Resipi Strawberry Crepe


Setelah popularnya Durian Crepe, kini tibalah pula musim Strawberry Crepe.  Namun apakah ianya akan sepopular Durian Crepe?

Bahan-bahan :

-20gm tepung gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tepung kastard
-10gm tepung jagung
-1 biji telur
-1 senduk minyak masak
-1 sudu gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning
-letak warna pink
-perisa strawberry -gunakan jem strawberry & buah strawberry



Cara Pembuatannya :

- Masuk semua bahan ke dalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis..

-Jika pekat tambah sedikit air sedikit. Anda boleh juga menggunakan blander cumanya ia akan sedikit berbuih. Anda perlu hilangkan buih-buih itu dahulu bagi mengelakkan crepe akan berlubang.

-Ambil sesenduk kecil dan tuang adunan ke dalam kuali yang dipegang. Layangkan kuali agar adunan masak sekata menggunakan api yang kecil.

-Masak hingga kering dan anda tidak perlu terbalikan adunan itu semasa mengangkatnya.


Filling :

-150ml fresh cream diputar hingga kental
- guna whipping cream
- jem secukupnya
-letakkan fresh cream

Cara pembuatan  :

-Letak jem dan buah strawberry dan letak lagi cream di atasnya.

-Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

-Kemudian letak whipping cream & jem strawberry

-Letak strawberry yang dah dipotong, kemudian bubuh lagi cream. Pastikan krim di letak lebih supaya crepe akan nampakkembung bila dilipat.

-Lipat kemas dan simpan dlm peti ais...biar sejuk dan keras krim di dalamnya dulu sebelum dimakan.



 *Dikongsi dari sumber capaian rakan di Facebook

Related Posts:

  • Kek Kukus Cheese Coklat Bahan A  -1 cawan gula -1 cawan susu cair -1 cawan koko -1/2 cawan susu pekat -1 cawan minyak Campur semua bahan di atas dan dimasak menggunakan api yang sederhana dan kacau sehingga sebati. Kemudian tutup api … Read More
  • Resipi Coleslaw Bahan-bahan : 1 biji kubis potong dadu 1 btg carrot potong dadu 2 sb bawang holland potong dadu ½ cawan mayonis ⅓ cawan gula pasir ¼ cawan susu full cream (dutch lady) ¼ cawan buttermilk 2 ½ sb perahan lemon 1 ½ sb cuka ½… Read More
  • Resipi Kek Kukus Milo Resipi ini adalah ringkas dan mudah untuk dibuat kerana ia menggunakan bahan yang selalunya telah sedia ada di dapur mereka yang berkeluarga. Bahan-bahan - 1 cawan milo - 1 cawan gula - 1 cawan susu pekat manis - 1 c… Read More
  • Resipi Takoyaki Takoyaki merupakan ringan dari negara Jepun berbentuk bebola yang berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali khas takoyaki. Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum 1 sb tepung jagung 1 1/2 cawan air 2 biji telur… Read More
  • Resipi Pembuatan Belacan Bahan dan cara penyediaan : 1) Ikan, udang kecil atau udang geragau (boleh campur) disiang dan dibersihkan dicampur dengan garam dgn nisbah 20% dan digaul rata. 2) Letakkan adunan bergaram itu ke dalam nyiru dan dirat… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan