Panduan Keselamatan Siber Untuk Orang Awam


Pergantungan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khasnya Internet di kalangan masyarakat kini tidak dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhannya membabitkan penggunaan ICT dan Internet.
 
Bermula dari memuat turun muzik dan permainan komputer, pembelian buku atau majalah, mendapatkan rakan baru, bermain permainan interaktif dan belajar, semuanya dilakukan dalam talian. Bagaimanapun, dengan berkembangnya ICT dan Internet, pengguna Internet sedang berhadapan dengan risiko baharu iaitu risiko ancaman siber.
 
Tanpa pengetahuan yang mendalam akan keselamatan di alam siber, pengguna Internet terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah siber. Penjenayah siber sentiasa mencuba pelbagai kaedah baru bagi memerangkap mangsanya. 
 
Antara jenayah siber yang kian meningkat ialah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, pengintipan, penggodaman dan penyebaran virus dan cecacing komputer. Malah, kecurian identiti dalam Internet kini kerap dilaporkan di Malaysia dan kebiasaannya membabitkan pengguna laman web berasaskan perbankan dan jualan dalam talian.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi orang awam untuk mengambil kisah akan keperluan keselamatan siber bagi membendung gejala jenayah "kolar putih" ini.  Berikut adalah panduan yang boleh dipraktikkan oleh orang awam dalam menangani isu masalah keselamatan siber :


Panduan Keselamatan Siber

1. Antivirus
Gunakan perisian antivirus sebagai pelindung utama komputer anda dan pastikan perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini

2. Emel
Jangan buka emel atau lampiran daripada sumber yang tidak diketahui. Sentiasa merasa curiga terhadap apa-apa lampiran emel yang tidak dijangka walaupun anda menerimanya daripada orang yang anda tahu

3. Katalaluan
Gunakan kombinasi katalaluan yang sukar untuk diceroboh seperti gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Seeloknya tukar kata laluan setiap enam bulan.

4. Internet
Putuskan sambungan Internet sekiranya tidak digunakan.

5. Akses Komputer
Jangan berkongsi akses komputer anda dengan orang yang tidak dikenali. Pelajari risiko perkongsian fail. Elakkan menulis maklumat akses di tempat yang mudah dilihat.

6. Membuat Sandaran (Backup)
Sentiasa melakukan backup pada komputer anda dan simpan di tempat lain (External Hard Disk, DVD, USB Flash Drive).

7. Perlindungan Titik Akhir (End Point Protection)
Gunakan aplikasi Firewall untuk melindungi komputer anda daripada penceroboh Internet.

8.Penampalan / Kemas Kini (Patching / Update)
Kerap memuat turun kemaskini perisian keselamatan dan "patch" untuk sistem operasi dan perisian berkaitan.

Related Posts:

  • Iklan kreatif Microsoft untuk Windows 8 Windows 8 merupakan sistem pengoperasian (pengendalian) keluaran Microsoft yang dilancarkan ke dalam pasaran dalam tahun 2012 bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba … Read More
  • Pengalaman menggunakan Android Q88 Tablet PC Pada ketika ini ledakan gajet untuk capaian internet semakin besar.  Para pencinta internet boleh melayarinya dengan pelbagai jenis peralatan seperti tab, iphone, telefon pintar dan juga tablet pc. Kini para pengge… Read More
  • Panduan Keselamatan Siber Untuk Orang Awam Pergantungan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khasnya Internet di kalangan masyarakat kini tidak dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhanny… Read More
  • Membuat ayat yang terbalik tulisannya Adalah sangat menarik jika perkataan atau ayat yang kita taip kelihatan lain dari kebiasaannya. Mungkin ia boleh dijadikan bahan gurauan di facebook, twitter atau di laman blog atau web. Di bawah ini,saya sediakan s… Read More
  • Maaf, sesuatu tidak kena-Facebook menghadapi gangguan Mungkin anda tidak dapat menggunakan Facebook dalam beberapa puluh atau belas minit tadi (semasa artikel ini diterbitkan), menghadapi kesilapan ketika melayari laman web Facebook. Mungkin sesetengah pengguna internet men… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan