Cara paling mudah kupas kulit kentang


Kentang telah menjadi salah satu bahan makanan sampingan yang diminati semua golongan. Antara produk dari hasilan kentang ialah jejari kentang goreng dan kentang putar. Ramai orang yang memanfaatkan kentang sebagai makanan alternatif untuk membantu program diet mereka. 

Ia kerana kentang kaya akan karbohidrat hampir sama seperti nasi atau gandum, namun dengan jumlah kalori yang lebih sedikit. Selain itu, kentang mengandung vitamin dan mineral yang tinggi sehingga bermanfaat untuk kesihatan tubuh. 

Adakalanya proses membuang atau mengupas kulit kentang merumit serta leceh bagi sesetengah orang. Namun dalam artikel ini saya kongsikan kepada anda kaedah yang mudah dan mungkin juga menyeronokkan dalam proses mengupas kulit kentang. Lihat videonya di bawah :

video



Kita perlukan penyampaian khutbah yang BERTENAGA!


Khutbah sering dikaitan dengan solat Jumaat namun ada beberapa lagi khutbah yang lain seperti khutbah nikah, khutbah ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha.

Definisi dari segi bahasa

" Khutbah " , secara bahasa , adalah ' perkataan yang disampaikan di atas mimbar ' . Adapun kata " khitbah " yang seakar dengan kata " khutbah " ( dalam bahasa Arab ) bererti ' melamar wanita untuk dinikahi ' . " Khutbah " berasal dari bahasa Arab yang merupakan kata bentukan dari kata " mukhathabah " yang bererti ' perbincangan ' . Ada pula yang mengatakannya berasal dari kata " al - khatbu " yang bererti ' perkara besar yang diperbincangkan ' , kerana orang - orang Arab tidak berkhotbah kecuali pada perkara besar .

Definisi dari segi istilah

Sebahagian ulama mendefinisikan " khutbah " sebagai ' perkataan tersusun yang mengandungi nasihat dan maklumat ' . Akan tetapi , definisi ini terlalu umum . Adapun definisi yang lebih jelas ialah definisi yang diberikan oleh Dr . Ahmad Al - Hufi iaitu , ' Cabang ilmu atau seni bercakap di hadapan banyak orang dengan tujuan meyakinkan dan mempengaruhi mereka ' . Dengan demikian , khutbah harus disampaikan secara lisan di hadapan banyak orang dan harus meyakinkan dengan hujah - hujah yang kuat serta memberikan pengaruh kepada pendengar , baik itu berupa motivasi atau peringatan .

Khutbah Jumaat pada masa kini sama ada khutbah Jumaat atau solat sunat hari raya, ia dilihat hambar, lesu dan mendodoikan para jemaah. Terutamanya pada khutbah solat Jumaat, boleh dilihat betapa ramainya jemaah yang telah hilang kepalanya seolah-olah termasuk ke dalam tengkuk seperti kura-kura yang berkemampuan untuk memasukan kepalanya ke dalam cengkerangnya.

Khutbah pada masa kini telah diseragamkan denga teks khutbah yang sama di dalam daerah atau negeri tertentu. Ia dibuat atas alasan menjaga isi kandungan khutbah dari diselewengkan imam dengan menyampaikan perkara yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Lantaran itu ia kedengaran sangat statik dan tidak dinamik. Ini membuatkan jemaah cepat mengantuk. Isi kandungan khutbah seperlunya berdasarkan permasalah atau perihal penduduk setempat di kawasan kariah masjid itu. Ini lebih afdal kerana secara tak langsungnya imam dapat menegur dan menyampaikan penyelesaian masalah masyarakat setempat mengikut syariah.

Di bawah ini merupakan salah satu contoh khutbah yang bertenaga dan menyegarkan mata orang yang mengantuk.  Juga membuatkan apa yang ditegur cepat sampai dan masuk ke dalam qalbu jemaah  :


video


*Komen:

- sila fahamkan isi kandungan yang tersirat disebalik teguran keras imam yang berkhutbah itu

- khutbah yang bertenaga bukan bermakna imam kena terjerit-jerit tetapi imam kena bijak memainkan intonasi suara serta pandai "memainkan emosi" jemaah agar lebih menjiwai apa yang disampaikannya.

Sidek Hussain (pelakon) meninggal dunia


Pelakon Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di sisi isterinya, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 11.55 malam (27 April 2014), akibat kanser tahap empat. Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser di pipinya semakin serius dan kesan sampingan daripada penyakit itu telah merebak ke seluruh badan.
 
Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru. Allahyarham pernah membintangi filem Karak terbitan KRU Studios dan beberapa lagi filem tempatan.

Al-Fatihah.



Berikut adalah antara filem yang arwahyarham pernah berlakon :

2013: Paku Pontianak - (Pelakon Pembantu)

2011: Rasuk - (Utama Pelakon / Pelakon)

2011: Karak - (Pelakon Pembantu)

2007: Orang Minyak - (Pelakon Pembantu)

1991: Bintang Malam - (Pelakon Pembantu)

1984: 13 Mei - (Pelakon Pembantu)

1982: Langit Petang - (Pelakon Pembantu)

1981: Toyol - (Pelakon Utama / Pelakon)

1981: Fotograf Maria - (Pelakon Utama / Pelakon)


Kelebihan zikir 'la-illahaillallah'


Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah “La-ilahaillallah” ertinya “Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah”. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Zikir yang paling utama ialah “La-ilahaillallah” dan doa yang mulia ialah “Al-Hamdulillah”.

Kelebihan :

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. 

Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dari api Neraka Jahanam.

4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

Resepi Biskut Tutku (Turkey)

 
Biskut Tutku  (Tutku biscuit)

Tutku adalah biskut tradisional negara Turkey berbentuk seperti roda yang menarik dengan inti coklat cair. Kanak-kanak pastinya sangat menyukainya. Dewasa sering mengidamkan biskut ini. Ia kelihatan hebat dan comel di atas pinggan untuk dijadikan sebagai makanan ringan pada waktu pagi atau minum petang.

Dalam artikel kali ini saya berkongsikan resepi dengan pembaca akan resepinya. Sukar juga saya mencari dan merujuk dari pelbagai sumber dan akhirnya saya bertanya kepada seseorang dari luar negara. Dia adalah seorang Muslim Jerman yang ada perkaitan dengan negara Turkey. Terima kasih kepada beliau atas resepi yang diberitahu olehnya pada saya. 

Asalnya di dalam bahasa Inggeris serta mungkin ada bahasanya yang tidak tepat tetapi saya cuba terjemahkannya dan membuat penambahbaikkan mengikut pemahaman saya ke dalam bahasa Melayu sebaik mungkin.  Mohon maaf andai ada bahagian penerangan yang anda kurang faham.

Bahan-bahan

1 biji telur
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)

Cara Membuat :

1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.

2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda.  

3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.

4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain.  Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.

5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.


 *Saya cuma berkongsi resepi. Sebarang pertanyaan mengenai bagaimana itu, macam mana ini, saya tidak tahu.



----------------------------------


Klik pautan di bawah untuk mempelajari pembuatan kek yang istimewa :

Sensasi Kek Coklat



 

Rahsia sarang semut


Apakah rahsia sarang semut? Rahsia resepi kuihnyakah atau sarang semut yang sebenar. Untuk pengetahuan umum, di luar negara "sarang semut" dibuat kajian, cuma di Malaysia sahaja dibuat sebagai biskut untuk dimakan.  Kalau "orang putih" dengau (loghat negeri Melaka bagi perkataan "dengar"), mesti mereka akan terkejut dan berkata "WTH.....!!!".

Namun pada kali ini, atmosfera artikel saya bukanlah berkisarkan mengenai perkongsian resepi kuih atau biskut sarang semut, tetapi ia berkenaan dengan sarang semut yang sebenar.  Di luar negara (dalam video lokasinya mungkin di Australia), saintis membuat pemerhatian terhadap semut yang membina sarangnya.

Mereka mengkaji bagaimanakah rupanya "teknologi" dan bandar empayar sesebuah kerajaan semut dibina.  Mereka mengambil masa 3 hari dengan menuangkan bancuhan simen khas ke dalam lubang semut sehinggakan ia telah mencecah sebanyak 10 tan.

Selepas sebulan, mereka menggali di sekitar kawasan sarang semut itu bagi melihat keadaan sarang semut yang telah dituangkan bancuhan simen khas. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, sila tonton video di bawah :

video


Bas melanggar penjual roti bermotorsikal


Seorang penjual roti mengalami kemalangan akibat dilanggar sebuah bas pada lebih kurang pukul 5.30 petang di kawasan berhampiran perkampungan. Dia tercampak dari motor rotinya dan termasuk ke dalam sebuah longkang yang dalam.

Roti yang diniagakan banyak bertaburan di atas jalan raya disamping motornya yang tersadai di tengah jalan raya berkenaan. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya, dia terus merintih kesakitan dan cuba memanjat untuk keluar ke bahu jalan namun gagal.

Seketika kemudian datang orang kampung menghampirinya dan bertanya :

"Ada apa ni encik?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan, penjual roti itu berkata,

"Adaa rotii kejuuu... Adaaa rotii coklaatt...Maacam-macaam ada....."




Penafian MRT Corp tentang kenderaan jatuh dalam lubang di Jalan Bukit Bintang


Susulan kejadian mendapan tanah yang berlaku pagi pada 23 April 2014 (Rabu), laluan Jalan Bukit Bintang (menghala ke Jalan Tun Razak) antara Chulan Square dan Menara Worldwide telah ditutup pada hari yang sama.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata penutupan jalan raya telah dilaksanakan dengan serta-merta selepas Kontraktor Kerja Projek MRT Bawah Tanah KVMRT (T ) Sdn Bhd mengesan mendapan di bawah laluan pejalan kaki.

"Setelah mengesan mendapan, kontraktor dengan segera mengerahkan Pasukan Kecemasan (ERT) ke lokasi dan menghubungi pihak berkuasa.

"Keputusan dibuat berdasarkan kepada prosedur operasi standard projek MRT untuk menutup laluan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang arah Jalan Tun Razak bagi mengurangkan risiko terhadap orang awam.

"Pihak polis dan kakitangan ERT juga telah dikerahkan ke lokasi untuk mengawal laluan trafik," kata MRT Corp di dalam satu kenyataan media.

MRT Corp berkata penutupan , yang bermula dari jam 9 pagi, adalah supaya membolehkan kerja-kerja pengukuhan tanah dijalankan. MRT Corp turut berkata Jalan Bukit Bintang ditutup sehingga pukul 6 pagi, 24 April  2014.

"Semasa penutupan jalan itu, laluan trafik kontra telah dilaksanakan dengan kenderaan dari Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak diarahkan ke dua lorong yang bertentangan (menghala ke Bukit Bintang). "Dua lagi lorong masih terbuka untuk kenderaan yang menghala ke  Bukit Bintang."

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata mendapan itu tidak menyebabkan lubang besar sehingga membolehkan kereta jatuh ke dalamnya atau kerosakan harta benda.

"Kami segera menutup jalan itu apabila tanda-tanda awal mendapan ditemui oleh kakitangan, mengikut prosedur operasi standard kami.

"Saya menafikan semua khabar angin yang mengatakan bahawa kereta telah jatuh ke dalam lubang. Saya menyeru sesiapa yang sedang menyebarkan khabar angin itu untuk menghentikan kelakuan yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia boleh membuatkan orang ramai panik," katanya.


Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif untuk mengelakkan kawasan itu.

"Trafik dari Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak boleh menghala ke Jalan Imbi di Chulan Square, dan kemudian pusing kiri ke Jalan Inai, kemudian kiri sekali lagi ke Jalan Kampung dan memasuki semula Jalan Bukit Bintang di lampu trafik di mana mereka boleh belok kanan untuk menuju ke Jalan Tun Razak.

"Secara alternatif, pemandu boleh terus ke Jalan Inai dan  seterusnya sampai ke jalan Tun Razak.

"Satu lagi laluan alternatif adalah dengan meneruskan perjalanan di Jalan Imbi dan beralih kiri di jalan masuk SMART Tunnel, dan meneruskan perjalanan ke Bulatan Kampung Pandan di mana mereka boleh pergi ke Jalan Tun Razak."

Lebih pening dari Keluarga 69 ?


Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.

Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,

Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri.

Aku sendiri naik pening menterjemahkan semua nih...!



*Ini adalah hikayat rekaan sahaja tetapi tidak mustahil ia boleh atau ada berlaku dalam masyarakat kita.

Solat Hajat & Bacaan Yasin di Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim‏


Assalamualaikum WBT,
Dengan segala hormatnya, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Menjemput Saudara / Saudari ke Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24.4.2014 (Khamis)

Masa: 7:15 pm 

Lokasi:  Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim 
             11, Jalan 3/61 Bukit Segambut Dalam,
             51200 Kuala Lumpur.

* Solat Maghrib di Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sekian, Terima Kasih.

Nazmi perkuatkan midfielder Red Giant


Selangor berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah kebangsaan dari PKNS, Nazmi Faiz Mansor bagi memperkuatkan cabaran menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini. Nazmi menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Red Giants dalam satu majlis ringkas yang disaksikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad, Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim serta ayah dan abang beliau Mansor Mustapha dan Farhan Mansor di Kelana Jaya pada 21 April 2014.

Sambil mengakui kehadiran Nazmi bakal memberi memberi nafas baru kepada jentera tengah Selangor yang kehilangan khidmat seorang lagi pemain kebangsaan, K Gurusamy yang terpaksa berehat 6 bulan akibat kecederaan ACL, Rosman yakin akan impak yang dapat diberikan oleh anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini.

Umum mengetahui kualiti yang dimiliki Nazmi. Kami berharap beliau akan dapat menyesuaikan diri dengan corak taktikal jurulatih (Mehmet Durakovic) dan membentuk persefahaman jitu bersama rakan-rakan sepasukan yang lain. Paling penting, sebagai pemain muda yang meningkat naik, disiplin tinggi dan keinginan untuk bekerja kuat diperlukan bagi meningkatkan lagi mutu permainan beliau.

Kami yakin, jika semua itu dapat beliau tunjukkan, tidak mustahil kehadirannya akan membantu Selangor menjulang kejuaraan musim ini, tambah Rosman lagi.

Baru berusia 20 tahun, Nazmi akan memakai jersi nombor 8 dan dijangka memulakan latihan pertama bersama skuad Merah Kuning esok biarpun tidak akan bermain dalam aksi terakhir Selangor dalam saingan Piala AFC menentang Maziya Sports & Recreation, Rabu ini.


*Sumber : Selangor FA

 

Video Raja Bomoh tawar diri pulihkan lebuhraya


Sekali lagi seseorang yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mengambil peluang untuk memperagakan kebolehannya dalam dunia perubatan mistik dengan menawarkan dirinya untuk memulihkan keadaan lebuhraya sekitar Gua Tempurung sehingga ke Simpang Pulai dan juga lebuhraya pantai timur dari kemalangan akibat gangguan "makhluk halus dan misteri".  Untuk itu beliau mengatakan akan menggunakan helikopter disepanjang laluan lebuhraya berkenaan.

Menurut beliau hal ini terjadi kerana jalanraya yang dibina tersebut telah merentasi hutan yang menjadi tempat tinggal makhluk berkenaan.  Beliau juga meminta kerjasama dari pihak berkuasa seperti PDRM dan PLUS agar menyokong usaha beliau untuk memulihkan keadaan lebuhraya agar ia kembali selamat digunakan. Dengan "murah hatinya", beliau menawarkan perkhidmatan ini secara percuma.


video


Mana satu terlebih seksa?

Mana satu lebih seksi-seksa?
Dalam tahun 2014 ini, pelbagai cerita dan peristiwa hangat berlaku di Malaysia. Hangat di arena blogging, website hiburan dan Facebooker dengan pelbagai teori serta teguran.

Perkara hangat terbaru pada masa ini ialah fesyen yang dipakai oleh Rebecca Nur Islam semasa menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

Apa yang dipakai oleh artis ini dilihat sangat tidak sesuai dipakai oleh umat Islam dan beliau seperti tidak mampu "membawa" atau "menggunakan" perkataan Islam pada namanya.  Cahaya Islam dalam kehidupan seperti samar-samar.  Apakah ini yang dikatakan merdeka?.


*Komen :
  • Semoga "Nur Islam" (cahaya Islam) benar-benar memancar dan menerangi qalbunya.
  • Harap beliau segera sedar perkara ini dan segera mengubahnya ke arah pemakaian serta tingkah-laku yang lebih mesra syariah.
  • Selain dari sendiri, suami Rebecca perlu menegur dan melarang isterinya dari berpakaian sebegini di luar bilik tidur mereka.

Cerucuk besi menembusi pipi kanak-kanak

 
"harapkan penutup longkang, penutup longkang tak boleh diharap" 

SEORANG murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, Sabah jam 12.30 tengah hari, 21 April 2014.

Kanak-kanak itu diselamatkan oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah setelah mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.51 tengah hari. 

Beberapa orang anggota JBPM kemudiannya tiba di lokasi lima minit kemudian, bagaimanapun pihak JBPM tidak berjaya melakukan sebarang operasi dan hanya mengiringi kenderaan orang awam yang membawa mangsa ke Rumah Sakit Queen Elizabeth.


Dari makluman Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika kejadian, sesi persekolahan telah berakhir dan mangsa dikatakan bermain dengan rakannya sementara menunggu kenderaan yang menjemput mereka pulang sampai.

Bagaimanapun ketika sedang bermain, salah seorang rakan mangsa telah terpijak hujung cerucuk (batang besi) penutup longkang dan ianya ternaik lalu menusuk pipi mangsa.






*KOMEN :

-Penyelenggaraan besi penutup longkang yang diabaikan

-Kualiti jenis penutup longkang yang perlu dikaji semula penggunaannya

Video komen DSAI mengenai mendiang Karpal Singh


Seperti yang dirakamkan ketika ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Jalan Kubur, Pantai Dalam pada 19 april 2014, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa, mendiang Karpal Singh yang menjadi peguam bela hampir semua kesnya selama 15 tahun tidak pernah meminta sebarang bayaran guaman.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Karpal Singh bertindak demikian kerana ingin menuntut bela terhadap penganiyaan yang telah menimpa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.


video


Serba sedikit mengenai mendiang Karpal Singh :

Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (28 Jun 1940 - 17 April 2014), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.

Beliau mengalami kemalangan dengan motosikal pada awal tahun 2005 menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Pada 17 April 2014, Karpal Singh disahkan maut dalam satu kemalangan awal pagi yang berlaku di KM 306 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada kira-kira 1:30 pagi.

Beliau yang berusia 73 tahun, juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu sebutan semula kes mahkamah sewaktu kemalangan itu berlaku. Beliau bersama rakannya Michael Cornandez dan dua penumpang lain termasuk anaknya Ram Karpal menaiki jenis kenderaan Toyota Alphard, dipercayai telah berlanggar dengan sebuah lori sebelum hilang kawalan.

Antara kenyataan beliau yang menjadi isu hangat ialah berkenaan dengan "negara Islam".  Karpal Singh menyatakan bahawa beliau tetap tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS meskipun sudah meminta maaf di atas kenyataannya yang menyebut langkah mayat saya dulu sebelum tegak negara Islam

Bagaimanapun, beliau bersetuju jika PAS terus memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi manakala kebebasan agama lain dihormati.


*Komen :

-Karpal Singh sememangnya seorang kafir yang mungkin tidak mengerti atau mengetahui dengan lebih terperinci mengenai undang-undang syariah dalam perlaksanaan sebuah negara Islam.

-Beliau dan rakyat yang bukan beragama Islam yang lain harus didekati dan diterangkan perihal sebenar "sebuah negara Islam yang menggunakan undang-undang Syariah".

-Namun yang lebih mendukacitakan ialah ada dari kalangan mereka yang beragama Islam menentang perlaksanaan undang-undang Syariah (atau lebih terkenal dengan panggilan Hudud).

-Undang-undang syariah merupakan satu undang-undang yang terlengkap dan terbaik di dunia kerana ia berpandukan wahyu dari Allah SWT. Ia melindungi bukan sahaja umat Islam bahkan orang kafir (non muslim) turut mendapat keadilan daripadanya.


Akhlak pewaris negara yang semakin lesu


Umum sedia maklum bahawa ramai remaja di Malaysia, terutamanya Melayu masa kini yang telah runtuh akhlaknya malah bangga dengan gaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama Islam yang asal. Para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu dimensi sosial yang kelam dan kekeliruan haluan diri akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat yang hampir tidak terkawal di negara ini.

Banyak pihak memperkatakan mengenai permasalahan sosial yang bermula dari golongan remaja hinggalah kepada dewasa. Antara masalah sosial yang dikenalpasti berlaku dengan meluas pada hari ini ialah seperti seks bebas yang bermula daripada pergaulan bebas, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum arak, lepak, lumba haram.

Malah terdapat juga penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri,merompak, merogol dan membunuh. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan berada di tahap membimbangkan. Ditambah lagi dengan tiada usaha yang jelas untuk melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya di dalam pentadbiran negara bagi menggantikan undang-undang warisan penjajah.

Beberapa faktor terjadinya perkara sebegini adalah seperti berikut :

  • Bercampur perkara halal dan haram sebelum dan semasa perkahwinan (kurang atau tiada keberkatan). 
  • Ibu bapa tidak membaca doa tertentu yang mengakibatkan syaitan menumpang kenikmatan dan masuk ke dalam benih ketika ibu bapa berjimak. 
  • Ibu bapa menyediakan makan minum untuk keluarga dengan sumber pendapatan yang meragukan dan duit halal bercampur dengan haram contohnya duit dari rasuah dan mengambil hak orang lain. 
  • Pendidikan agama dan akhlak Islam tidak diterapkan dalam keluarga.
  • Persekitaran yang kurang sihat semasa anak-anak membesar seperti contoh yang tidak baik dari ibu bapa serta persekitaran tempat tinggal yang rendah moralnya.
  • Remaja yang hanya berfikir tentang keseronokkan dan tidak membuat sesuatu yang menguntungkan amsa depan mereka sendiri.

Kesimpulan :

-Sesi penerangan mengenai undang-undang syariah atau lebih dikenali dengan nama "hudud" perlu diperluas dan dipertingkatkan bagi memberi lebih kesedaran dan pemahaman kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

-Jangan menakut-nakutkan sebilangan masyarakat dengan perkara yang tidak benar mengenai perlaksanaan hukum syariah sepenuhnya di Malaysia. Jadikan "negara Madinah" sebagai contoh terbaik perlaksanaan syariah dalam negara Islam yang berbilang bangsa dan agama.

-Gangguan (masalah) akhlak atau moral bukan sahaja akan menjahanamkan penganut Islam dan bangsa Melayu malah ia turut akan meruntuhkan tamadun negara serta merosakkan bangsa lain, khususnya di Malaysia.




Promosi kotak berak di Giant?

 

Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Oleh sebab reputasinya bertumbuh, begitu juga dengan perniagaannya.

Dairy Farm International Holdings yang membeli Giant pada tahun 1999, mengakui bahawa kunci kejayaan Giant sekian lama merupakan kebolehannya untuk terus menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga. Ia mengekalkan prinsip teras ini sungguhpun ketika mengubah wajah Giant menjadi jenama kebangsaan dan antarabangsa.

Seperti pasaraya besar yang lain, Giant juga sering membuat promosi jualan barangan yang terdapat di dalam pasaraya mereka. Namun salah satu promosi yang dibuat pada bulan Mac 2014 yang lalu mengundang persoalan dan ada juga yang memandang sinis dengan promosi mereka itu.

Kenapa ye?. Ingin tahu jawapannya, sila renung gambar di atas.  Jawapannya ada pada gambar tersebut.






Keputusan Liga Super Malaysia : 19 April 2014

Keputusan empat  perlawanan bola sepak terakhir dalam bulan April bagi Liga Super Malaysia yang berlangsung pada tarikh 19 April 2014. Semua perlawanan berlangsung pada 8.45 malam.


KEPUTUSAN MUKTAMAD :

 ATM  4 - 1  PKNS
(Stadium Majlis Perbandaran Selayang)
24' PKNS
29' ATM 
59' ATM 
77' ATM 
90 + 2' ATM

PAHANG  4 - 1  SIME DARBY
(Stadium Darul Makmur)
19' Pahang 
35' Pahang 
45 + 1' Pahang 
69' Pahang
78' Sime Darby

SELANGOR  1 - 0  LIONS XII
(Stadium Shah Alam)
24' Selangor

TERENGGANU  0 - 2  PERAK
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah)
29' Perak
72' Perak


Klik pautan di bawah untuk membeli jersi :




Panduan pintasan buat bisnes burger

 

Memulakan Perniagaan Burger!

Inilah salah-satu perniagaan yang tidak memerlukan modal besar,  tak memerlukan kepakaran yang tinggi serta tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.

Sebelum kita pergi lebih mendalam, mari saya kongsikan bersama anda serba-sedikit info secara amnya mengenai Panduan Bisnes Burger ini.
  • Ebook panduan ini ditulis oleh Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly iaitu anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”. Ia khusus untuk mereka yang baru ingin bermula atau telahpun memulakan perniagaan menjual burger berdasarkan konsep stall di tepian jalan
     
  • Satu ‘Blueprint’ bagaimana anda mampu mencapai matlamat sasaran jualan 5 angka sebulan dengan bisnes burger walaupun di jalanan!
     
  • Aspek yang dikupas dalam ebook ini meliputi produk, pemasaran, pengurusan, operasi serta khidmat pelanggan untuk bisnes burger yang mampu berkembang dan berdaya maju
     
  • Amat sesuai untuk anda yang merupakan Usahawan Makanan Sepenuh-Masa ataupun mereka yang tercari-cari peluang menjana pendapatan tambahan disamping kerja Sepenuh-Masa mereka
 Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai panduan bisnes burger ini, kliklah banner di bawah ini sekarang....!






Tindakan Albukhary tutup AiU aniaya pelajar?


Tindakan Yayasan Albukhary untuk menutup operasi Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) Jun ini menganiaya pelajar, kata ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

“Saya terkejut dengan tindakan untuk tutup universiti kerana ia diluluskan kerajaan dengan syarat-syarat tertentu. Tidak wajar bagi sebuah institusi untuk aniaya pelajar-pelajar.

Beliau merujuk tindakan enam pelajar AiU yang memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Johari turut mempersoalkan, ketika kumpulan perniagaan Albukhary memperoleh pelbagai manfaat ekonomi seperti perniagaan beras (Bernas), kenderaan (Proton) dan sebagainya, bagaimana jutawan Syed Mokhtar Albukhary tidak boleh meneruskan khidmat sosial Corporate Social Responsibility (CSR).

“Sebagai sebuah organisasi yang besar dan ada nama, penutupan universiti ini akan melambangkan betapa tidak ikhlasnya Yayasan itu,” kata Johari.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilapor akan ditutup Jun ini.

AiU gagal mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan bahawa pentadbiran institusi itu perlu mengeluarkan notis penutupan dalam tempoh setahun sebelum ia ditutup.


Petua agar doa diterima Allah SWT

 

Doa adalah makanan insan seharian. Doa adalah untuk menjadikan diri kita lebih baik, penghilang duka, mendapat hajat dan keperluan kita.

Dari Abi Hurairah RA berkata, bersabda Rasulullah SAW : Tiga doa yang diijabah, tidak ada keraguan padanya : Doa orang yang dizalim, doa orang yang sedang berpergian, dan doa orangtua terhadap anaknya. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Namun, seringkali cara kita salah ketika melakukannya sehingga doa kita tidak diijabah (dikabul) oleh-Nya.

Berikut beberapa tips yang insya Allah berguna bagi kita dalam berdoa yang diangkat dari Al-Qur’an dan Hadits.

Sebelum berdoa, siapkan diri kita dalam hal-hal berikut :

1. Hadapkan hati kita langsung kepada Allah SWT. Jangan lewat siapapun atau sesuatupun. Waspadai sikap syirik, dosa yang paling besar.

2. Siapkan hati untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa. Camkan bahwa kita sangat membutuhkan pertolongan-Nya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh ketika ia berdoa”.

3. Hadirkan hati kita kepada Allah SWT dengan penuh kekhusyukan.

4. Yakinkan selalu harta, makanan, minuman dan pakaian kita didapatkan dengan cara yang halal.

5. Luruskan niat berdoa. Jangan berdoa untuk melakukan dosa, khianat atau memutuskan silaturahim.

6.Berpikirkan positif. Yakinlah bahwa Allah SWT akan mendengar doa kita dan akan mengabulkannya.

7. Jika memungkinkan, usahakan mengambil air wudhu terlebih dahulu.

Cara berdoa yang -insya Allah- baik adalah sebagai berikut. Ini adalah urutan langkah paling minimal dalam berdoa :

1. Mulailah dengan basmalah.

2. Memujilah kepada Allah SWT. minimal sekali ucapkan “Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin”.

3. Bersholawatlah untuk Rasulullah SAW.

Dari Annas bin Malik: “Tidaklah seseorang berdoa, kecuali antara dia dan langit ada hijab, sampai dia bershalawat kepada nabi”.

4. Sebutlah salah satu atau beberapa nama Allah SWT (asmaul husna) dengan santun dan penuh kerendahan hati.

“Dan Allah memiliki asmaul husna, maka berdoalah dengan menyebut asmaa-ul husna itu “(QS Al Araf : 180)

5. Lanjutkan asmaul husna tadi dengan isi permintaan kita.

Akan lebih baik jika arti asmaul husna-Nya sesuai dengan isi permintaan kita. Pada langkah ini, sebaiknya juga menggunakan doa yang ada dalam Al-Qur’an atau dicontohkan Rasulullah SAW, namun jika kita tidak hafal, bisa dengan bahasa sendiri.

Contoh doa yang ada dalam Al-Quran: Rabbij’alnii muqiima shalaati wamin dzurriyaatii (QS Ibrahim). artinya: Ya Allah jadikanlah saya dan keturunan saya sebagai orang yang dapat menegakkan shalat.

Contoh doa yang dicontohkan Rasulullah SAW: Allahummakfinii bihalaallika an haraamika wa aghninii bi fadhlika ‘amman siwaak (HR Tirmidzi). artinya : Ya Allah berilah saya rizki yang halal, bukan yang haram. Dan kekayaan (rizki yang melimpah) yang Engkau ridhai, bukan yang engkau murkai.

6. Tutup doa dengan sholawat kembali untuk Rasulullah SAW, memuji Allah SWT sekali lagi, lalu ucapkan Aamiin.

Berdasarkan urutan di atas, berikut adalah contoh urutan doa paling minimal:

“Bismillahirrahmaanirrahiim” (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang)

“Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin” (segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam)

“Allahumma sholli ala sayyidina Muhammad” (ya Allah, berilah
keselamatan pada Rasulullah Muhammad SAW)

“Ya Allah ya Rozak (ya Allah ya Maha Pemberi Rezeki) Hari ini hamba akan berdagang, mohon berilah hamba rizki yang halal dan melimpah“

“Washollallahi ala sayyidina Muhammad, walhamdulillahi robbil ‘aalamiin, Amiin.” (dan limpahkan keselamatan dari sisiMu pada Rasulullah Muhammad SAW, segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam, perkenankanlah doa hamba)

Ada yang berpendapat bahwa ketika doa kita benar dan insya Allah makbul, kita akan merasakan minimal salah satu hal ini. Wallahu a'lam : ...

- Ingin menangis atau bahkan menangis ketika berdoa.
- Dada terasa bergetar dengan rasa hangat.
- Terasa ada sesuatu yang menyejukkan dalam hati kita.

Ada beberapa jenis doa yang sangat makbul, yaitu :

1. Doa orang yang sedang dalam kondisi terdesak.
2. Doa orang yang teraniaya atau terzalimi.
3. Doa anak yang sholeh dan berbuat baik pada ibu bapaknya.
4. Doa seorang muslim yang tidak (jarang sekali) berbuat zalim dan tidak pernah memutuskan silaturahim.



Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan  Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid).

Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. 

Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Keterangan/Hujah:
  1. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.
         
  2. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
         
  3. Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.
         
  4. Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.
         
  5. Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.
         
  6. Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas terutamanya di kalangan remaja.

Keputusan Liga Super Malaysia : 15 April 2014

 
Keputusan lima perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang ke 13. Berlangsung pada 15 April 2014. Kecuali perlawanan antara Lions XII dan Pahang yang berlangsung pada pukul 7.45 malam, ke semua perlawanan yang lain berlangsung pada 8.45 malam.


KEPUTUSAN AKHIR :

 Lions XII  4 - 1  Pahang
(Stadium Jalan Besar, Singapura)

8' Pahang 

30' Lions XII 
80' Lions XII
90' Lions XII 
95' Lions XII

Sime Darby  4 - 0  Kelantan 
(Stadium Majlis Perbandaran Selayang) 

6' Sime Darby 
47' Sime Darby 
66' Sime Darby 
69' Sime Darby  
 

Perak  0 - 1  JDT
(Stadium Perak)
15' JDT 

PKNS FC  2 - 2  Terengganu  
(Stadium Shah Alam) 

21' Terengganu 
42' Terengganu

62' PKNS FC 
77' PKNS FC  
 
Sarawak 3 - 2  A T M
(Stadium Negeri Sarawak) 
  
21' ATM 
74' ATM

41' Sarawak
59' Sarawak 
72' Sarawak
 

Klik pautan di bawah untuk membeli jersi :


Ubat sakit tekak buatan sendiri


Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Berikut merupakan petua bagi melegakan sakit tekak yang menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya sudah ada di dapur rumah anda. Pastinya ia menyihatkan dan menjimatkan perbelanjaan anda.

Bahan-bahan :
  • Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
  • Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
  • 1 cawan madu lebah asli
  • Bekas berpenutup (350ml – 400ml)

1. Campurkan hirisan lemon (3 atau 4 hirisan) dan halia ke dalam bekas.

2. Tuangkan madu lebah asli ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu.

3.Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.

4. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.

5. Masukan satu atau dua sudu teh ‘agar-agar’ madu itu ke dalam cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya dan kacau. Ianya boleh diminum seperti minuman kegemaran anda. Kekerapan minum bergantung pada keperluan (keadaan sakit tekak anda).

6. Ubat ini hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama satu hingga dua bulan.

Promosi

Babab.net