Wira perlawanan akhir Piala Malaysia menandatangani kontrak baru


Seperti status di Twitter Ahmad Hazwan Bakri, wira Selangor pada final Piala Malaysia, telah menandatangani kontrak baru dengan Red Giants.  

Tidak sampai 24 jam selepas menjaringkan dua gol yang membantu Selangor mengangkat gelaran Juara Piala Malaysia kali ke 33, yang telah lama ditunggu-tunggu pada hari Sabtu lalu, penyerang kelahiran Labuan telah dipetik oleh laman web rasmi Selangor sebagai berkata bahawa beliau telah menandatangani kontrak baru untuk musim 2016.

"Kontrak saya dengan Selangor bakal berakhir pada tahun 2015, tetapi saya telah menandatangani kontrak baru yang akan melihat saya tinggal di Selangor untuk musim akan datang," kata penyerang berusia 24 tahun itu.

Beliau menyertai Selangor pada awal musim 2014 apabila beliau meninggalkan program Harimau Muda yang sebelum itu beliau telah bermain untuk Kuala Lumpur sehingga tahun 2012. 

Pada musim Piala Malaysia yang baru berakhir, Hazwan menjaringkan empat gol termasuk dua gol pada perlawanan akhir. Baru-baru ini, sebelum Suku Akhir Piala Malaysia, Hazwan telah menjadi perhatian ramai apabila beliau menyertai semula pasukannya di Kuching untuk menghadapi Sarawak selepas perkahwinannya, dan menangguhkan bulan madu beliau.


Related Posts:

  • Tekad membara Safee Sali Penyerang skuad bola sepak Malaysia, Safee Sali berazam untuk mengulangi sejarah kemenangan menentang Vietnam dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 apabila mereka bertemu lagi selepas empat tahun di Sta… Read More
  • Singapura vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2014 Group B Perlawanan ke tiga dalam kumpulan B antara Singapura menentang Malaysia di Singapore National Stadium, pada 29 November 2014, jam 8.00 malam. Ini adalah perlawanan penting yang merupakan penentuan perjalanan bagi pasuk… Read More
  • Terima Kasih Ultras Malaya Segalanya sudah tamat pada 29 November 2014 lalu.  Malaysia telah menewaskan Singapura dengan keputusan tiga gol berbalas satu.  Sememangnya ia suatu perlawanan yang rancak dan mendebarkan bagi penyokong dan pe… Read More
  • Dah tengok video pemain bola sepak Singapura mengamuk?   Kalah atau menang adalah rezeki yang Tuhan berikan pada hambanya yang layak mendapat sesuatu pada kadar yang telah diusahakan.  Dalam Islam kita disarankan agar memahami konsep "qada dan qadar" iaitu menerima … Read More
  • Gelagat penyokong ketika Malaysia kalahkan Singapura Sememangnya pertembungan antara Singapura dan Malaysia di perlawanan terakhir kumpulan B dalam kejohanan bola sepak AFF Suzuki Cup 2014 amat menggerunkan peminat dan penyokong Harimau Malaya di tanahair.   Ke… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan