Pengalaman membeli secara online di Nile Store




Pada 20 Januari 2015, saya telah membuat tempahan dan pembelian pakaian di laman web "nile.com.my". Saya berminat dengan corak dan warna Zipper Korean Men Jacket, seperti gambar di bawah :

Baju saja yang dibeli
Urusan penghantaran bagi saya adalah cepat dan memuaskan. Dengan menggunakan perkhidmatan dari GD Express Sdn Bhd, proses pengurusan dari pembelian sehingga barang yang dipesan selamat sampai ke kedai saya di Kelab Usahawan Giatmara Melaka, Tingkat 4, Arked Jalan Hang Tuah, Melaka.

Setiap pra pembelian di laman web Nile.com.my, perlu dibuat pembayaran dalam masa 24 jam.  Saya membuat pembelian pada petang  20 Januari 2015. Sebaik sahaja saya membuat pembayaran lebih kurang pada pukul 9.00 pagi, 21 Januari 2015 dan disahkan dalam beberapa jam kemudian, jaket yang saya tempah mula dihantar pada hari yang sama. Sila lihat jadual e-tracking dari GDEX di bawah ini :


Ini pula gambaran gerak kerja dari laman web Nile Store :



Kesimpulannya, berurus niaga di laman web adalah baik dan memuaskan.  Cuma dari segi agakkan warna dan kualiti (jenis) fabrik yang digunakan adalah meleset dari jangkaan asal saya.  Mungkin kerana dari segi pencahayaan ketika gambar contoh diambil dan diletakkan di laman web mereka, menjadikannya berlainan dari yang diterima.


Macam ok je kan....?




Related Posts:

  • Mengapa Perlu Akaun Paypal? PayPal Inc. adalah syarikat dalam rangkaian yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang melalui elektronik, menggantikan kaedah lama yang masih menggunakan kertas, seperti cek dan wang pos. PayPal juga menyediakan perk… Read More
  • Ringkasan cara buat duit melalui blog   Dunia internet dan blog kini semakin kompleks dan berwarna-warni. Internet dan blog bukan sahaja menjadi media untuk mencari dan mendapatkan maklumat tertentu seperti tawaran kerja kosong, berita sukan atau resepi ma… Read More
  • Perbezaan antara topi hitam dan putih SEO Kopi hitam kopi putih...? bukan, sebenarnya topi hitam dan topi putih SEO yang merujuk kepada penggunaan taktik yang berkaitan dengan internet dan laman web atau blog. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan SEO? Apa pula mak… Read More
  • Memasang WeChat dan WhatsApp pada PC Muat turun WeChat atau WhatsApp untuk PC tidak mustahil dengan adanya emulator terkenal untuk Android. Pada artikel ini pembaca akan diberitahu bagaimana untuk memuat turun WeChat dan WhatsApp untuk digunakan pada komput… Read More
  • Program PPC IklanSticky : mudah dan sempoi jana duit Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang anda sertai? KINI, komisyen anda dibayar hanya memerlukan KLIK sahaja! Di IklanSticky.com, kami sedia membayar komisyen tanpa pelawat membuat pem… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan