Apabila yang miskin tidak sedar diri...

Apabila yang miskin tidak sedar diri...

Assalamualaikum...

Kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini berlaku pada tahun lepas.  Artikelnya telah saya taipkan tetapi lupa untuk diterbitkan.  Walaupun ia cerita tahun lepas, namun pengajarannya boleh diambil iktibar sepanjang masa.

Pada 12 Desember 2009 yang lalu, ada seorang ustaz yang bekerja di Jabatan Agama di Alor Gajah, datang ke kedai saya untuk bertanya seterusnya mendaftar bisnes jual beli topup prepaid.  Dalam pada itu kami berborak dalam pelbagai perkara yang berkaitan.  Sehinggalah apabila kami berada di Maybank untuk menunjukkan kepada beliau mengenai penggunaan sistem MyeCash di dalam mesin ATM Maybank.

Ustaz tersebut menceritakan bagaimana kisah seorang miskin yang mendapat bantuan dari Jabatan Agama dalam bentuk menjalankan perniagaan menternak lembu.  Malangnya si miskin itu tidak nampak potensi yang lumayan sekiranya dia menjalankan perniagaan penternakkan lembu.  Beliau menjualkan lembu serta kandangnya sekali.  Si miskin itu lebih mencari "wang" segera dari berusaha membentuk ekonomi yang boleh menjamin masa depan diri dan keluarganya. Ini amatlah merugikan.

Ini menunjukkan sindrom "ingin cepat kaya ataupun senang" dilihat masih membelenggu "orang kita".  Seperti contoh di atas, sekiranya si miskin itu terus menjalankan perniagaan menternak lembu, apabila tiba masanya dia boleh menjual lembu tersebut, terutamanya
Kepimpinan baru Kelab Usahawan GIATMARA Melaka sesi 2010 - 2013

Kepimpinan baru Kelab Usahawan GIATMARA Melaka sesi 2010 - 2013

Assalamualaikum...

Pada hari Ahad lalu (14-02-2010), berlangsungnya Mesyuarat Agung Kelab Usahawan GIATMARA Melaka di Dewan GIATMARA Kota Melaka. 

Jemaah kepimpinan yang baru telah dipilih oleh ahli-ahli kelab yang hadir dan atas permintaan ahli-ahli kelab serta kuasa yang ada pada Pengerusi KUG Melaka yang baru iaitu En Mas Ramizu, saya telah diminta untuk menganggotai Ahli Jawatan Kuasa KUG Melaka bagi sesi tahun 2010 - 2013.

Secara peribadinya saya lebih suka berkhidmat di balik tabir, memandangkan saya tidak gemar untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.  Cara saya ialah lebih kepada membantu secara senyap pada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan yang saya tawarkan.

Walauapapun, saya menerima perlantikkan ini dengan "berlapang dada" dan akan cuba memberi khidmat yang menyeluruh bagi memperkasakan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka dalam usaha membentuk jemaah usahawan dari lepasan GIATMARA Melaka yang lebih dinamik serta bersatu-padu.

Saya turut mendoakan semoga jemaah kepimpinan KUG Melaka yang baru ini dapat memperbaiki ketirisan yang berlaku dalam sebarang aktiviti tahun sebelum ini dan dapat membuktikan bahawa GIATMARA mampu membekalkan usahawan yang berkualiti bagi menjadi pemangkin ekonomi Malaysia ke tahap global.
Mana satu yang boleh pakai..?

Mana satu yang boleh pakai..?

Assalamualaikum...

Segala urusan saya semasa perjumpaan dengan Pengarah MARA Negeri Melaka telah selesai dengan baik.  Tetapi terdapat kemusykilan terhadap penyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka, yang jelas bercanggah dengan kata-kata dari Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah kepada saya pada perkara pembayaran sewa premis.

Saya telah diberitahu oleh Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah, bahawa pihaknya sedia menerima pembayaran sewa premis walaupun jumlah yang dibayar itu tidak memenuhi kadar semasa yang ditetapkan.  Menurut cerita pengarah itu, ada penyewa premis MARA di Melaka yang hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM30.00 pada bulan berkenaan kerana kemerosotan yang agak drastik semenjak pemindahan stesyen bas ke tapak yang terkini iaitu Melaka Sentral.  Dia hanya mampu membayar sewa sebanyak RM10.00 sahaja.

Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah menjelaskan bahawa beliau menerima berapa sahaja yang termampu dibayar penyewa asalkan rekod pembayaran menunjukkan ianya dibuat secara berterusan.  Yang anehnya, lain pula cerita yang diperkatakan oleh Pengarah MARA peringkat Negeri Melaka.  Beliau mengatakan sewa wajib dibayar secara penuh, hanya tunggakkan sahaja yang dibenarkan dibayar dalam jumlah yang termampu. 

Dengan keadaan ekonomi semasa dan tahap perbelanjaan orang ramai yang semakin merosot, pendapatan para perniaga tidak menentu, lebih-lebih lagi pinjaman perniagaan seakan dibekukan.  Ini menyekat perkembangan usahawan baru seperti saya, yang benar-benar ikhlas menjalankan perniagaan.  Saya tidak memiliki "kabel" dalam mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta seperti yang dimiliki oleh sesetengah "usahawan besar" yang lain. 

Sebaliknya saya sedaya upaya bertahan dalam bidang perniagaan tanpa sokongan yang mencukupi dari pihak-pihak yang banyak berjanji pada awalnya, bahkan keluarga sendiri tidak menyokong "anak Melayu" ini berniaga...

Promosi

Babab.net