Keputusan Piala Sumbangsih 2015 : JDT - Pahang 31 Januari 2015

 

Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2015dimulakan dengan perebutan Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Ta'zim menentang Pahang.  Ia diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Keputusan Penuh Perlawanan :


 Johor Darul Ta'zim  2  -  0  Pahang Darul Makmur

JDT (Marcos Antonio Elias Santos) 36'
JDT (Luciano Figueroa) 58'




Resipi Strawberry Crepe


Setelah popularnya Durian Crepe, kini tibalah pula musim Strawberry Crepe.  Namun apakah ianya akan sepopular Durian Crepe?

Bahan-bahan :

-20gm tepung gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tepung kastard
-10gm tepung jagung
-1 biji telur
-1 senduk minyak masak
-1 sudu gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning
-letak warna pink
-perisa strawberry -gunakan jem strawberry & buah strawberry



Cara Pembuatannya :

- Masuk semua bahan ke dalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis..

-Jika pekat tambah sedikit air sedikit. Anda boleh juga menggunakan blander cumanya ia akan sedikit berbuih. Anda perlu hilangkan buih-buih itu dahulu bagi mengelakkan crepe akan berlubang.

-Ambil sesenduk kecil dan tuang adunan ke dalam kuali yang dipegang. Layangkan kuali agar adunan masak sekata menggunakan api yang kecil.

-Masak hingga kering dan anda tidak perlu terbalikan adunan itu semasa mengangkatnya.


Filling :

-150ml fresh cream diputar hingga kental
- guna whipping cream
- jem secukupnya
-letakkan fresh cream

Cara pembuatan  :

-Letak jem dan buah strawberry dan letak lagi cream di atasnya.

-Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

-Kemudian letak whipping cream & jem strawberry

-Letak strawberry yang dah dipotong, kemudian bubuh lagi cream. Pastikan krim di letak lebih supaya crepe akan nampakkembung bila dilipat.

-Lipat kemas dan simpan dlm peti ais...biar sejuk dan keras krim di dalamnya dulu sebelum dimakan.



 *Dikongsi dari sumber capaian rakan di Facebook

Berselawat dan bernasyid menggunakan smartphone


Teknologi telefon bimbit atau lebih tepat lagi telefon mudah alih semakin pantas berubah. Malah telefon mudah alih atau dengan nama yang sedang popular iaitu "telefon pintar" semakin menguasai kehidupan penduduk dunia. 

Begitu juga di Malaysia, perkembangannya bermula dari sebuah telefon bimbit yang bersaiz besar (seperti beg bimbit) dengan fungsi asas sahaja sehingga kini ia telah menjadi sebuah alat pelbagai guna yang mempunyai banyak fungsi dan aplikasi yang canggih dan membantu kehidupan kita seharian seperti Al Quran mobile, Google Maps dan Waze.

Saksikan video di bawah, dua orang remaja menggunakan aplikasi drum dalam smartphone untuk bernasyid dan berselawat. Sesuatu kecanggihan dan kemudahan jika digunakan dengan sewajar dan sebaiknya akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan dengan yang lain.


video

Pengalaman membeli secara online di Nile Store




Pada 20 Januari 2015, saya telah membuat tempahan dan pembelian pakaian di laman web "nile.com.my". Saya berminat dengan corak dan warna Zipper Korean Men Jacket, seperti gambar di bawah :

Baju saja yang dibeli
Urusan penghantaran bagi saya adalah cepat dan memuaskan. Dengan menggunakan perkhidmatan dari GD Express Sdn Bhd, proses pengurusan dari pembelian sehingga barang yang dipesan selamat sampai ke kedai saya di Kelab Usahawan Giatmara Melaka, Tingkat 4, Arked Jalan Hang Tuah, Melaka.

Setiap pra pembelian di laman web Nile.com.my, perlu dibuat pembayaran dalam masa 24 jam.  Saya membuat pembelian pada petang  20 Januari 2015. Sebaik sahaja saya membuat pembayaran lebih kurang pada pukul 9.00 pagi, 21 Januari 2015 dan disahkan dalam beberapa jam kemudian, jaket yang saya tempah mula dihantar pada hari yang sama. Sila lihat jadual e-tracking dari GDEX di bawah ini :


Ini pula gambaran gerak kerja dari laman web Nile Store :



Kesimpulannya, berurus niaga di laman web adalah baik dan memuaskan.  Cuma dari segi agakkan warna dan kualiti (jenis) fabrik yang digunakan adalah meleset dari jangkaan asal saya.  Mungkin kerana dari segi pencahayaan ketika gambar contoh diambil dan diletakkan di laman web mereka, menjadikannya berlainan dari yang diterima.


Macam ok je kan....?




Video Andai Ku Bercinta Lagi & Muara Hati - Khairul Azmi Saat & Alyah


Video dalam artikel ini adalah video tahun lepas yang mungkin ada antara kita tidak menyaksikan rancangan ini atau tak sedar dalam siaran secara langsung di TV1 ini, menyiarkan seorang insan kelainan upaya yang dikatakan bakal menjadi pengganti kepada Arwahyarham S.Jibeng, yang baru-baru ini telah muncul bersama Mojo serta kumpulannya iaitu Caliph Buskers di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 yang disiarkan secara langsung oleh TV3.

Video ini adalah sewaktu persembahan Khairul Azmi Saat (Caliph Buskers) dalam Konsert Kesenian Istimewa Jabatan Kebajikan Masyarakat - Radio Televisyen Malaysia pada 22 Februari 2014 lalu.



Resipi Pizza Sosej Sardin


Piza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia.

Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza, dan lain-lain lagi.

Di bawah, saya taipkan semula resipi yang dikongsi dari sahabat alam maya.  Rasanya kebanyakkan makanan segera pada hari ini boleh dibuat sendiri di rumah. Mungkin rasanya berbeza dari makanan komersil tetapi sekurangnya dapat jimatkan kos jika anda mempunyai keluarga yang besar.


BAHAN DOH PIZZA :

200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :

1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :

Untuk Doh :-

-Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam, kacau rata dan tunggu berbuih.

-Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil gaulkan tepung hingga menjadi doh.

-Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) .

-Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen kain yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni bolehlah dicanai dalam anggaran setebal 0.5cm dan diletak atas tray pizza dan boleh gunakan jari untuk meleperkan doh.

-Tekan menggunakan jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza.

-Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10 ke 15 minit.

-Bila doh dah masak keluarkan dan biarkan seketika supaya sedikit sejuk.

- Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni.

-Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar.

-Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan.

Fatwa (hukum) mengenai derma darah

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Menderma darah hukumnya harus.
     
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam
     
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan. 
Keterangan/Hujah
  1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”.
     
  2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.
     
  3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

    “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”
    .
     
  4. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”.
** Pada pendangan saya, adalah sebaiknya orang Islam hanya mengambil atau menerima darah yang bersyahadah sahaja bagi menjamin atau setidaknya meyakini hanya unsur-unsur baik, masuk ke dalam tubuh badan dan mengelakkan sebarang keraguan di kemudian hari.

 


Syarat kelayakan dan cara mohon kediaman PR1MA

 

 Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA :
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2500.00 ke RM10 000.00
  • Tidak memiliki lebih daripada satu hartanah, sama ada anda atau pasangan (jika ada)
Hanya dengan 9 langkah mudah untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA iaitu :

1. PENDAFTARAN
Buka akaun anda di www.pr1ma.my
Lengkapkan pendaftaran anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan. 
2. PELANCARAN
Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media. 
3. PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik. 
4. PENGUNDIAN
Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
5. PENGESAHAN
Sekiranya anda berjaya dipilih melalui cabutan undi, pengesahan dokumen yang berkaitan akan dilakukan.
6. PERUNTUKAN UNIT
Anda boleh memilih unit yang dikehendaki sekiranya terdapat kekosongan. 
7. PEMBIAYAAN/PEMILIKAN HARTANAH
Pembiayaan hartanah adalah pilihan anda sendiri. Walau bagaimanapun, panel institusi kewangan PR1MA yang telah dilantik boleh memenuhi keperluan anda melalui pakej-pakej pembiayaan yang menarik. PR1MA juga menawarkan program (RTO) dengan skim sewa maksimum 10 tahun berserta pilihan pembelian bagi mereka yang layak. 
8. PERJANJIAN JUAL BELI
Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara PR1MA dengan anda, selaku pemilik kediaman tersebut.
9. PENYERAHAN KUNCI
Sebaik sahaja pembinaan anda siap dan Sijil Perakuan Siap & Pematuhan kediaman diperolehi, kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sekali gus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.

Video Romancinta - Mojo : AJL ke 29



Lagu berjudul "Roman Cinta" yang dipersembahkan oleh MOJO pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 pada 18 Januari 2015, dilakukan dengan kerjasama Caliph Buskers bagi menggantikan vokalis asal MOJO iaitu Aweera yang disingkirkan atas perselisihan faham.

Roman Cinta bermaksud perasaan romantis dalam cinta atau merasai cinta yang amat sangat di dalam hati. Lagu dan lirik ciptaan Edry ini berkisar tentang keperitan seseorang selepas kehilangan cinta sejati, namun tetap setia menunggu cinta agungnya untuk kembali lagi.

Video persembahan hangat dari MOJO berkolaborasi dengan Caliph Buskers :

video



Resipi Kek Coklat Keju Kukus



Bahan Pertama (diayak) :

-2 cwn tpg gandum
-1 1/2cwn serbuk koko
-1 tepong soda bikarbonat
-1 baking powder


Bahan Kedua : (dikisar)
- 1 tin susu cair
- 1 cwn minyak masak
- 1 cwn air
- 2 bj telur

* tuang adunan kedua ke dalam bahan pertama
* masukkan dua cawan gula dan kacau sebati sehingga gula hancur
* kukus setengah adunan lebih kurang 30minit. Sementara itu boleh meneruskan untuk membuat adunan cheese:

Bahan-bahan adunan cheese

-250gm cream cheese
-60gm gula castur
-25ml air biasa
-25gm tepung gandum
-1 biji telur

Cara-cara membuat :

- Pukul bahan di atas kecuali telur sehingga kembang dan gebu
- Kemudian masukkan telur dan pukul hingga sebati.

* Apabila kek coklat dah masak (25-30min) masukkan adunan cheese - (masak dalam masa sekitar 15 ke 20 minit)

* Tuangkan baki adunan coklat tadi. Kukus antara 25 ke 30 minit.

* Bila sudah masak, keluarkan dari pengukus dan taburkan coklat rice atau lain-lain bahan yang sesuai, mengikut selera.


*sumber : perkongsian internet Facebook


Budaya bersedekah di luar negara Malaysia



Sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada pemahaman biasa masyarakat kita yang kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu berseifat kebendaan. Sebenarnya sedekah merangkumi sesuatu yang bersifat material dan non-material.

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah  adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut garis panduan syariat, pengertian sedekah sama dengan  pengertian  infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.

Dalam artikel kali ini saya kongsikan sebuah video yang merakamkan seorang pemuda yang berpura-pura seperti gelandangan yang meminta bantuan di tepi jalan di sebuah negara barat.  Dalam video berkenaan kelihatan begitu mudah kenderaan berhenti untuk menghulurkan wang kepada pemuda berkenaan.

Dan apabila kenderaan itu berhentri dan penumpang atau pemandu di dalamnya ingin menghulurkan "sedekah", pemuda itu menolak pemberian itu malah beliau pula memberi sejumlah wang kepada orang berkenaan sebagai penghargaan atas sikap "bermurah hati" untuk membantu orang yang kesusahan.


video


* Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib iaitu zakat perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

Video artis K-POP memeluk perempuan bertudung



"INI SEMUA MENGUNDANG MALAPETAKA........"

Sudah menjadi viral video dan gambar yang menyaksikan peminat artis K-POP iaitu dari kumpulan B1A4 memegang, memeluk malah mencium perempuan dari kalangan peminat mereka yang bertudung. B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Di dalam video berkenaan kesemuanya yang dirakamkan adalah terdiri dari peminat yang bertudung dan dipercayai gadis Melayu.  Walaupun kelihatan ada yang malu-malu, berdasarkan video itu, mereka kelihatan rela dirangkul penyanyi malah kembali memeluk penyanyi kafir berkenaan untuk kali kedua.  Malah ada yang dicium di pipi dan dahi.

Walaubagaimanapun minat pada seseorang artis, perlulah disedari akan harga diri sebagai seorang yang beragama Islam.  Begitu mudah mereka di dalam video berkenaan dipeluk oleh orang kafir.  Mereka tidak menunjukkan reaksi membantah apabila dipegang atau dipeluk.

Dikhabarkan tiket konsert perjumpaan bersama peminat pada malam acara berkenaan berharga dari RM199.00 hingga RM799.00. Konsert berkenaan diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini dan dianjurkan oleh ACER.

Sepatutnya pihak berkuasa di Malaysia ada memberikan garis panduan kepada penganjur hiburan sebegini agar prihatin dan peka terhadap sensitiviti serta ajaran agama terutamanya agama Islam.  

Malah peminat yang beragama Islampun perlu sedar akan batas-batas pergaulan yang diajar dalam Islam.  Ia bukan untuk menyekat kebebasan tetapi untuk mengawal dan melindungi harga diri kita.


 Berikut adalah salah satu rakaman video yang menunjukkan tahap akhlak segelintir gadis Melayu ketika ini di Malaysia :

video



* Apabila terlalu taksub terhadap sesuatu atau seseorang yang diminati, soal agama diletak di tepi.

* Ini secara tidak langsung menggambarkan kesan dari sekian lama negara tidak mengamalkan syariah Islam sepenuhnya dalam sistem pentadbiran negara.

* Ini akan menjadi alas bagi perempuan Islam yang tidak bertudung untuk terus tidak memakai tudung.

* Tugas pendakwah kafir menjadi makin mudah untuk menyesatkan penganut agama Islam kerana penganut Islam sendiri tidak tegas untuk mengelak dari membuat sesuatu yang dilarang agama.  Untuk memusnahkan sesuatu bangsa, mereka merosakan perempuan di kalangan bangsa berkenaan.



Proton Iswara mampu meredah banjir

 

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

Walaupun pelbagai kritikan terhadap kereta keluaran PROTON,  kualiti sesetengah model sebenarnya berada dalam prestasi terbaik setanding kereta jenama dari luar negara dan keupayaannya diluar jangka.  Video di bawah ini menunjukkan sebuah teksi dari jenis kereta Proton Iswara yang mempu meredah banjir yang berlaku di Pahang (seperti yang dimaklumkan dari sumber di internet).


Lagu dan lirik Ramadhan dari AMAR


Lagu "Ramadhan" yang merupakan saduran dari lagu asal "Let It Go" dari filem animasi yang terkenal di kalangan kanak-kanak iaitu Frozen telah mendapat sambutan yang juga menggalakkan dan rata-ratanya memuji ubah suai lirik berkenaan seperti mana juga lagu ciptaan seorang artis serba boleh yang bertajuk "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer".

Ia digubah oleh Arif Muazzim Abdul Rahman atau AMAR, iaitu seorang penghibur yang mempunyai pelbagai kebolehan dari nyanyian, silap mata, motivasi dan juga sebagai peguam. 

Berikut adalah video lagu dan lirik untuk lagu "Ramadhan" yang telah dimuat-naik ke internet dalam pertengahan tahun 2014 :


Di malam yang indah dan hening
Ku tak sabar menanti
Bulan yang sungguh istimewa
Bulan yang diberkati
Di dalamnya rahmat juga keampunan
Besar ganjaran yang dijanjikan

Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja

Padanya diturunkan Al-Quran yang mulia
Di penghujungnya ada malam lebih baik dari seribu bulan

Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua

Allah menjanjikan dua kenikmatan
Bagi hamba yang ikhlas berpuasa keranaNya
Nikmat di saat bila kita berbuka
Dan di saat kita berjumpa denganNya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja


Surau di The Shore Melaka

 

Kalau ditinjau pada laman web sosial terutamanya belia yang merupakan rakyat negeri Melaka ataupun mereka yang datang menuntut ilmu di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Melaka, ramai juga yang telah berkunjung ke The Shore yang terletak di tepi Sungai Melaka dan berhampiran dengan Kampung Morten.

Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah di The Shore Oceanarium dengan bayaran tertentu, pengunjung boleh melihat hidupan laut yang unik dan ada yang jarang kelihatan di tempat lain. Lain-lian perkara tiadalah keistimewaan sangat melainkan harga jualan barangan atau makan dan minum di sini adalah mahal (mengikut imej dan gaya yang ditonjolkan), serupa dengan mana-mana pusat beli belah di bandar besar yang lain.

Pengawal keselamatan dan tukang cuci jika dilihat secara rambang, sebahagian besar dari warga asing.  Ketika saya datang melawat dua minggu lepas dan bertanya pada pengawal keselamatan (ingatkan orang India, rupanya Bangladesh belah utara agaknya) mengenai lokasi surau, pengawal keselamatan itu tidak faham perkataan "surau", sehinggalah saya membuat isyarat solat, barulah dia dapat mengagak apa yang saya perkatakan.

Lokasi surau terletak di perkarangan tempat meletak kenderaan

 
Kemudahan mengambil wudhu (air sembahyang) dan meletak kasut di pintu masuk surau


 
Sempadan surau lelaki dan perempuan yang dipisahkan dengan tirai kain.  Kadang-kala ada sekumpulan perempuan yang berborak dan bergelak sakan di surau. Jika rasa terganggu, beranikan diri membuat teguran.


 
Arah kiblat, sejadah dan kopiah yang disediakan.



*Pihak pengurusan The Shore perlu mendapatkan sijil pengesahan arah kiblat dari pihak berkuasa agama Islam di Melaka bagi menentu-sahkan arah kiblat surau ini agar pengunjung beragama Islam dapat beribadah dengan lebih yakin.

Promosi

Babab.net