Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dirinya seperti tunggul pada Perhimpunan Agung Umno 2015 kerana dilarang berucap semasa perhimpunan tersebut. 
 
Beliau berkata demikian ketika hadir memberi sokongan kepada sembilan ketua cawangan Umno Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil oleh lembaga disiplin parti di Pejabat Umno di Menara Dato' Onn  hari ini.