Siri Perubatan Islam : Doa merawat tulang patah


Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat sebagai penawar dan penyembuhan. Tiap-tiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Setiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada penyakit tertentu, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.

Pada artikel kali ini saya berkongsikan maklumat kepada para pengunjung blog ini mengenai khasiat ayat-ayat suci Al Quran untuk merawat masalah kecederaan patah atau retak tulang.

Cara untuk merawat tulang patah adalah dengan mengurut perlahan-lahan pada bahagian tulang yang patah dan baca kombinasi doa-doa ini:

1. Baca Surah al-Fatihah sekali
2. Selawat syifa' sekali
3. Doa merawat tulang seperti yang berikut ( Surah Yaasin ayat 78 dan 79, Surah al-Baqarah ayat 259 dan Surah al-Anbiya' ayat 30 )

Anda juga boleh menyertakan sekali penggunaan apa-apa ubat sapuan asalkan ianya 100% seperti minyak gamat bagi ikhtiar sampingan. Jangan berputus asa dan terus mengamalkan kaedah ini dari semasa ke semasa.

Dan saya suka mengingatkan diri saya dan anda, apabila kita berubat dengan ayat-ayat suci al Quran ini, pastikan kita menjaga adab-adabnya seperti menutup aurat dan berwudhuk.  Seeloknya duduk menghadap arah kiblat.  Pastikan juga kita berusaha untuk memenuhi tanggungjawab solat 5 waktu disamping solat-solat sunah yang lain.

Ini adalah ikhtiar selain daripada kita menggunakan kaedah perubatan moden.  Selain itu sekiranya keadaan memerlukan, pergilah ke hospital yang berteraskan keIslaman yang ada di negara kita ini.

Insya Allah, segalanya akan OK...!

Related Posts:

  • Tafsir surah Al Ikhlaas, Al Falaq dan An Naas dalam Bahasa Melayu   Al Quran adalah kitab yang "diberikan" oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat.  Didalamnya terdapat ilmu pengetahuan serta pengajaran untuk manusia dalam pelbagai bidangdan perkara untuk s… Read More
  • Burung "bersujud" mendengar bacaan Al Quran, manusia pula?   Burung bersujud apabila mendengar bacaan Al Quran di Masjidil Haram "Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalin… Read More
  • Rasulullah SAW juga punyai sifat kelakar Rasulullah SAw adalah manusia teragung dan mulia di kalangan manusia akhir zaman.  Sifat-sifat keperibadian Baginda dan akhlaknya sangat terpuji.  Bagindalah yang perlu diidolakan dalam hati setiap manusia terut… Read More
  • Status kebebasan agama di Malaysia Selama ini secara kasarnya, rakyat dicanangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, di mana Islam sebagai agama rasmi.  Namun cukupkah dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi "melayakkan" negara ini menjadi… Read More
  • Celaan Allah SWT kepada manusia Celaan dalam pengertian moden adalah bermaksud kritikan.  Maka celaan Allah SWT kepada manusia adalah kritikan atau teguran Allah SWT kepada hambaNya yang menzalimi diri sendiri dengan mengamalkan sikap atau moral yan… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan