaian.

Kucing yang berani melawan buaya

 

Kucing adalah salah satu haiwan bersifat "manja" kepada manusia yang melayan baik atau memberi makan kepadanya.  Rasulullah S.A.W menasihati umatnya untuk melayan kucing sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka, iaitu memberi penjagaan yang baik kepada binatang berkenaan. Bukan sahaja dengan kata-kata, tetapi perbuatan. Rasulullah adalah contoh yang terbaik. Tingkah laku dan teladan ini menjadi begitu popular sehingga menjadi cerita yang berpanjangan sehingga ke hari ini.

Salah satu yang cerita-cerita yang paling terkenal tentang kucing adalah Muezza, kucing kegemaran Rasulullah (S.A.W), menceritakan ketika panggilan azan telah dilaungkan, Rasulullah (S.A.W) pergi untuk mengambil salah satu jubahnya, beliau mendapati kucingnya tidur di salah satu daripada lengan jubahnya. 

Tidak mahu mengganggu kucing itu, dia memotong satu lengan jubahnya dan membiarkan kucingnya  tidur. Apabila Rasullullah (S.A.W) kembali, Muezza bangun dan sujud kepada Nabi Muhammad dan sebagai balasan dia mengusap Muezza tiga kali. Legenda yang lain berpendapat bahawa tanda ‘M’  pada dahi kucing betina  itu (Muezza) telah dicipta oleh nabi sebagai  tanda dia  mengusapkan tangannya dengan lembut di dahi kucing kesayangannya.

Adab dalam melayani kucing dalam Islam :
 
- Umat Islam adalah bebas untuk hidup dengan kucing tetapi mereka perlu menjaga  kucing dengan baik, menyediakan kucing dengan air dan makanan yang cukup dan memberikan “masa perayauan” (kebebasan untuk bergerak).

- Kucing itu tidak harus dijual untuk wang atau diperdagangkan.

- Air liur kucing tidak berbahaya melainkan jika kucing mempunyai “kekotoran kelihatan” di dalam mulut

Di bawah ini saya kongsikan satu video yang memaparkan keberanian kucing menghadap buaya.  Tanpa "kisahkan" badannya yang lebih kecil dibandingkan dengan buaya berkenaan, namun kucing dengan gagah menghadapinya sehingga buaya itu mengalah. Di sini kita boleh mengambil ikhtibar (pengajaran) untuk dijadikan sebagai motivasi di kala kita terasa putus asa.

 

Makanan pilihan orang bujang di bulan ramadhan

 

Assalamualaikum..., salam ramadhan al mubharak...

Bulan Ramadhan kini dah masuk ke pertengahan.  Pastinya kita sudah dapat membiasakan perut dengan jadual makan minum yang diet nya berlainan berbanding dengan bulan lain.

Bulan Ramadhan (puasa), selain dari penuh "barakah", juga adalah dianggap bulan yang mendatangkan lebih rezeki terutamanya berkaitan dengan makanan.  Di masjid atau di surau yang mengadakan solat tarawih kebiasaannya menghidangkan pelbagai juadah untuk dijamu pada jemaah selepas selesai menunaikan solat berkenaan.  Pada bulan ini, ramai yang membuat sedekah pada masjid dan surau bagi menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.

Bagi "orang bujang" pula, pastinya akan menjadi suatu kegembiraan kerana dapat peluang untuk "makan free" jika rajin ke surau atau masjid. Selain itu dapatlah juga "save" belanja untuk bulan ini. Namun ada juga yang memasak sendiri di rumah terutamanya ketika nak bersahur. Tetapi selalunya menu makanan untuk bersahur adalah "kitar semula" dari makanan ketika berbuka puasa dan makanan tersebut akan dipanaskan semula.


Antara makanan ringkas yang menjadi pilihan "orang bujang" ialah nuggets, jemput-jemput berperisa garam, pisang atau udang, mee segera, roti celup telur yang digoreng, roti bakar atau roti keping yang disapu jem, nasi goreng dan paling menjadi pilihan ialah saki baki makanan ketika berbuka puasa.

Namun apa pandangan anda apabila melihat resepi nasi goreng seperti pada gambar di bawah ini? :

 
Ada berani...?


**buah kurma digalakan ada dalam menu makanan kita di bulan puasa...

Iklan Puma membawa Khairul Fahmi ke bidang lakonan

 

Kita sedia maklum salah seorang penjaga gol bola sepak "terhangat" di negara kita iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) semakin mendapat perhatian dari syarikat terkemuka dalam pelbagai bidang untuk menjawat beliau sebagai model barangan malah ada juga syarikat filem yang mahu mengambil beliau sebagai pelakon.

Apek kini sudah menyertai Safee Sali sebagai ikon bola sepak Malaysia yang berjaya menjadikan bola sepak sebagai landasan mencipta kerjaya yang positif dan membuktikan sukan bola sepak jika diusahakan secara sungguh-sungguh boleh mengumpul kekayaan.

Terbaru di laman web perkongsian video iaitu "Youtube" memaparkan video Apek berlakon iklan yang mempromosikan barangan keluaran Puma. Walaupun nampak janggal, namun ramai yang suka melihatkan aksi Apek di luar lingkungan bola sepak.  Malah ada yang menyatakan dalam iklan tersebut, Apek seperti "Stephen Chow", iaitu seorang pelakon lawak berbangsa Cina dari Hong Kong.

Video iklan tersebut telah dimuat-naik ke dalam Youtube pada 4 Julai 2012 dan mempunyai dua bahagian.

Bahagian 1

Bahagian 2

Promosi

Babab.net