Arwahyarham Din Beramboi 2 - Jauh Di Sudut Hati



Salam sejahtera...

Lirik lagu di bawah ini mungkin saja bermain di sanubari isteri arwah Meor Ahmad Fuad (Din Beramboi) iaitu Suhaini Che Man.  Namun jika tidakpun, saya merasakan bait-bait kata yang terkandung dalam rangkap lagu ini mempunyai nilai kenangan atas pemergian arwah Din Beramboi, seorang penghibur yang jujur sepanjang zaman.  Penghibur komedi yang bebas jenayah dan bebas dadah, yang paling saya minati...

Jauh Di Sudut Hati

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
 
Nafas terakhirku...    

Arwahyarham Din Beramboi 1 - Dalam kenangan

Keadaan arwah ketika sedang nazak. Hingga ke hari ini saya mengharapkan ini adalah cuma mimpi, namun takdir penentu segala...


Assalamualaikum...

Selepas menonton siaran Astro 105, rancangan "Di sebalik Din Beramboi @ Meor Ahmad Fuad", saya lebih mengetahui mengenai sejarah dan sifat - sikap Allahyarham Din Beramboi yang sebelum ini tidak diketahui oleh kita.

Saya mengenali dan mengetahui kewujudan "Din Beramboi" sejak sekolah rendah melalui Majalah Ujang. Dan apabila menjadi DJ Radio di THR, saya amat meminati segment pagi di hari Ahad yang dikendalikan oleh beliau.  Allahyarham tidak mengambil masa yang lama untuk diterima pendengar kerana "watak" beliau sudah dikenali di Majalah Ujang serta pengisian lawaknya yang segar.

Namun Allah S.W.T mengambil nyawanya di kala beliau sedang meniti puncak kerjaya. Pada saya, biarlah Allahyarham pergi "bertemu" Ilahi semasa lawaknya masih diterima ramai, daripada pergi di kala orang membenci.  Namun walauapapun saya tetap dan akan terus meminati lawaknya selamanya..

Seperti yang pernah disiarkan dalam beberapa surat khabar serta dalam rancangan Astro 105 tersebut (malam tadi,11/08/2010), jenama "Din Beramboi" telah didaftarkan sebagai tanda niaga yang dimiliki oleh Allahyarham Meor Ahmad Fuad, yang kini diwakili oleh isteri arwah.  Namun ada blogger atau pengendali laman web yang menggunakan nama / jenama "Din Beramboi" sebagai identiti pengendali tersebut.  Apakah niatnya itu? Adakah untuk mendapat rank yg tinggi di internet?. Bagi saya, "Din Beramboi" hanya ada satu iaitu "Allahyarham Meor Ahmad Fuad" sahaja.

~p/s : Maksud "Beramboi" sebenarnya ada kaitan dengan sifat arwah yang "happy go lucky", periang serta gila-gila...

Karnival Jom Heboh TV3 Melaka 2010

Assalamualaikum...

Artikel ini agak lambat diterbitkan kerana saya "agak" sibuk dengan persiapan ramadhan dan juga urusan perpindahan kedai ke tempat baru.

Dalam artikel ini saya ingin berkongsi suasana dan pengalaman saya menghadiri Karnival Jom Heboh Melaka anjuran tv3.  Saya hadir ke karnival tersebut atas kapasiti selaku AJK Kelab Usahawan GIATMARA Melaka. (KUG Melaka). KUG Melaka dan GIATMARA Melaka diberi peluang berkongsi "booth Studio 3" yang menggabungkan program seperti Wanita Hari Ini dan Nona. Aktiviti kami bermula dari 7 Ogos hingga 8 Ogos 2010 (Sabtu & Ahad).

Di booth berkenaan, GIATMARA Melaka dan KUG Melaka mengadakan demo membuat kek, kek cawan, "cookies" dan "fruit carving".  Selain itu, diadakan juga demo solekan serta dandanan rambut.  Acara selingan seperti kuiz dan karaoke turut diadakan semasa demo dijalankan.

Saya juga sempat bergambar dengan personaliti tv3 iaitu Halim Din, sebelum bateri kamera digital kehabisan tenaga... :-(

Bergambar bersama Halim Din di booth Aduan Rakyat

Islam dan cara hidupnya, ubat bagi permasalahan masyarakat

~Jika keperluan rakyat biasa "dihulukan", inilah yang terjadi

~Gambar diambil dari sumber internet
Assalamualaikum...

Inilah akibatnya jika sebuah negara Islam mengasingkan undang-undang Islam dari cara serta corak pentadbiran.  Seperti yang dipaparkan dalam berita tv3 pada malam hari Isnin (09/08/2010), masih ada lagi berlaku kes pembuangan bayi atau janin.  Dan masih lagi tidak kelihatan usaha-usaha untuk mengaplikasikan pemerintahan Islam sepenuhnya ke dalam "buku undang-undang negara.  Sebaliknya menggunakan syarikat milik "luar" untuk merangka imej baru negara.

Masyarakat semakin hari semakin dicengkam dengan pelbagai masalah yang didahulukan kepada rakyat.  Kos makanan harian makin meningkat, gas memasak meningkat, kos pengangkutan awam meningkat dan masalah sosial juga meningkat.

Jika makin lama dibiarkan negara tanpa undang-undang Islam sepenuhnya, masyarakat makin "sakit".  Usaha-usaha perlu dilaksanakan dengan serius bagi menyediakan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar Islam, tiada had, tiada hari.  Para ulama dan ustaz - ustazah yang benar-benar membawa Islam tanpa mengikut kepentingan peribadi serta politik, perlu diberi ruang dalam merangka dasar pemerintahan negara.  Bukannya menggunakan mereka hanya untuk tujuan kempen meraih undi.

~Membantah kemasukkan pengaruh luar ke dalam negara

Buah kurma makanan terbaik Ramadhan


Assalamualaikum..,
Sempena ketibaan bulan Ramadhan, telah mula kelihatan pasaraya, mini market, kedai-kedai runcit mahupun agen-agen pemasaran buah kurma, telah menjual pelbagai jenis buah kurma untuk dijadikan hidangan ketika berbuka puasa dan bersahur.  Di radio dan stesyen televisyenpun telah mula menyiarkan iklan berkaitan buah kurma. Untuk hari ini, saya menaip artikel mengenai beberapa info berkenaan kurma.

Pokok kurma atau tamar (nama sainsnya ialah Phoenix dactylifera) merupakan sejenis pokok palma yang ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Biasanya banyak terdapat di negara timur tengah dan kawasan sekitarnya.
  
Kurma merupakan sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C serta niasin. 

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma juga kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin. Kurma dapat membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu, barah usus besar, merangsang selera makan, menguatkan ingatan, melawaskan pencernaan dan menambah tenaga seksual.

Dari kurma ini juga telah digunakan untuk menghasilkan pelbagai kegunaan dalam bentuk yang telah diolah ke bentuk jus, kek serta menjadi bahan campuran dalam makanan dan minuman seharian.

Di dunia ini ratusan jenis kurma, Di Arab Saudi ada sekitar 400 jenis, belum lagi di Tunisia, Irak, Iran, Mesir dan California dan tempat lainnya. Berikut adalah antara kurma yang terkenal dan banyak diminati oleh para geek's kurma di seluruh dunia :
  • Kurma Nabi
  • Kurma Sekki
  • Kurma Barhi
  • Kurma Kholas
  • Kurma Khidri
  • Kurma Mactoumi
  • Kurma Sokari
  • Kurma Silaj
  • Kurma Majol
  • Kurma Monief
Namun nama-nama kurma ini kemungkinan berbeza mengikut daerah atau negara tertentu.

Misteri dan seram di bangunan MARA

Pada malam tadi, saya sebenarnya merancang untuk mengikut pengawal keselamatan meronda & "clocking" di salah satu bangunan di Jalan Hang Tuah, Melaka untuk mengambil gambar di kawasan yang dikatakan ada peristiwa misteri.  Tetapi sehingga ke pagi ini, nampaknya macam tak dapat nak laksanakan. Abang guard yang saya nak "follow" tu dah bertukar syif.

Saya ingin mengambil gambar di kawasan tu bukannya dengan niat mahu menangkap gambar objek "aneh", tetapi hanya ingin merakamkan suasana tempat itu agar pengunjung blog ini dapat membayangkan perasaan pengawal keselamatan yang pernah diganggu dengan suasana misteri dan "menyeramkan" bagi sebilangan orang.  Ketika saya tidur di kedai saya, saya pun pernah juga terserempak dengan situasi yang sedemikian semasa nak ke tandas lewat malam dan awal pagi (di tandas tingkat lain, bukan yang sama tingkat dengan kedai saya) tetapi, Alhamdulilah, tidak ada apa-apa yang membahayakan, sekadar bayangan dan "lintasan" yang mungkin akan dipertikaikan oleh sesetengah orang..

Tingkat 1, yang menempatkan kedai saya. Yang dikatakan lebih bermisteri oleh "guard" ialah tingkat di atasnya. Bagi saya misteri ada di mana-mana, contohnya misteri kehilangan enjin jet pejuang yang "sebesar alam" di Malaysia...

Berita telus Negeri Selangor, insya Allah...

Assalamualaikum..,

Melalui artikel kali ini, saya ingin berkongsi pautan sebuah stesyen televisyen on-line yang memapar serta menyalurkan berita yang sebenarnya mengenai pemerintahan kerajaan negeri Selangor.  Seperti yang sedia maklum, negeri-negeri tertentu tidak mendapat liputan yang sewajarnya, dalam erti kata lain, mereka lebih mendapat berita yang berat sebelah dan  putar alam.  Mereka juga tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya bagi sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Yang "lawaknya" stesyen yang lain begitu mudah mempromosikan unsur-unsur fitnah dan maksiat sedangkan kebaikkan pihak tertentu sengaja disembunyikan atas niat dan campur urus dari "tangan-tangan ghaib".

Sila klik pada pautan di bawah untuk ke TV Selangor :

Waktu solat untuk Melaka

Assalamualaikum...

Pastinya tahun ini merupakan tahun yang berbeza dengan datangnya ramadhan kali ini di kala saya aktif berblogging.  Walaupun saya menjadi blogger dalam tahun 2006, namun hanya pada tahun ini saya menjadi blogger yang agak aktif dengan blog dan juga agensi pengiklanan iaitu Nuffnang serta Mangga Ad.  Namun bagi iklan Mangga Ad, saya letakkan di blog saya yang lain iaitu ictniaga.blogspot.com

Saya telah mendapat pengesahan status Glitterati dari Nuffnang sejak awal minggu lepas.  Maka dengan itu saya tidak meletakkan iklan pesaing di dalam blog ini bagi mengekalkan keistimewaan yang telah dan akan saya perolehi.  Lagipun dengan meletakkan Nuffnang dan Mangga Ad di blog yang berbeza akan memudahkan saya untuk memantau prestasi blog dan juga keuntungan pengiklanan dari dua syarikat tersebut.

Berbalik pada tajuk artikel, saya telah menyediakan paparan untuk para blogger merujuk waktu solat semasa ber "blogwalking" di blog ini, khas sempena bulan puasa nanti.  Pada paparan automatik menunjukkan waktu solat untuk kawasan Bandar Melaka, namun ianya boleh ditukar kepada lain-lain senarai bandar, setakat yang telah disediakan oleh pihak Al-Azim.

Semoga dunia blog pada tahun ini akan jadi lebih baik dan berkat dengan tibanya bulan mulia, bulan Ramadhan... Maka ramailah nanti yang akan sama-sama blogwalking sementara menunggu sahur.  Kalaulah shoutbox atau cbox boleh beri bunyi hon, lagi best, dapat juga buat singgah sahur serta kejutkan para blogger yang tertidur...

Memori dan misteri kemalangan di Jusco Melaka

Berikut adalah gambar yang dirakamkan di tempat kejadian dan belum pernah disiarkan pada mana-mana blog :


Assalamualaikum...

Seperti yang sedia maklum, Jusco Melaka yang berhampiran dengan Tesco dan Melaka Sentral pernah mengalami tragedi letupan yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan cedera parah pada pekerja pembinaan dan syarikat yang menyewa lot di dalamnya.  Kejadian dipercayai akibat dari letupan saluran gas.

Apakah rentetan kejadian runtuhan dan letupan binaan di Malaysia ini adalah disebabkan "duit kopi" yang terpaksa dibayar oleh kontraktor kepada pihak tertentu lantas mengurangkan bajet sebenar yang disediakan untuk menampung kos pembinaan?.  Cuba bayangkan jika letupan berlaku semasa perasmian sedang rancak berlangsung?  Dengan keadaan yang sesak, orang ramai bersuka ria, dengan adanya mereka yang tidak bersolat duduk melepak di dalamnya.., pasti ianya amat mengerikan.

Dengar cerita dari kawan yang bekerja di kios di dalam Jusco berkenaan, berlaku suasana yang "menyeramkan" terutamanya ketika para pekerja pergi ke tandas.  Kelibat misteri sering menghantui para pekerja berkenaan membuatkan mereka jika ingin ke tandas, mereka akan pergi secara beregu atau berkumpulan.

Banner sahabat dipindahkan

Assalamualaikum...

Kepada sahabat-sahabat yang telah membuat pertukaran banner atau dalam bahasa Melayunya "panji", jangan rasa terkejut dengan ketiadaan banner anda di blog saya kerana saya telah meletakkannya di halaman "Panji Sahabat".

Langkah ini dilakukan bagi memberi kekemasan pada blog saya dan agar susunan banner nampak lebih seragam dan menarik.

Promosi

Babab.net