Tindakan Albukhary tutup AiU aniaya pelajar?


Tindakan Yayasan Albukhary untuk menutup operasi Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) Jun ini menganiaya pelajar, kata ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

“Saya terkejut dengan tindakan untuk tutup universiti kerana ia diluluskan kerajaan dengan syarat-syarat tertentu. Tidak wajar bagi sebuah institusi untuk aniaya pelajar-pelajar.

Beliau merujuk tindakan enam pelajar AiU yang memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.

Johari turut mempersoalkan, ketika kumpulan perniagaan Albukhary memperoleh pelbagai manfaat ekonomi seperti perniagaan beras (Bernas), kenderaan (Proton) dan sebagainya, bagaimana jutawan Syed Mokhtar Albukhary tidak boleh meneruskan khidmat sosial Corporate Social Responsibility (CSR).

“Sebagai sebuah organisasi yang besar dan ada nama, penutupan universiti ini akan melambangkan betapa tidak ikhlasnya Yayasan itu,” kata Johari.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilapor akan ditutup Jun ini.

AiU gagal mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan bahawa pentadbiran institusi itu perlu mengeluarkan notis penutupan dalam tempoh setahun sebelum ia ditutup.


Related Posts:

  • Tindakan Albukhary tutup AiU aniaya pelajar? Tindakan Yayasan Albukhary untuk menutup operasi Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) Jun ini menganiaya pelajar, kata ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.“Saya terkejut dengan tindakan untuk tutup univers… Read More
  • Ceramah usahawan di Kolej Komuniti Selandar   Dalam dua minggu lepas saya dihubungi oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Selandar yang beralamat di KOLEJ KOMUNITI SELANDAR, JALAN BATANG MELAKA, 77500 SELANDAR, MELAKA.  Ianya berkenaan dengan jemputan untuk … Read More
  • Belajar komputer di ICT Niaga dapat elaun RM200.00 sebulanSalam sejahtera.., Peluang untuk belajar asas kemahiran komputer dan internet di ICT Niaga Enterprise secara percuma, malah memperolehi elaun RM200.00.  Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi : Berumur 15 ke … Read More
  • Katak menyelamatkan "bangsanya" Katak ialah sejenis haiwan amfibia.  Katak yang dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tiada ekor tetapi ia mudah bergerak di daratan dengan melom… Read More
  • Koleksi logo universiti di Malaysia Di Malaysia terutamanya sesudah merdeka lebih 50 tahun, terdapat banyak peluang untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat diploma, ijazah dan pelbagai lagi tahap yang lebih tinggi, sama ada universiti awam atau swast… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan