Buah Keranji - Dialium Indium



Peribahasa "Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu...." ini pasti sangat dikenali oleh rakyat Malaysia kerana diajar sejak di sekolah rendah tetapi berapa ramaikah yang mengetahui apakah rupa buah keranji serta pernah menikmatinya atau sekadar melihat di dalam gambar.

Peribahasa yang menggunakan nama buah keranji lebih popular daripada buah itu sendiri menyebabkan tiada sesiapa pun yang ambil kisah tentang buah itu kecuali beberapa penduduk di kawasan seperti Kampung Meranto, Gua Musang yang meraih pendapatan harian dengan mencari dan menjual buah tersebut.

Dalam istilah botaninya, buah keranji dikenali sebagai dialium indium. Ini adalah buah hutan yang banyak ditemui di daerah Sumatera dan Kalimantan, Indonesia serta di negara ini terutama di hutan Sabah dan Sarawak. 

Buah keranji mempunyai ukuran diameter kira-kira 2 sentimeter, dibaluti kulit hitam yang rapuh, manakala isinya berwarna oren yang mengeluarkan kombinasi rasa masam manis dan jika diawet boleh bertahan sehingga dua tahun.

Di Indonesia, buah keranji cukup popular sebagai rempah bertujuan untuk menimbulkan rasa masam setiap hidangan manakala di negara-negara Arab pula, mereka percaya buah keranji mampu menurunkan kolesterol dengan mengamalkan memakan tiga biji sehari.

Di pasaran tempatan, buah keranji yang popular dijadikan jeruk dijual dalam pelbagai sukatan, antaranya dalam paket ataupun mengikut sistem metrik tradisional iaitu gantang dan secara umumnya nilainya amat tinggi berbanding buah-buahan lain kerana mampu mencecah harga sehingga RM10 bagi setiap 100 gram atau RM7 sepaket.

Meskipun ciri-ciri buah tersebut dan kegunaannya mudah dijelaskan melalui ayat, namun disebabkan banyak tumbuh secara liar di dalam hutan, untuk mencari dan mengambil buah keranji tidaklah mudah kerana untuk memetik buah keranji tidak semudah disangkakan ekoran kebanyakan pokok keranji yang mengeluarkan buah itu berada pada ketinggian antara 30 hingga 50 meter...!. 

Selain itu masalah lain yang mungkin dihadapi ketika memetik buah keranji adalah digigit serangga seperti kerengga dan disengat lebah atau tebuan.

Related Posts:

  • Kebaikan dan kegunaan pokok Patawali   Assalamualaikum.... Pada hari Jumaat yang dimuliakan ini, saya berkongsi maklumat kepada para pembaca mengenai tumbuhan yang dikenali sbagai "patawali".  Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui iala… Read More
  • Mengapa pelangi berbentuk separuh bulat? Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah… Read More
  • Kualiti udara di KL & Selangor masih pada tahap yang tidak sihat Indeks Pencemaran Udara (IPU) bacaan di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur hari ini kekal pada tahap yang tidak sihat, menurut Jabatan Alam Sekitar. Sehingga 6 pagi, bacaan di Petaling Jaya adalah 104, Shah Al… Read More
  • Rahsia sarang semut Apakah rahsia sarang semut? Rahsia resepi kuihnyakah atau sarang semut yang sebenar. Untuk pengetahuan umum, di luar negara "sarang semut" dibuat kajian, cuma di Malaysia sahaja dibuat sebagai biskut untuk dimakan. … Read More
  • Gambar bumi waktu malam dari angkasa lepas Angkasa lepas, atau lebih ringkas angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakann… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan