Muamalat
itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan
dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti
jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.
Muamalat juga
merupakan tatacara atau peraturan
dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan
masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan
bidang ekonomi dan sosial Islam .
Muamalat
yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang
menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di
dunia dan kebahagian di akhirat.
Segala harta
yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar
adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki
harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya.
Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang
amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta
tersebut.
Firman Allah
S.W.T, yang bermaksud :
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah
di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah
(tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya
dan takutilah kemurkaannya)
(Surah
Al-Mulk Ayat 15)
Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama.