Syarat kelayakan dan cara mohon kediaman PR1MA

 

 Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA :
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2500.00 ke RM10 000.00
  • Tidak memiliki lebih daripada satu hartanah, sama ada anda atau pasangan (jika ada)
Hanya dengan 9 langkah mudah untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA iaitu :

1. PENDAFTARAN
Buka akaun anda di www.pr1ma.my
Lengkapkan pendaftaran anda dan muat naik semua dokumen yang diperlukan. 
2. PELANCARAN
Anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diiklankan di dalam media. 
3. PERMOHONAN
Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik. 
4. PENGUNDIAN
Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.
5. PENGESAHAN
Sekiranya anda berjaya dipilih melalui cabutan undi, pengesahan dokumen yang berkaitan akan dilakukan.
6. PERUNTUKAN UNIT
Anda boleh memilih unit yang dikehendaki sekiranya terdapat kekosongan. 
7. PEMBIAYAAN/PEMILIKAN HARTANAH
Pembiayaan hartanah adalah pilihan anda sendiri. Walau bagaimanapun, panel institusi kewangan PR1MA yang telah dilantik boleh memenuhi keperluan anda melalui pakej-pakej pembiayaan yang menarik. PR1MA juga menawarkan program (RTO) dengan skim sewa maksimum 10 tahun berserta pilihan pembelian bagi mereka yang layak. 
8. PERJANJIAN JUAL BELI
Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara PR1MA dengan anda, selaku pemilik kediaman tersebut.
9. PENYERAHAN KUNCI
Sebaik sahaja pembinaan anda siap dan Sijil Perakuan Siap & Pematuhan kediaman diperolehi, kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sekali gus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.

Related Posts:

  • Segmen Satu Gambar Bercerita : Bahasa Assalamualaikum... Sila perhatikan dan fahamkan situasi pada gambar di atas.  Adakah perkara yang berlaku ini kerana salah guru bahasa atau guru matematik?  Apa pendapat kalian semua...?… Read More
  • Nama yang gempak : apasal la macam ni? Assalamualaikum...salam sejahtera... Masih saya ingat lagi waktu sekolah rendah dan awal sekolah menengah, kawan-kawan di sekolah suka main ejek-ejek nama kawan-kawan atau nama bapa kawan-kawan yang agak pelik dan kelakar.&… Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : PersidanganSalah satu persidangan yang dihadiri oleh suku sakat Ultraman. Assalamualaikum... Pasti ada antara kita yang pernah menyertai mesyuarat mahupun persidangan.  Dan ia seringkali dilihat sebagai sesuatu yang membosankan le… Read More
  • Aim (R2) & Pak Cu (XN3) - undian masuk semula Maharaja Lawak 2011   Assalamualaikum.... Sesiapa yang mengikuti perkembangan rancangan Maharaja Lawak, akan mengetahui bahawa bagi minggu ke 8, akan ada keputusan undian masuk semula yang tertinggi pada peserta Maharaja Lawak yang te… Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : Jalan raya  Dalam pengangkutan jalan raya, persimpangan bertingkat adalah sejenis simpang jalan yang mengaplikasikan prinsip pengasingan aras melalui penggunaan jejambat serta beberapa jalan susur untuk membolehkan pemandu melint… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan