Surau di The Shore Melaka

 

Kalau ditinjau pada laman web sosial terutamanya belia yang merupakan rakyat negeri Melaka ataupun mereka yang datang menuntut ilmu di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Melaka, ramai juga yang telah berkunjung ke The Shore yang terletak di tepi Sungai Melaka dan berhampiran dengan Kampung Morten.

Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah di The Shore Oceanarium dengan bayaran tertentu, pengunjung boleh melihat hidupan laut yang unik dan ada yang jarang kelihatan di tempat lain. Lain-lian perkara tiadalah keistimewaan sangat melainkan harga jualan barangan atau makan dan minum di sini adalah mahal (mengikut imej dan gaya yang ditonjolkan), serupa dengan mana-mana pusat beli belah di bandar besar yang lain.

Pengawal keselamatan dan tukang cuci jika dilihat secara rambang, sebahagian besar dari warga asing.  Ketika saya datang melawat dua minggu lepas dan bertanya pada pengawal keselamatan (ingatkan orang India, rupanya Bangladesh belah utara agaknya) mengenai lokasi surau, pengawal keselamatan itu tidak faham perkataan "surau", sehinggalah saya membuat isyarat solat, barulah dia dapat mengagak apa yang saya perkatakan.

Lokasi surau terletak di perkarangan tempat meletak kenderaan

 
Kemudahan mengambil wudhu (air sembahyang) dan meletak kasut di pintu masuk surau


 
Sempadan surau lelaki dan perempuan yang dipisahkan dengan tirai kain.  Kadang-kala ada sekumpulan perempuan yang berborak dan bergelak sakan di surau. Jika rasa terganggu, beranikan diri membuat teguran.


 
Arah kiblat, sejadah dan kopiah yang disediakan.



*Pihak pengurusan The Shore perlu mendapatkan sijil pengesahan arah kiblat dari pihak berkuasa agama Islam di Melaka bagi menentu-sahkan arah kiblat surau ini agar pengunjung beragama Islam dapat beribadah dengan lebih yakin.
Previous Post
Next Post
Related Posts

1 Maklumbalas:

Leah Amir said...

Ingatkan takde surau. Hmmm letak tempat tersorok. sape je yang tahu.

Promosi

Babab.net