Assalamualaikum...
Segala urusan saya semasa perjumpaan dengan Pengarah MARA Negeri Melaka telah selesai dengan baik. Tetapi terdapat kemusykilan terhadap penyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka, yang jelas bercanggah dengan kata-kata dari Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah kepada saya pada perkara pembayaran sewa premis.
Saya telah diberitahu oleh Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah, bahawa pihaknya sedia menerima pembayaran sewa premis walaupun jumlah yang dibayar itu tidak memenuhi kadar semasa yang ditetapkan. Menurut cerita pengarah itu, ada penyewa premis MARA di Melaka yang hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM30.00 pada bulan berkenaan kerana kemerosotan yang agak drastik semenjak pemindahan stesyen bas ke tapak yang terkini iaitu Melaka Sentral. Dia hanya mampu membayar sewa sebanyak RM10.00 sahaja.
Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah menjelaskan bahawa beliau menerima berapa sahaja yang termampu dibayar penyewa asalkan rekod pembayaran menunjukkan ianya dibuat secara berterusan. Yang anehnya, lain pula cerita yang diperkatakan oleh Pengarah MARA peringkat Negeri Melaka. Beliau mengatakan sewa wajib dibayar secara penuh, hanya tunggakkan sahaja yang dibenarkan dibayar dalam jumlah yang termampu.
Dengan keadaan ekonomi semasa dan tahap perbelanjaan orang ramai yang semakin merosot, pendapatan para perniaga tidak menentu, lebih-lebih lagi pinjaman perniagaan seakan dibekukan. Ini menyekat perkembangan usahawan baru seperti saya, yang benar-benar ikhlas menjalankan perniagaan. Saya tidak memiliki "kabel" dalam mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta seperti yang dimiliki oleh sesetengah "usahawan besar" yang lain.
Sebaliknya saya sedaya upaya bertahan dalam bidang perniagaan tanpa sokongan yang mencukupi dari pihak-pihak yang banyak berjanji pada awalnya, bahkan keluarga sendiri tidak menyokong "anak Melayu" ini berniaga...
Mana satu yang boleh pakai..?
By Admin at 1:10:00 pm
Related Posts:
Nasihat TMJ pada persatuan bola sepak negeri dan FAM Berikut merupakan ucapan dari Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang ditujukan untuk pengurusan persatuan bola sepak di Malaysia dan juga kepada pihak FAM. Ucapan ini dipeti… Read More
Keputusan Piala AFF Suzuki Kumpulan B Malaysia vs Myanmar Keputusan perlawanan kumpulan B antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Jalan Besar, Singapura, 23 November 2014. Siaran langsung turut disiarkan secara live menerusi saluran TV3 dan Astro Arena (801) yang sepatutnya ber… Read More
Piala AFF Suzuki Kumpulan B Malaysia vs Thailand Keputusan perlawanan kedua Malaysia, yang menentang Thailand (kumpulan B) di Stadium Jalan Besar, Singapura, 26 November 2014. Tamat Malaysia 2 - 3 Thailand 28' Gol Malaysia 43' Gol Thailand 61… Read More
Ulasan perlawanan Malaysia dan Myanmar - AFF Suzuki Cup 2014 Pasukan Malaysia telah dikurangkan kepada 10 pemain di pertengahan permainan separuh pertama tetapi terus berjuang dengan gah untuk seri 0-0 menentang Myanmar dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di AFF Suzuki Cup pada … Read More
Beza lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal dengan Riverside - Agnes Obel Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu atau pernah kenal lagu Riverside nyanyian Agnes Obel. Kata beliau lagi lagu Arjuna Beta dihasilkan dari jiwa… Read More