Kursus Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi (WSC314) di Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Selatan

 
Tempat kursus WSC314 diadakan.

Assalamualaikum...

Semalam (Khamis, 28/04/2011) saya baru balik dari menghadiri kursus berkenaan, yang bermula dari 26 hingga 28 April 2011.  Sebelum tu saya dah mula selsema, batuk dan demam, jadi perjalan jauh ke Johor Bahru adalah memenatkan. Sampai di depan Kompleks Hang Tuah, Melaka hampir pukul 7.00 petang (tidur di kedai saya).Ini merupakan kursus kali ke dua yang berkaitan dengan koperasi yang telah saya sertai.

Kursus berkenaan yang berlangsung selama tiga hari, diadakan di Bilik Ixora, Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Selatan, yang beralamat di Tingkat 1, Bangunan Kerjasama, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor.  Penginapan para peserta adalah di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru.  "Check in" hotel pada pada 25/04/2011 bersama-sama dengan pengerusi Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka dan seorang anggota koperasi.  Saya pula adalah calon ahli lembaga pengarah yang bakal dilantik dalam mesyuarat agung yang akan datang.

Dalam kurus ini, saya juga telah berjumpa dengan beberapa orang yang juga telah menyertai kursus yang kali pertama saya pergi sebelum ini.  Kesimpulannya kursus kali ini agak menyelesakan dan aman dengan jadual yang tidak memberi tekanan serta pengisian dan penyampaian kursus yang boleh diterima dengan baik.  Ada juga mendapat kawan-kawan baru yang datang dari koperasi wilayah selatan iaitu Johor dan Melaka.  Ada antara mereka yang merupakan usahawan sepenuh masa, dari koperasi institut pengajian tinggi dan sekolah.

 
 
Gambar diambil semasa hari pertama tiba di hotel selepas "check in"

 
Ketika berkursus di dalam "Bilik Ixora"


 
"Cenderahati" yang diperolehi dari Hotel Tropical Inn

Haiwan semakin bijak, manusia semakin bodoh

 Chimpanzi yang diberi nama "Kanzi" sedang berinteraksi dengan salah seorang pengajarnya
(video mengenai haiwan ini ada di akhir artikel)


Assalamualaikum...

Sesetengah haiwan sememangnya memiliki tahap kecerdasan otak yang boleh dikagumi.  Haiwan seperti anjing dikatakan boleh membantu urusan manusia serta dilatih untuk tugasan tertentu.  Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsikan satu kisah mengenai chimpanzi yang diberi nama Kanzi.

Kanzi adalah sejenis beruk berusia 30 tahun (pada tahun 2011) yang cukup terkenal. Selain boleh berbincang dengan manusia dan memahami 450 patah perkataan, ia pernah menjadi tokoh dalam suatu buku. Haiwan ini mampu memahami dan berkomunikasi dengan manusia serta menggunakan 30 hingga 40 kata manusia setiap hari. Kerana kemampuannya, Kanzi sudah menjadi selebriti sejak akhir 1980an. Ia hidup di Great Ape Trust, Iowa, di mana seorang saintis iaitu Dr. Sue Savage Rumbaugh mengajarkannya "bicara" dengan menunjuk simbol di komputer. 

Hingga kini, Kanzi mampu mengumpulkan dua kalimah dan menunjukkan penemuan luar biasa apabila dapat menyebut frasa baru. Kanzi juga mampu meniup belon, yang menjadi bukti bahawa ia mampu mengawal pernafasan. Sesuatu yang sebelum ini dipercayai hanya mampu dilakukan oleh manusia sahaja.

Saintis ini juga merawat Teco, anak Kanzi yang berusia 4 tahun, Teco mempunyai bakat seperti Kanzi, berkemampuan lingustik yang luar biasa. Apalagi Teco telah hidup dengan manusia sejak lahir. Kepopularitian Kanzi semakin meluas, ketika ia menjadi "subjek" buku di National Geographic dan majalah Time. Ia menjadi terkenal kerana menjadi haiwan pertama yang belajar bahasa secara semulajadi, bukan kerana "diperintah". Selain itu, ia juga mahir membuat peralatan dari batu, sehingga dapat membantu para saintis memahami tahap kemahiran manusia di zaman awal peradaban manusia di muka bumi ini.

Cuba kita bandingkan pula dengan kelakuan manusia pada hari ini.  Ada keputusan yang dibuat oleh sesetengah golongan termasuklah di Malaysia menghasilkan keputusan yang dianggap bodoh.  Banyak keputusan yang diambil berdasarkan frasa "buat dahulu, fikirkan kemudian". Buang anak, memfitnah, membunuh, merompak harta negara dan wang rakyat serta banyak lagi aksi kebodohan manusia yang amat memalukan.  Ingatlah hanya Islam sahaja yang jadi penyelamat kebodohan manusia, bukannya dengan pelbagai slogan setiap kali negara bertukar pentadbir negara, tetapi hasil diakhirnya tetap mengutamakan kepentingan golongan tertentu sahaja.  Rakyat jelata dibiarkan derita.

 

 

Segmen Satu Gambar Bercerita : Jalan raya

 

Dalam pengangkutan jalan raya, persimpangan bertingkat adalah sejenis simpang jalan yang mengaplikasikan prinsip pengasingan aras melalui penggunaan jejambat serta beberapa jalan susur untuk membolehkan pemandu melintasi persimpangan tanpa melangkau aliran trafik yang lain.  Pembinaan persimpangan ini dapat mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya yang mudah berlaku di simpang jalan konvensional.

Di Malaysia, ramai juga yang merungut bahawa jalan raya di bandar besar seperti Kuala Lumpur (KL) semakin menyesakkan dan semakin banyak persimpangan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur atau mereka yang sudah lama tak turun ke KL.

Adakah anda inginkan suasana jalan raya seperti ini? Lokasi yang sesuai untuk penggambaran filem "Sini Ada Hantu"

Nama yang gempak : apasal la macam ni?


Assalamualaikum...salam sejahtera...

Masih saya ingat lagi waktu sekolah rendah dan awal sekolah menengah, kawan-kawan di sekolah suka main ejek-ejek nama kawan-kawan atau nama bapa kawan-kawan yang agak pelik dan kelakar.  Tapi ada juga yang nama biasa je tapi dah tabiat suka mengejek nama orang lain, dibuat juga... Sampai bergaduh bertumbuhpun ada hanya disebabkan perkara ini.  Lepas tu ada juga yang terus mengadu pada cikgu.., "cikgu, dia ejek nama ayah saya.."

Lihat nama di atas, pasti ada yang akan sedikit tersengeh (tak berapa nak senyum).  Tidak dapat dipastikan sama ada ianya maklumat yang benar atau mainan edit dari perisian komputer...


~p/s :  sejak saya mula berniaga, ada juga jumpa macam-macam nama syarikat yang agak aneh. Kreatif pun ada, kelakar pun ada...

Segmen Satu Gambar Bercerita : Persidangan

Salah satu persidangan yang dihadiri oleh suku sakat Ultraman.

Assalamualaikum...

Pasti ada antara kita yang pernah menyertai mesyuarat mahupun persidangan.  Dan ia seringkali dilihat sebagai sesuatu yang membosankan lebih-lebih lagi jika kena paksa untuk hadirinya.  Kalau sanggup datangpun sebab dapat duit ataupun "gula-gula".  Kesetiaan hanya berdasarkan duit dan harta benda, tiada keikhlasan...

Tidak dinafikan juga ada yang benar-benar serius dan berminat untuk menghadiri persidangan atau mesyuarat kerana mereka memahami keperluan yang direncana dalam perjumpaan berkenaan.

Bilakah kali terakhir pembaca sekalian menghadiri persidangan, mesyuarat ataupun seminar? Dan untuk tujuan apa ianya diadakan?

Ini suku sakat mana pula?

Segmen Satu Gambar Bercerita : Sejuk

 
 
Assalamualaikum...
Sejuk sering dikaitkan dengan suhu ataupun cuaca, namun perkataan berkenaan juga dikaitkan dengan perkara yang secara dasar dan realistiknya tidak kena mengena dengan faktor suhu mahupun cuaca tetapi mempunyai perumpamaan dan perkiasan terhadap maksud tersirat seperti "kategori warna-warna sejuk", "sejuk mata memandang" dan "sejuk perut ibu yang mengandung".

Sifat sabar dan tenang, makanan dan minuman mempunyai perkaitkan dengan sejuk.  Sejuk mengeratkan kasih sayang antara pasangan suami isteri mahupun sahabat (seperti gambar baboon di atas).

Segmen Satu Gambar Bercerita : Ahli Politik


Assalamualaikum...


Ahli politik kena baik dengan semua orang terutamanya di kawasan jagaannya.  Kalau pihak lain, banyak pula "ustaz-ustazah periuk nasi" berdondang-dendang soal moral dan dosa, tapi kali ini berbeza. Kenapa ye...?

~p/s:  Tak terjumpa pula cerita ni dalam surat khabar arus perdana...

Kalau bapa tu anjing, mak babi, anak jadi apa?


Salam sejahtera...

Dalam dunia pertanian, teknik kacukan sudah lama dipraktikkan bagi mendapatkan variasi tumbuhan-tumbuhan tertentu untuk menghasilkan satu generasi tumbuhan yang dapat mengeluarkan hasil pertanian yang lebih baik kualitinya.

Begitu juga dengan dunia penternakkan.  Kacukkan baka haiwan seperti lembu dan kambing telah dibuat bagi mendapatkan baka yang mengeluarkan susu dan daging yang lebih banyak dan baik.  Ada juga haiwan yang "terkacuk" secara tidak sengaja seperti kes lebih 10 tahun dahulu iaitu antara seladang jantan dengan lembu betina di sebuah ladang penternakkan di Malaysia.  Hasil kacukkan itu diberinama "SELEMBU" ( Seladang + Lembu).

Gambar di atas juga adalah kacukkan bukan dirancang.  Agaknya apalah yang akan jadi? Macam manalah rupanya anak binatang tu?

Segmen Satu Gambar Bercerita : Komputer

 
 Baboon pun dah tahu guna komputer.

Assalamualaikum...
Komputer dalam era tahun 1980 hingga penghujung 1999 adalah satu alat yang boleh dianggap mewah.  Harganya yang "mahal", menjadikannya satu penanda aras tahap kewangan seseorang kerana tidak semua orang yang mempunyai kemampuan dan kemahiran menggunakan komputer. Dalam tahun berkenaan, harga komputer terpakaipun masih lagi dianggap mahal.

Kini, apabila Malaysia mula memberi tumpuan pada bidang pengkomputeran serta menjadikannya salah satu bidang keberhasilan negara, rakyat semakin mudah mendapatkan akses komputer dan internet bermula dengan usaha penubuhan MSC, hingga kini dilihat semakin melonjakkan pengetahuan masyarakat pada penggunaan komputer. 

Seperti juga harga pada "hand phone", harga komputer semakin murah dalam masa yang sama spesifikasinya juga agak memuaskan.  Malah, komputer terpakai dan mempunyai spesifikasi yang baik boleh didapati dengan mudah dan pelbagai pilihan.  Cuma kita harus mengenalpasti barangan komputer dan cara-cara penggunaannya sebelum membuat keputusan untuk membeli set komputer, agar tidak mudah berlakunya penipuan dari penjualnya.

Jika kini, ada yang tidak tahu menggunakan komputer adalah dianggap sesuatu yang pelik, kerugian dan ketinggalan dalam arus kemodenan.

Kucing yang sedang asyik menggunakan laptop dan tetikusnya.

HootBar : transformasi jenama TwitterBar


Assalamualaikum...

Pasti ramai yang sudah mengenali aplikasi web Twitter, namun masih ramai juga yang tidak memasang aplikasi tambahan TwitterBar pada pelayar internet (web browser) di komputer masing-masing.

TwitterBar adalah sebuah aplikasi kecil yang membolehkan pengguna Twitter mengemaskini status hanya melalui pelayar web tanpa perlu "log in" melalui laman web Twitter.

Kini TwitterBar telah ditukarkan kepada HootBar dan ianya secara automatik telah dipasang pada pelayar web yang sedia ada memasang TwitterBar.  Kelainan yang dibawa oleh HootBar ialah para pengguna boleh menyebarkan mesej-mesej, memantau perbualan dan mengesan kemaskini dari seluruh rangkaian sosial termasuk Twitter, Facebook, Linkedin dan banyak lagi.

Dengan akaun HootSuite yang boleh didaftar secara percuma, pengguna akan mendapatkan manfaat dari:
  • Akses semua profil web sosial untuk mengemaskini dan memantau dari satu "dashboard" 
  • Kemaskini di mana jua melalui laman web atau platform mudahalih seperti BlackBerry, iPhone, iPad dan Android 
  • Penyingkat URL yang telah sedia ada
  • Draf dan penjadualan mesej untuk dihantar kemudian 
  • Klik-statistik URL, Google Analytics dan Facebook
Antara organisasi popular yang telah menggunakan aplikasi baru ini ialah Facebook, The Martha Stewart Show dan The White House.

Untuk mencuba aplikasi HootBar ini, sila klik gambar di bawah :


Segmen Satu Gambar Bercerita : Kek

Assalamualaikum....


Segmen kali ini bertemakan kek.  Selalunya kek akan menjadi sajian pilihan dalam jamuan atau majlis tertentu seperti sambutan ulangtahun kelahiran, ulangtahun penubuhan organisasi atau syarikat dan juga lain-lain tujuan peribadi.

Selalunya juga semasa majlis jamuan pengantin, akan ada acara memotong kek pengantin sebagai meraikan perkahwinan yang baru dijalinkan.  Namun jika berlakunya perceraian, tidak pula diadakan majlis khas untuknya dan juga tiada "kek pengantin bercerai".  Ada sesiapa yang sanggup makan kek seperti di atas?

Segmen Satu Gambar Bercerita : Kasut

Assalamualaikum...

Pada kali ini saya memperkenalkan segmen khas untuk berkongsi cerita disebalik gambar terpilih yang dipaparkan dalam blog ini.  Ada masanya hanya dengan gambar sahaja, pelbagai penceritaan boleh diwujudkan sehingga kita sering mendengar kata-kata seperti "satu gambar sejuta kata-kata".  Gambar pertama untuk saya kongsikan ialah bertajuk "Kasut".


Siapakah yang sanggup pakai kasut begini ke tempat kerja atau ke majlis jamuan makan malam di hotel...?.  Masih perlu berstokin?   :-)

Promosi

Babab.net