Video serangga berbahaya pada pokok mangga


Ia merupakan salah satu serangga yang berbahaya, biasanya ada kelihatan di daun pokok mangga.


Orang yang gigitan serangga ini akan alami dehidrasi yang dahsyat. Sangat berbahaya, mohon sebarkan, terutama kpda saudara-mara kita yang mendekati pohon mangga.

Dalam fisiologi dan perubatan, penyahhidratan atau dehidrasi (hipohidrasi) ialah kehilangan air berlebihan dari badan beserta gangguan proses metabolisme. Penyahhidratan kulit dan membran mukus boleh menyebabkan kekeringan.

Video yang menunjukkan taktik penyamaran yang dibuat oleh serangga berkenaan :


Kenali pemilik Kumpulan Barkath berserta Hacks dan Sunquick

Barkath Ali Abu Backer menunjukkan jenama popular iaitu Sunquick dan Hack, produk utama Kumpulan  Barkath 

Jika disebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer, ramai yang tidak kenal. Namun jika disebut nama produk gula-gula Hacks dan jus Sunquick,pastinya sudah berpuluh tahun menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. 

Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer ialah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia.

Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50'an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. 

Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S serta memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Dalam masa beberapa tahun selepas itu, Sunquick pun mereka telah hasilkan di kilang sendiri di Malaysia.


Kredit :
- gambar : mejatulis.my
- teks asal : Mohd Fateh (Facebbok)

Hadi Fayadh Abdul Razak milik Fagiano Okayama


Penyerang Bola Sepak Kebangsaan Malaysia Bawah 19 Tahun, Hadi Fayadh Abdul Razak sah sertai Kelab Divisyen 2, Liga Bola Sepak Profesional Jepun (JLeague) Fagiano Okayama untuk tempoh satu tahun.  Terdahulu pemain kelahiran Perak itu, telah menjalani latihan percubaan bersama kelab di selatan negara matahari terbit ini sebanyak dua kali pada bulan September dan November lalu.  

Hadi yang di temui media ketika Majlis Menandatangani Kontrak bersama Kelab Fagiano Okayama di Pusat Latihan Masada Okayama, Jepun nyata gembira dengan kejayaan tersebut. 

Penghijrahan Pemain yang memiliki ketinggian 188 sentimiter itu ke liga J two pernah disifatkan oleh bekas jurulatih kebangsaan Wan Jamak Wan Hassan sudah sampai masanya bintang Malaysia mengembangkan bakat mereka di negara yang sering layak ke pusingan akhir piala dunia seperti Jepun.


Sumber : (RTM/ MOHD SHARIFFUDIN  ARSAD)

Kursus jangka pendek komputer di Melaka


Inilah peluang untuk anda yang tidak punya banyak masa untuk mendapatkan pendidikan asas berkaitan komputer dan ict.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Semua kursus jangka pendek dibuat di bangunan UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka setelah bakal peserta membuat pembayaran deposit bagi menempah sesi pembelajaran. Lokasi UTC Melaka ini berhampiran dengan Stadium Hang Tuah (lebih dikenali sebagai Stadium Kubu) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 

Sila buat tempahan sesi belajar melalui Whatsapp ---» http://api.whatsapp.com/send?phone=60103400234

Antara pilihan kursus yang telah sedia ada :

Kursus Asas Komputer 

Kursus Bina & Selenggara Blog

Kursus Asas Menjual Di Internet

Kursus Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Affiliate

Kursus Pemasaran Facebook


Mohd Hafiz Nor Azman meninggal dunia


Dukacita dimaklumkan pelumba negara, Mohd Hafiz Nor Azman disahkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018.

Allahyarham yang juga turut beraksi dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) menghembuskan nafas terakhir ketika beraksi di pusingan 10, Bandar Penawar, Johor bagi kategori CP150.

Salam takziah kepada keluarga beliau dan bagi seluruh rakyat Malaysia, kami mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

Sedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah untuk arwah.

Promosi

Babab.net

Popular Posts