Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan  Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid).

Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. 

Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Keterangan/Hujah:
  1. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.
         
  2. Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.
         
  3. Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.
         
  4. Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.
         
  5. Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.
         
  6. Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas terutamanya di kalangan remaja.

Related Posts:

  • Tujuh kelebihan wanita dalam agama Islam   Assalamualaikum..... Banyak pihak mengatakan bahawa sukar menjadi wanita Islam (muslim), hanya dengan melihat secara kasar perkara-perkara di bawah ini : 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki. … Read More
  • Khasiat surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi tiga ayat dan diturunkan di Makkah.  Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam bagi  sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan … Read More
  • Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir Assalamualaikum..... Sudah menjadi tanggungjawab pemimpin sebuah negara Islam untuk menegakkan "kalimah" (hukum hakam Islam) Allah SWT di negara yang ditadbirnya walaupun negara itu mempunyai pelbagai penganut agama… Read More
  • 20 sebab makruh semasa mengucap salam   Assalamualaikum..... Secara umumnya, kalangan kita sudah mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat dan dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi terdapat beberap… Read More
  • AWAS : Mazhab Kristian yang hampir menyerupai Islam Gambar di atas menunjukkan pengikut mazhab dalam agama Kristian, cara amal ibadahnya yang hampir sama dengan Islam. Hal ini diketahui berlaku di negara Indonesia. Ketika Maghrib telah tiba.., belasan orang di Hotel Sah… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan