
 TOKYO - JEPUN. Bagi menggelakkan telefon pintar penuh dengan kotoran 
dan bakteria, sebuah syarikat pengeluar telefon di Jepun telah mencipta 
sebuah telefon pintar yang boleh dibasuh dengan sabun.
 Telefon pintar kalis air sudah mula dipasarkan namun Syarikat KDDI 
berkata, rekaan yang dinamakan 'Digno Rafre" akan dilancarkan secara 
rasmi di Jepun pada minggu depan hadapan dan akan menjadikan 
satu-satunya telefon pintar yang boleh dibasuh dengan sabun.
 "Pasukan pembangunan rekaan kami telah membasuh telefon pintar tersebut
 lebih 700 kali untuk menguji ketahanannya," kata jurucakap syarikat 
kepada AFP.
 Telefon pintar tersebut dicipta untuk ibu -bapa yang sentiasa mahukan 
telefon bimbit bebas bakteria dan selamat untuk anak-anak.
 Namun, menurut jurucakap syarikat, hanya beberapa jenis sabun yang 
boleh digunakan untuk membasuh telefon tersebut dan hanya akan dijual di
 Jepun buat masa ini.
Sumber : Sinar Harian









 
 
 

 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

