Sunnah pada hari Jumaat


Sunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."

Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul.

Antara perbuatan sunnah yang digalakkan pada hari Jumaat yang dianggap penghulu segala hari bagi umat Islam ialah :
  • Memperbanyakkan selawat pada Nabi Muhammad SAW
  • Membaca surah "al-kahfi" pada siang dan malam Jumaat
  • Mandi, memakai wangian dan memakai pakaian terbaik
  • Berada di masjid lebih awal untuk solat Jumaat
  • Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
  • Solat Sunat setelah Solat Jumaat


 


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan