Murid TADIKA lemas dalam kolam kumbahan


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas van dinaiki terjatuh ke dalam kolam kumbahan. Kejadian berlaku di Jalan Pertanian 40, Taman Universiti pada pukul 1130 pagi, 14 April 2014.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata ketika kejadian, van berkenaan berhenti untuk menaikkan pelajar-pelajar Tadika Kemas Kaisara di Taman Universiti, dengan pemandunya berada di luar van. Van yang ketika itu dinaiki enam pelajar sekolah tadika dipercayai menggelungsur sebelum terlanggar pintu kawasan kumbahan dan terjatuh ke kolam berkenaan.



Jenazah Muhammad Azri Aqif Azhar yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke klinik kesihatan, dibedah siasat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai . Manakala lima lagi pelajar yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut. Pemandu van ditahan untuk membantu siasatan.


Sumber : Berita RTM

Related Posts:

  • Tiada panggilan SOS dari pilot MAS MH370 Kakitangan Malaysia Airlines mengadakan sidang akhbar di Beijing, China *Kemaskini : Pesawat MH370 yang hilang itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, berumur 53, merupakan seorang juruterbang veteran yang sanga… Read More
  • Fakta mengejutkan mengenai pesawat MH370 Seperti pada gambar di atas dan nota di bawah, ia dikongsi melalui Instagram berkenaan dengan beberapa fakta berkaitan dengan nahas kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 MH370, Malaysia Airlines. "semalam 8/3/2014… Read More
  • Pesawat MAS MH370 : Isyarat terakhir di luar pantai barat daya Vietnam Isyarat terakhir MH370 di tengah laut Pihak berkuasa Vietnam mengesan isyarat terakhir pesawat MAS MH370 di luar pantai barat daya negara itu di Laut China Selatan. Pegawai Gerakan Mencari dan Menyelamat Vietnam Pham … Read More
  • Murid TADIKA lemas dalam kolam kumbahan Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas van dinaiki terjatuh ke dalam kolam kumbahan. Kejadian berlaku di Jalan Pertanian 40, Taman Universiti pada pukul 1130 pagi, 14 April 2014. Ketu… Read More
  • Cerucuk besi menembusi pipi kanak-kanak   "harapkan penutup longkang, penutup longkang tak boleh diharap"  SEORANG murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, Sab… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan