Ubat sakit tekak buatan sendiri


Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Berikut merupakan petua bagi melegakan sakit tekak yang menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya sudah ada di dapur rumah anda. Pastinya ia menyihatkan dan menjimatkan perbelanjaan anda.

Bahan-bahan :
  • Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
  • Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
  • 1 cawan madu lebah asli
  • Bekas berpenutup (350ml – 400ml)

1. Campurkan hirisan lemon (3 atau 4 hirisan) dan halia ke dalam bekas.

2. Tuangkan madu lebah asli ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu.

3.Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.

4. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.

5. Masukan satu atau dua sudu teh ‘agar-agar’ madu itu ke dalam cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya dan kacau. Ianya boleh diminum seperti minuman kegemaran anda. Kekerapan minum bergantung pada keperluan (keadaan sakit tekak anda).

6. Ubat ini hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan ia boleh bertahan selama satu hingga dua bulan.

Related Posts:

  • Petua pemakanan Nabi Muhammad SAW   Assalamualaikum..... Nasihat seperti "berhenti sebelum kenyang" sudah lama kedengaran namun berapa ramai antara kita yang tidak mengendahkannya?.  Pada pengamatan saya semasa mengunjungi majlis jamuan mak… Read More
  • Apa itu Autisme?   Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur … Read More
  • Mengapa Nabi Muhammad SAW larang kita meniup air minuman yang panas?   Walaupun Nabi dan Rasul kita, Muhammad SAW telah lama wafat, namun baginda meninggalkan kita dengan "harta pusaka" yang sangat bernilai untuk umat akhir zaman menjadikannya sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan… Read More
  • Penawar penyakit Diabetis dibongkarkan Walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan benar seperti janji Allah SWT, "Setia… Read More
  • Susu penting bagi semua peringkat umur, bukan hanya untuk bayi   Assalamualaikum..... Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan