Siri Perubatan Islam : Doa merawat lelah dan asma


Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. 

Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). 

Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. 

Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas "sternum" & "klavikel", dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.
 

Kaedah perawatan menggunakan doa :

Jika anda atau sesiapa menghidap asma atau lelah, boleh dibacakan kombinasi doa-doa di bawah : 

1. Surah al-Fatihah 
2. Selawat Syifa' 
3. Baca doa merawat asma sebanyak tujuh kali.

ATAU

Kaedah perawatan menggunakan doa (seperti di atas) dan pilih mana-mana bahan-bahan seperti di bawah :

Bahan 1:
 
- Buah petola muda yang sederhana besar.

Kaedah:

  1. Potong kepalanya dan buang semua bijinya kemudian masukkan gula batu di dalamnya, dan tutup semula kepalanya dengan batang lidi.
  2. Bakar dengan api yang sederhana besarnya dengan meletakkan alas (seperti tutup periuk) di bawahnya sehingga masak buahnya dan gula batu menjadi cair.
  3. Perah dan minum airnya ketika suam pada waktu pagi dan petang.
 
Bahan 2:

-Sediakan madu lebah asli yang dicampur dengan tiga titik getah buah betik.

Kaedah:
 
  1. Bagi orang dewasa, bahan yang diperlukan ialah satu sudu besar madu dan 4 atau 5 titik getah buah betik.
  2. Campurkan madu dengan getah betik tadi, dan diberi minum. Setelah itu, minumlah air yang telah didoakan.
  3. Untuk merawat kanak-kanak hanya 2 titik getah betik diperlukan.
  4. Beri makan pesakit pada waktu malam sahaja.
  5. Bekalkan air yang didoakan untuk diminum sekiranya pesakit tidak dapat tidur.

Bahan 3: 

-Anak burung ciak rumah  yang telah disembelih dan dijadikan sup.

Kaedah:
 
a. Beri sup termasuk daging dan tulang burung kepada pesakit.



Sumber rujukan dari : 
- Darussyifa (Tuan Guru Dr. Haron Din)

Related Posts:

  • Hukum surau atau masjid melaungkan azan menggunakan rakaman suara Azan merupakan salah satu syiar dalam Islam yang disyariatkan sebagai tanda masuk waktu sembahyang fardu. Ia juga adalah satu ibadah kepada Allah Taala yang tidak sah dilakukan kecuali oleh muazzin yang mencukupi syara… Read More
  • Tiga cara jodoh itu datang Allah SWT menetapkan tiga bentuk takdir dalam masalah jodoh iaitu cepat mendapatkan jodoh, lambat mendapatkan jodoh dan menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adala… Read More
  • Sijil Perakuan Arah Kiblat Negeri Melaka Kebiasaannya pihak pengurusan Hotel, rumah tumpangan atau homestay akan berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada agensi tertentu kerajaan dalam pelbagai aspek  seperti pengurusan, kebersihan, kesihatan,  kec… Read More
  • Animasi video kreatif : dakwah tentang aurat Aurat dari segi bahasa ialah keaiban, manakala dari segi istilah syara' ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutupi. Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi d… Read More
  • Video Rahsia Serta Keajaiban Nombor 1618 & Mekah Kaabah bukan sekadar bangunan empat segi yang diselimuti oleh kain hitam tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati Allah SWT. Pelba… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan