Assalamualaikum...
Pada hari Ahad lalu (14-02-2010), berlangsungnya Mesyuarat Agung Kelab Usahawan GIATMARA Melaka di Dewan GIATMARA Kota Melaka.
Jemaah kepimpinan yang baru telah dipilih oleh ahli-ahli kelab yang hadir dan atas permintaan ahli-ahli kelab serta kuasa yang ada pada Pengerusi KUG Melaka yang baru iaitu En Mas Ramizu, saya telah diminta untuk menganggotai Ahli Jawatan Kuasa KUG Melaka bagi sesi tahun 2010 - 2013.
Secara peribadinya saya lebih suka berkhidmat di balik tabir, memandangkan saya tidak gemar untuk menonjolkan diri di khalayak ramai. Cara saya ialah lebih kepada membantu secara senyap pada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan yang saya tawarkan.
Walauapapun, saya menerima perlantikkan ini dengan "berlapang dada" dan akan cuba memberi khidmat yang menyeluruh bagi memperkasakan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka dalam usaha membentuk jemaah usahawan dari lepasan GIATMARA Melaka yang lebih dinamik serta bersatu-padu.
Saya turut mendoakan semoga jemaah kepimpinan KUG Melaka yang baru ini dapat memperbaiki ketirisan yang berlaku dalam sebarang aktiviti tahun sebelum ini dan dapat membuktikan bahawa GIATMARA mampu membekalkan usahawan yang berkualiti bagi menjadi pemangkin ekonomi Malaysia ke tahap global.
Kepimpinan baru Kelab Usahawan GIATMARA Melaka sesi 2010 - 2013
By Admin at 12:51:00 pm
Related Posts:
iPhone 8 bakal dilancarkan? Apple dikatakan bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu iPhone 8 antara September hingga November 2017. Sempena menyambut ulang tahun iPhone ke-10, Apple dijangka menampilkan peranti pintar paling radikal denga… Read More
Resipi Kek Kukus Milo Resipi ini adalah ringkas dan mudah untuk dibuat kerana ia menggunakan bahan yang selalunya telah sedia ada di dapur mereka yang berkeluarga. Bahan-bahan - 1 cawan milo - 1 cawan gula - 1 cawan susu pekat manis - 1 c… Read More
Resipi Ayam Goreng macam KFC / Mc Donald's Sekali-sekala kalau makan di restoran makanan segera memang enak. Tapi kalau selalu sangat pergi, boleh "senak" dibuatnya. 😅😁 Oleh itu di bawah ini, saya paparkan resipi buat ayam goreng ala-ala Mc Donald's atau KFC.… Read More
Kek Kukus Cheese Coklat Bahan A -1 cawan gula -1 cawan susu cair -1 cawan koko -1/2 cawan susu pekat -1 cawan minyak Campur semua bahan di atas dan dimasak menggunakan api yang sederhana dan kacau sehingga sebati. Kemudian tutup api … Read More
Blog sedang diselenggara Assalamualaikum, salam sejahtera. Sejak saya mula berblogging sejak tahun 2007, sudah lebih 10 kali rasanya saya sudah menukar template blog peribadi saya ini. Pada hari ini saya sekali lagi memulakan proses selenggara bl… Read More